Family Day 2017

kisah coins

Hi uolls

kejap je dah weekend balik kan, padahal masa Ahad malam baru je nyumpah nyumpah taknak kerja kahkahkah. 

saja la nak share activity towards end of the month ni , hiks. mengira coins dalam tabung. 

sapa ada simpan coins macam ni?



I teringat kisah yang orang share kat Facebook . ada pakcik ni beli barang pakai duit kecik lepas tu juruwang tu gelak gelak kan. hadoi dek, apa kelakar sangat ? duit kecik kan berasal daripada duit besar kan? apa beza duh. 

bila share status gtew rupanya ramai je alami perkara yang sama. kebanyakkan alami benda tu masa mula mula nak belajar hidup berdikari.sometime memang tak cukup duit, sometime orang memang dah allocate some amount dalam account and dah tekad taknak sentuh. so korek je lah coins/ duit kecik ni. yelah takat nak tunggu 3,4 hari gaji. selagi boleh jimat kita jimat lah. kang kalau withdraw RM 100, straight pergi Kenny Roagers la pastu ada dessert la singgah Cha Time la. elok belanja seminggu terus jadi sehari je. hey RM 100 is nothing nowadays okay



I sejujurnya tak suka coins sebab berat and I malas nak kira. serious lah I ada problem kira duit bebanyak mesti terlebih la terkurang lah. haiyoo. kalau duit RM 50 / RM 100 I suka lah . hikhik. Tapi I takde la nak buang buang duit macam tu. kalau kita kurang 10sen nak beli aiskem RM 1, takde nya akak cashier tu nak bagi discount. 

and sekarang ni ramai je dah ada kesedaran simpan coins/ menabung ni kan. kekadang secara tak sengaja duit lebih lunch tu simpan dalam box, tau tau je dah ada RM 10. lepas lah jugak nak makan lunch 2 hari. daripada takde langsung dan nak pinjam orang

monthly routine- suh mak tukarkan dengan orang jual nasi lemak kat bawah tu. mak geng baik dengan dia. kahkah. tak banyak pun. sebulan less RM 50 tapi dapat la menampung minggu minggu terakhir sebelum dapat gaji

*notakaki: teringat masa Form 3 kot, carik coins bawah katil nak belikan rokok Luffman  untuk kekasih hati. bodohnya gua. babun punya ex. ganti balik la weh . berapa ribu la I habis untuk mamat tu ek . duit belanja sekolah , semua I bagi. haih. 

Comments