Family Day 2017

jumpa ex boipreng?

Hari tu orang tanya I, "apa perasaan jumpa ex apabila sudah berkahwin?"

halamak , mencabar la soalan ni. kahkah. mencabar sebab gua heartless pastu nak kena ingat balik apa yang kurasa mesti lah susah ye tak

Takde lah 

actually dia depends lah jugak kat perasaan kita. ada yang dah tunang/kahwin tapi masih terkenang kat ex BF/GF. ada okayyyy . taktahulah susah la bila bercakap soal hati ni. 

I jenis bila dah putus, I tak suka nak berkawan beramah mesra. takde lah dendam ke apa ke cuma memang tak hingin nak berkawan nak buat macam mana kan. so takat nak pergi wedding ex, tengok ex boipreng bersidai eh bersanding atas pelamin takde hal lah. setakat ni baru sorang je lah I pergi sebab dia jiran depan rumah hahahaha. 

Imagine, ex boipreng yang 10 tahun tak jumpa, pastu jumpa balik. I macam #majal kejap lepas tu blur. tapi takdela butterflies in my tummy ke apa ke , kena potong nafkah gua japg. ala macam tergamam la. kalau eksiden langgar babi hutan, tergamam. takkan maksudnya suka kat babi hutan kan. ha gteww sama kan ex dengan babi hutan

Masa I memula keja sini, ada dispatch datang tanya jalan. so I memang jadi kaunter pertanyaan kan sini. hafal sangat dialog tunjuk jalan tapi masa ternampak muka dia terus I blur lalu panggil senior I untuk attend. pastu senior I pun macam nak marah la benda kecik sampai panggil dia. tergamam la woi. lepas I cerita , kami sama sama gelak. ala dia dah tua, lagi banyak pengalaman. ahhaha

babi terkejut takde, beruk terkejut boleh la


second third jumpa ex yang sama kat klinik. I checkup peknen and Lihin demam kot. ternampak dia. ceh majal lagi. kebetulan pet sis I kerja situ. I tanya la. Ohh wife gugur  . ohh dah kahwinn

baru baru ni tengah khusyuk buat kerja, colleague I accept incoming doc, sekali I angkat muka. la ex gua -,- dia tengah jeling agaknya dia blur kot first time nampak I pakai tudung. I terus tunduk sambil sengih. actually I pun taktahu sebab apa nak kena sengih . hahhahaha 

and terbaru iaitu selasa lepas, terjumpa kat masjid. I tengah terjengah jengah Lihin tetiba ex I muncul and duduk. tapi dia tak perasan I lah. hahaha masa tu tengah dengar ceramah dalam masjid. Alhamdulillah dah jadi budak masjid ex I ni hahaah

I okay je kot kalau jumpa tegur borak . tapi untuk contact balik ke nak tukar tukar Facebook ke tak payahla . semak je .ahahaha

I sengih sorang sorang jugak. bukan sebab rindu ye, tapi terbayang betapa indah percaturan Tuhan. Tinggal dalam kawasan berdekatan. tapi dalam 10 tahun tak pernah terserempak. selepas tu, masing masing dah kahwin dah beranak pinak , tetiba terjumpa. 

before kahwin I banyak kali jugak terserempak dengan ex boipreng I masa Form 2, yang lain pulak. Dia niat nak kawan kot, tapi sayangnya mood I swing. yelah tengah gado dengan Ocin dia pulak dok Hai Hai call tengah malam, memang kena hamun la. 

lama okay I dengan dia. someone that I thought will be my forever love . ahh gteww ala biasa lah bila bercinta macam tu lah. tapi 1 thing I ingat dia pernah cakap,

"jangan nanti one day I jumpa you kat pasaraya , you tengah jalan dengan husband and anak anak you"

perghh masa tu meleleh air mata I. masa tu la. sekarang ni I sengih je. betul la kata kata tu satu doa . maka berkata katalah yang elok elok sahaja. ianya akan jadi doa di masa akan datang. Allah makbulkan tau :)

motif sangat letak Roti Pisang . hadoi , gua baru lepas lunch tak sampai sejam lapar balik. nafsu dunia betul 


*notakaki: so far baru 2 ketul ex je lah I jumpa . yang lain taktahu kabau berita. biarlah depa kan. janji tak kacau hidup I sudah la .semoga dorang dapat kehidupan yang lebih baik. aminn.

Comments