Family Day 2017

Surau Avenue K


I jarang betul nak singgah surau sebab selalu macam bad experience je . eh no.bukan kutuk surau ye dont get me wrong. memang niat kita nak beribadah tapi I tak suka sebab surau dah la limited space, orang suka lepak and borak dalam surau. dah la borak kuat, cerita benda lagha macam "eh bapak aku kan sebenarnya taktahu malam ni aku nak keluar dengan mamat blablabla tu nak bagi alasan apa ek ?".*terus call bapak dia cakap balik lambat sikit, keluar makan dengan kawan kawan* kat mana conversation tu? kat surau Pejabat Agama Kajang -,- ahh banyak lagi lah, masa kat suaru KLCC ada minah ni cerita pasal gaduh pasal jantan. taktau la baya I ke lebih tua ke. and motif dok situ taktahu. dah solat. blah la =.='' kalau nak tunggu masuk waktu, diam diam sudah . 

Telekung pulak, I have to say this. busuk =.='' I tak ingat mall mana, tapi pengguna dia Ya Rabbi, lepas pakai dia main peruk je telekung tu. one of the reason, dorang takde rail /tempat gantung. dia sediakan rak rak je. pastu maybe dorang dok pilih telekung and kain yang sepadan. so tak dilipat dengan kemas. kat belah dagu ada yang hitam ada yang kuning, kekadang masa pakai tu tahan nafas je. Allah! selipar ? selalu ada sepasang dua je . adoi

Semenjak kerja and Ocin selalu kena overtime ni, I terpaksa la berlegar legar kat mall. .  I First masuk dulu, terkejut I. balik tu terus cerita kat mak, surau Avenue K ni best ada tempat gantung telekung, kemas, takde orang borak blablabla. pastu sejak dua tiga minggu ni, telekung semua dah berubah kaler kaler =.= hahaha cantik okay. actually I prefer satu ni, kaler putih, tapi kain licin. entah mana entah. kaler kaler ni I tak berapa berkenan sebab dia berat . hiks boleh pulak pilih pilih. 

telekung yang selesa

sudut belah kiri ada Quran/ bahan bacaan. kerusi untuk orang kurang berkeupayaan pun ada

bahagian dalam (belah kanan)  by the way, ni gambar lama. I dah banyak kali amek gambar tapi tak blog pun. hahaha time ni I tengah pakai tudung kat luar

ni cermin kat luar untuk pakai tudung. ni pun gambar lama jugak


tempat wudhuk yang sangat selesa. 

letak kasut/pakai kasut/bag. yang banyak banyak tu maybe pekerja kot tinggalkan telekung. I sorang je time ni
Kekadang I spend time kat Masjid KLCC. ada jugak lah few makcik yang familiar. eh makcik pulak. sana semua 'YOU/I' and 'Aunty' okayyyy. dia cakap kat I,"alaa you muda lagi boleh la, I tak larat dah ni". heee 

Overall I puas hati dengan surau Avenue K - Tingkat 1 ni. yang lelaki punya macam lagi besar je -,- I jeling macam tu je lah hahaha. nanti bebila I update Masjid KLCC pulak okay. segan lah nak amek gambar nanti kang makcik makcik tanya,"hey whats wrong with you? bajet tourist ke apa?" hiks

Comments