Family Day 2017

makan seafood di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan and Maira's 1st Birthday

Holla pretty ladies and gentlemen.

Last Saturday birthday Maira. Ya Allah setahun dah anak Mommy. time flies so fast. ha yela , masa dalam pantang menangis nangis nak cepat. hehehe. actually dah plan macam macam dah, sekali pap. gaji postpone. haiyoo -,- tak suka tau. kenapa lah tak buat autopay je kan senang. ni kalau boss pergi oversea ke apa ke mesti dapat lambat. hurmmmmmm.

Ayah tetiba suggest nak seafood ni.I plan nak ke Kuala Selangor tapi Ayah cakap Klang lagi dekat. Takut kang pergi jauh jauh , pastu balik kebulur. hahaha sama lah kat office, Lunch sampai KLCC, sementara menapak balik dah perut bunyi dangdut. 

I plan nak gerak awal, konon nak singgah beli kek. sekali lambat jugak. Maklumlah ada budak, nak kejutkan dorang lah, siap kan itu ini. After Asar gerak, beli pampers and susu kat Manjaku, singgah petrol station. Lepas tu pegi topup Touch N Go. 

Lalu Jalan Kuching, masuk Jalan Duta ( tak ingatlah nama baru Jalan Duta tu) pastu masuk NKVE. I pun refer kat blog orang. heheheh. tengok signboard KLIA > Klang> North Port > Tanjung Harapan. agak jauh la pada I sampai Ocin few time suruh I waze, betoi ke idok jalan ni. dah lah macam lorry besau. suka la Lihin. hahahah. 



cuaca cantik je time ni

cantik <3 

Bila dah masuk area Tanjung Harapan, view dia cantik weh. nak nak masa tu sunset. adoi. actually I ada cakap nak sampai awal sebab nak makan sambil tengok sunset. tegolek golek Ocin gelak, dia cakap I acah acah romatik. huk oloh sukati la. sabau je lah ada laki macam ni tau. haih. 

okay sampai
Yang lain semua tengok makanan. kena pilih and timbang. I bertugas jaga Maira. muka dia masam gila. pastu dia takut asyik nak melekat je. I pakai jubah hitam , tudung hitam. panas gila hokay. memang laut macam ni ek. ni first time I datang laut semenjak berhijab. dulu rambut gerbang gerbang ditiup bayu. gteww


birthday girl masam je. dia punya birthday orang lain makan seafood
bapak lama haih. fed up I tunggu time ni. masa tu tak dapat meja tepi laut. second dari tepi. pastu bila dorang dah sampai, I pegi lah toilet. tau tau je dah pindah meja tepi laut. wahh cantik sangat. Mak gayat. dia kata pandang lantai, papan dia macam ada lubang nampak air. mak dah seram dah. hahaha pastu dia risau sangat letak Maira tepi tu kang dia mengeliat jatuh dalam air ke. hamboi paranoid sangat. kalau letak Lihin lagi lah seram 0,0 

birthday girl termenung apa tu

Lihin takut air . hahaha. dia asyik nangis nangis. I snap few times semua pic dia macam tu. I pilih yang ni sebab birthday girl tengah sengih. hahahaha

family photo <3 w/o me as usual/ hiks
waktu ni dah start gelap. cantik ya Allah. kalau Perhentian mesti lagi cantik kan. eh dah kenapa tetiba Perhentian kan >,< 

Ayah request nak bergambar dengan birthday girl
Orang tu hantar air dulu. Lihin nampak kelapa sebijik apa lagi Lihin terus peluk. hahaha takut jatuh kena kaki dia je .  

Lihin kerjakan air kelapa Ayah dulu

I rasa seketul benda alah ni. tak kena dengan tekak. I memang tak makan tauhu pun. so dia bakar ke goreng ke dia tetap tak kena dengan tekak I -,-

tauhu bakar

size okay. rasa pun okay. ada tempat I makan, tepung je lebih. tapi liat sangat sangat. gigit tak hancur, campak kat kucing. rezeki kucing tu. dia pun tunggu je kat meja kami. gemuk okay beliau. I pesan kat mak I "mak jangan panggil dia gemuk depan depan, nanti dia kecik hati". hahahaha

sotong and udang goreng tepung

no comment sebab tak rasa pun

err amenda entah

kuah dia gila lah. hahhahah. sotong liat. udang taktahu la sebab Lihin yang makan.  kami buat half goreng tepun half tomyam

tomyam campur. 

