Family Day 2017

cerita kwsp and company lama

sumber : KWSP Website

Morning semua

Okay first of all I bukan agent KWSP ye . suddenly this thing came across me this morning. Tapi ni lebih kepada personal opinion la . I tak paksa semua orang untuk setuju pun

I sejak kerja part time after SPM dah dapat potongan KSWP. masa tu macam eksaited la sebab orang cakap part timer before this takde, tetiba time kami takde. I siap pong pang explained kat one of my male friend. masa tu ada pilihan kot utntuk 7 % or 11% . pastu that boy cakap, " alaa aku prefer 7% la. future anak bini aku lantakla dorang nanti nanti pikir" .ahahaha

lepas tu I part time cooking demo, yang tu takde . I pun tak kisah sebab gaji pun cash. after graduate I kerja hotel. lepas kerja hotel I kerja marketing.... haaa

masa kerja marketing kami commission based. okay I pun tak pasti la ni kaedah MLM ke apa . Ocin selalu kutuk I dulu tapi I sayang kerja tu lagipun I memang suka kerja outdoor

Kami mewakili pihak NKF cari charity but we don't accept cash. kita pakai credit card atau pun debit card. tapi kami lebih prefer credit of course lagi mahsyuk and dah tentu ada duit heheheh.

dia ada amount amount dia. kalau orang tu pilih untuk contribute lowest amount kami dapat lah commission RM 36 .

so macam biasala benda benda macam ni kita akan di brain wash. kalau sehari dapat 3 sign up? kalau dapat 5 ? ada yang dapat 20 sign up sekali. seminggu je dah ada 3k . perghhh

and my manager pernah cakap pasal KWSP. katanya

"this KWSP thingy is nonsense . semua menguntungkan kerajaan. they took your money every month, and you can only touch your own money when you are 60? did you ever thing where did your money goes? and what are they doing with your money?"

actually masa tu I fikir it is something like business. of course kena rolling. duit duit kita yang dipotong ni akan diberi kepada orang yang dah layak sekarang. and lantakla dorang nak buat apa , janji bila sampai masa I dapat duit I. tak dapat, memang ngamok guwaa. guwaa nak bawak cucu cicit shopping kat Toys'rus  and dinner kat Bens. gteww.

tapi I diam je lah, kang tak pepasal I kena tendang dari office. hahaha

I kerja kejap je 3 to 4 month kot. I sukaaaaaaa tersangat kerja tu sebab outdoor and kawan kawan best gila . I am in truck team. yang ikut truck pastu set up booth tepi jalan. ramai pandang rendah lagi lagi akak keje bank (sombong nak mampus dah la mekap tebal jalan macam itik )tapi mampus la . hahahah. I suka.

Okay back to the story, semalam I nampak one of my ex colleague update status pasal kepentingan KWSP. I baca comment dia and yeah dia sendiri mengaku dah di brain wash. dia kerja lagi lama dari I okay. so macam sekarang dia rasa rugi la. plus macam macam kita boleh buat dengan Akaun 2 KWSP kan , beli rumah la, invest la . 


see nampak tak betapa company tu dah brainwash kita. I taktahu la nak klasfikasi kan itu sebagai MLM ke apa , of course I taknak mengaku I dah terjebak kan hahaha. tapi I memang tak keluar sesen pun modal, cuma macam transportation, kena isi minyak Triton kami tu, duit makan, duit enjoy. seriously expenses lagi banyak daripada gaji seharian. sebab I jenis stress takde duit takde sale memang stress so I pun beli lah Chatime bebanyak hahahah

ada je yang berjaya bukan semua gagal. ada yang boleh saving beli kete / motor/ kahwin/ travel. tengok lah . I percaya rezeki Allah kan

notakaki: I teringat masa I nak hantar surat resign. patutnya notice seminggu kan. dia convince I lah suruh fikir balik bagai. I bagi alasan nak further study . dia suh I imagine masuk college bawak handbag Gucci blablabla. tapi I tetap taknak. mana taknya, jangankan handbag Gucci, handle bag tak tentu lagi mampu beli okay. pastu time tu jugak dia suruh I balik, tak yah turun field. Alaa I tahu dia taknak I influence orang lain. 

notakaki 2: mostly kat situ semua Chinese and Indian, maybe dorang pandai cakap kot. pastu ada 2 orang akak Melayu ( termasuk yang update status tu) . pastu yang lagi sorang memang gempak. walaupun English so so tapi dia punya hasil, seminggu Rm 3k memang confirmlah. padahal masa memula masuk orang ramai cakap I mesti boleh sebab English I better, sekali habuk pun tarak
pastu ada lagi sorang Malay guy, dia cakap , 

" I tahu, akak tu mesti power sebab dia  semayang. sebab tu sale dia mencanak, tak macam kita"

kah kah kuangajo. tapi betul lah. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita. Dengan izin Allah S.W.T

eh I ni nak cerita KWSP ke atau company lama I ke atau nak bukak ceramah ni? takpelah ,sekali jalan kan. 

Hopefully kalau ada freshie yang baca blog I ni, boleh lah decide betul betul kerja apa yang korang nak buat nanti. tak salah pun marketing. tapi benda berisiko kan. pepandai lah. boleh je berjaya . now worries la. semayang jangan tinggal e


sesapa nampak, silalah bagi sumbangan. dont worry memang benda betul la. I dah pergi dialysis centre dorang ni . bukan scam ke fraud ke okay. 

*****************************************************************

Company tu selalu ingatkan kami untuk jadi positive 
- when you think positive, positive thing will come to you

selalu bandingkan dengan cashier which I think a bit rude
-if you dont have goal, pegi je la kerja cashier, kira duit je ,same routine


tepuk tangan, dance, hi-5 , sorak sorak
- macam positive energy, every morning kena buat. lagu cintun tak boleh ye

takde istilah jilat bontot
- tu yang bagus. manager kami tak heran pun bangsa apa ke janji ada sale

closed back door
-jangan gelak tau. masa kerja dulu mak I still bagi daily expenses kahkah. so I tak kisah takde sale. manager I selalu pesan suh closed you back door sebab dengan cara itu I baru tahu usaha sungguh sungguh carik duit . hiks

manager perempuan
-ramai tak suka manager perempuan kan. takut bermain dengan emosi, manager I okay je. and dia siap tanya ada tak sapa sapa buat sexual harrasment kat I. hahaha those day kan baju balut nangka. dia bagi tips nak elak gangguan sexual la blablabla. 

berangan
-entahla . dorang panggil goal. I lebih panggil berangan.negative ke I ? yelah dia suruh tulis fav car, I tulis Hummer Pink. dapat ke weh aku beli Hummer ? hahahah pastu dia suruh imagine kalau boleh beli pulau sendiri, apa kita nak buat dengan pulau tu. tak ke namanya berangan tu? 

pada I, goal ni benda yang relevan boleh dicapai. contoh I nak beli rumah teres dalam masa 5 tahun dari sekarang. yes, sekarang tak mampu tapi I aim another 5 years. kalau I terus aim nak beli rumah banglo 8 tingkat siap dengan swimming pool 4 tingkat ke bawah, macam mana duh? and what if I aiming to buy an island kat daerah Tengganu sebelah Perhentian? tak mengarut ke? tanah kat Langat bela kambing pun tak tentu mampu oii. I tak suka high expectation pastu kuciwaa. nanti I yang derita . 

***************************************************************************
FACT OF THE DAY

wehh fakta ke ni wehhhh hahahahah


sumber : FB

Comments