Family Day 2017

bawak anak ke masjid

Hi You alls,

Semalam cuti Diwali, korang ke mana ? I pagi tu membuta je. Pastu petang Ocin ajak pergi kuliah Maghrib kat Masjid Taman Kosas. ajak Mak and Lihin. errr Lihin? seriously nak bawak budak 2 tahun 5 bulan ke masjid, kuliah pulak tu

I tahu ada masjid yang child friendly tapi macam masjid besar la macam masjid Shah Alam, siap ada nursing room ye , betul ke ? ni masjid taman perumahan macam ni, kang kena cemuh kang =.='' ohh by the way, my dad babysit Maira, dia memang malas keluar kecuali pergi tempat best contohnya makan Ayam Penyet dia suka lah

Sampai sana, nampak few budak baya Lihin. Lihin ikut Ocin, I berdua dengan mak. dorang bukak tirai so boleh nampak tempat lelaki. Ocin Mahgrib dulu kat luar pintu pastu I nampak lah kelibat Lihin berlari sorang sorang. I dah risau dah. hadoi . nasiblah Lihin tak lari jauh jauh. 

Kuliah oleh 2 ahli panel; Ustz Abdullah Khairi and Ustz Mohd Haris. yang first tu macam famous dia Youtube, yang second I tak berapa familiar tapi famous jugak lah. both kelakar and kami dok gelak ja. biasalah nak bagi ceramah kan. kalau serious je sapa nak dengar, 

Sesambil, I intai jugak Lihin. I nampak Ocin dok kat pintu, perhatikan Lihin lari sana sini. kekadang dok kat riba Ocin, tengok handphone, I pun lupa nak bawakkan phone dia. hadoi




Ocin wassap I cakap Lihin pergi kat mesin air and cakap ,"ayah, nak air, buleh?" halamakkk I dah la bawak RM 100 sekeping, waduh motif sangatkan. pastu dah masuk sesi soal jawab I ajak mak kuar plus Ocin dah cakap tak larat dah. Mak pergi beli kopok lekor . quite cheap la yang kopok kering RM 10 yang basah RM 5. mana nak dapat kan? so terjadilah episod kami pulak main kejar kejar dengan Lihin =.=

Dan dan pulak time tu vending machine taknak terima duit RM 5 -,- pastu I pun kena pecahkan RM 10 beli susu kambing , sebotol RM 6. entah I pun tak rasa lagi taktahu sedap ke tak. pastu dah beli air mesin, Lihin sambung main. I dengan mak makin lemau la. makcik makcik tengok je, bila I pandang taknak pulak senyum. taktahulah dia nak keji ke apa . haiyoo makcik ,dalam masjid takmau ngumpat tau, kalau nak puji takpe, saya terima. 



Finally Lihin duduk setempat, ada sorang budak lelaki dan 3 budak perempuan tengah main kete mini, Lihin ternganga, Okay sian you takde mainan kan,hiks. mak bebudak tu masam je, ah lantakla Lihin duduk and tengok and membebel je pun, bukan rampas mainan dorang. kalau Lihin berkasar I lah orang pertama akan jentik kaki Lihin, no worrues, I bukan jenis gelak gelak je bila tengok anak buli budak lain.

Okay yang ni kelakar. dorang bagi chance kat Lihin main, pastu dorang selak selak rambut lihin , fringe dia kan dah tutup mata. pastu baju Melayu dia jenis takde butang, budak pompuan tu lagi nak selak. hadoi. Lihin jerit sambil tutup dada dia "eii malu".few time okay makin lama makin kuat Lihin jerit. sian dia macam kena sexual harassment. budak pompuan tu sampai pegang tang pampers dia (read: toteh) hamboi tapi good thing Lihin mengelak , melawan semua la. pastu dah stress dia meniarap dan nangis. Nanny lah pegi  pujuk. hiks.

Pastu I berjaya catch attentian dia dengan Peppa Pig. hadoi habis kuota Mommy tau , tapi takpe janji Abang tak melalak . kalah speaker masjid. masa tu dah habis solat Isyak pastu ramai beratur amek makanan. Memula ingat nak balik terus, I macam dah gastrik, tapi punyalah ramai manusia rasanya Ocin pun tenggelam. Nasib lah Lihin focus kat Peppa Pig so I boleh gilir gilir amek makanan dengan mak. Not bad, kari kambing, ayam goreng berempah. semua sedap lah 


okay ni nak cerita. ada sekumpulak budak sekolah rendah, duduk sebelah kami. so okay lah ada lah sorang ni dok bercerita pasal sekolah blablabla. pastu I kan layan Lihin, so I macam menonggek/ menonggeng/ ala kira kedepan kan badan lah. pastu tetiba budak budak tu senyap. pastu yang budak rancak bercerita tadi cakap kat kawan dia , "weh tu tu H. O. T .. la. paham tak ? H . O . T so"

I pun angkat muka and terpandang dorang tengah pandang I. Macam majal la, eh takkan dorang nak cakap pasal bontot I kot, they just a kid. Pastu I terus je lah makan, pastu dengar budak tu cakap lagi, "kau cuba weh imagine XXXX pakai yoga pants, aku takleh imagine doh. sebab dia macam tu kan hari tu la dia kata dia ada yoga pants"

*pengsan*

I mean, dengan umur dorang , boleh imagine perempuan pakai yoga pants?

I bukanlah manusia zaman batu pun, I am 90's baby okay but still masa baya dorang I dok berangan Cardcaptor Sakura tu wujud, I wonder, Kuasa Bulan Sailormoon wujud somewhere and dok pikir macam mana nak ada kuasa bulan. and yes, I fikir pasal cintan cintun crush sana sini but untuk pikir bentuk bontot orang memang idok ler. 

Kids nowadays. entah la and now I tetiba risau pasal Lihin. another 10 years, apa lah conversation dia dan kawan kawan?

Gegirl lagi lah risau, if they have crush at 9 years old just like I do before , apa lah yang dorang buat agaknya . adakah masih lagi tukar tukar buku biodata ?

hurmmm *deepthinking*

Okay lepas je makan, Lihin terus bangun sambil cakap , "aku nak balik". hamboi. tapi apak dia bawak dia main main kat dalam tu sementara Mommy and Nanny habiskan makanan. balik tu kami singgah laundry . Lihin dapat kawan lagi. see, he is so friendly ikut sapa entah. hahahah

Actually budak tu tinggal area rumah kami jugak. bapak dia bukak bengkel kete, Rahman namanya. Abah suka la pegi kat situ. . Budak tu kemain suka kat Lihin, and dok tunjal pipi dia je. I pun tak kisah, sebab dia main tak ganas, cuma dia suka sorok and sergah, so Lihin macam kelam kabut, dengan lari kaki bersilang, few times terhantuk. Budak tu baik datang and pujuk. heheheh. Nanny masam je takut Lihin cedera. see who is protective now =p

dia dukung and kata "badan kecik tapi berat"

sampai nak balik dia peluk cium Lihin. 


Ohh Nanny cakap masa kat Masjid , Lihin berlari lari and bertembung dengan budak lain dari arah bertentangan. gteww ayat tau. pastu budak tu jatuh and Lihin teruskan lari. hahaha yelah tengok lah badan kan -.- sian budak tu hopefully takde apa apa 

*notakaki: kalau korang perasan, pic masjid kat atas tu, ada mamat baju biru,. tu ex boipreng I 11 tahun lepas . Pengsan . kahkahkah


Comments

  1. Salam, hahahahahaha okay nampak note bawah tu, terus i scroll up semula cari mamat baju biru tu, haha xsangka pulak jumpa lagi kan..gitulah klw bawak budak2 ke masjid, mmg lah bertabah..comel pulak tgk si lihin pakai baju melayu..hahaha...
    ok, that kid's conversation tu mmg skang ni menjadi2 weh...serius i sangat2 risau bila fikirkan benda2 ni..baru lah tau mcm mana mak ayah i risau kan i dulu masa i kecik...adoi...kecik2 gitu dah tercemar fikirannya, mcm mana...? sedih, takut dan entahlah...terlalu mudah, dan bila tegur, melawan..adab dah hilang..tak tau nak salahkan siapa... risau kan? :(

    ReplyDelete
  2. errr... ada dua mamat pakai baju biru. yang mana satu? kahkahkahkah *nampak nau makcik2 busybody ai ni, siap scroll balik nak tengok"

    alolololo comel betul la lihin ni. kenapa comel sangat??? rasa nak cubit pipi tu.

    ReplyDelete
  3. If you want your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (no matter why you broke up) you got to watch this video
    right away...

    (VIDEO) Win your ex back with TEXT messages?

    ReplyDelete

Post a Comment