errmm biasa je siakap 3 rasa ni. 

siakap 3 rasa
stim limau dia I tak rasa pun. tapi Ocin cakap very disappointing .  I tak pernah suka, sebab muak. so takleh comment lebih lebih

siakap stim limau



atok favorite's now. Mommy is jealous
Cutlery kena amek sendiri kot. taktahu kat mana. I makan pakai tangan je. wash basin ada berdekatan, tapi time abah nak basuh tangan terpaksa pergi toilet. boleh gtew? tandas, surau semua ada. tandas OKU pun ada tapi nak bagitahu ni sesiapa fussy bab toilet macam I, jangan letak high expectation ye kat toilet dia. I from 0-10 I bagi 0. sekian 

Lihin dan airnya . Ayah dan ketamnya. Ketam Masam Manis. I makan satu je. taktahula I tak boleh makan ketam. dia jadi macam gatal hujung hari, tekak, telinga. tapi sekejap je nit even 1 hour.  kenapa ek? ada orang cakap sebab makanan tu tak fresh. taktahulah. 
Kami kan tukar meja. tapi mak and Ocin dok panjangkan leher la takut waiter salah hantar air. so mak berjaya panggil budak tu . okay, then sampai lah Tauhu Bakar, Celup Tepung, Ikan Ikan, Tomyam. Ketam.....

Nasi? mana nasi?

Celup Tepung dah habis licin, Abah dah makan Tom Yam dengan lidi makan Tauhu Bakar , Ocin ratah ketam.  nasinya mana? kami menanti dan menanti. tapi makin sedih bila orang datang kemudian dah dapat. kami? yang datang seangkatan kami dah balik dah pun

I pulak bajet Ocin tak order nasi. hahah boleh blame laki sendiri?

Panggil one of the worker, dia pergi check kat dapur. tak lama lepas tu baru sampai. Yang hidang tu akak pakai tudung, ada dua yang pakai white shirt, satu freehair satu bertudung. dorang ni ada pangkat ke apa ke taktahu la. sebab yang lain semua macam budak budak yang tolong kemas meja je,

dia cakap ada kesilapan sikit sebab kami tukar meja. adoi I pelik lah macam mana lauk tak keliru, nasi pulak confuse sorang sorang, sian nasik >,< takpelah, sebab customer service akak tu baik , I pun senyum je lah, dia siap mintak maaf. sukalah pelayan macam tu. sejuk hati.

tapi bab ni I 100% nak blame Ocin *emoji marah*. Sampai nasi 5 pinggan, siap 5 tissue basah semua lah. pastu Ocin pergi surau tak silap I. mak I pun panggil lah waiter kata maybe salah hantar sebab kami berempat je. sekali masa Ocin sampai dia tanya kenapa nasi 4 je, dia order 5. citpodah. kenapa tak cakap. sapa boleh expect kau nak makan 2 pinggan laki aku oiii. hahaha

pastu dia panggil lagi, untuk tambah nasik, sampai kesudah tak sampai. hahaha dorang malas layan kot. sorry la buat korang confuse, miscommunication between laki bini. nasib baik dalam bill memang tolak 1 nasi. kalau tak rugi je RM 1.50.

Lauk ada yang tak habis. Siakap Stim ada half, Ketam ada 3 ketul. ( order 4 ekor- belah 2 so 8 ketul total) and Siakap 3 Rasa ada sikit tang kepala. semua bungkus. 
woi rindu jalan ni. ape ke namanya ? dulu lampu dia kaler lain kan?


Ni total damage on that day. actually kami balik pun sebab Lihin dah merengek. Maira pun berlawan jerit. semua tengok je kami. waduhh. gini lah bawak anak keluar. jangan cerita pasal hipster cafe kat KL ni sebab I takkan masuk. serik lah masuk Magnum dulu, Lihin bersilat kat dalam tu. dah lah tu tempat orang beromen. eh beromen-romentik. orang meja sebelah main suap suap, Lihin dok main cak cak. hahahaha. takpes boss, praktis lah ada anak. hiks

I prefer bawak Lihin tempat bising. mamak ke atau family restoran yang memang orang memekak. so takdelah pelik sangat. kalau tak orang sekeliling pandang lepas tu sok sek sok sek. cungkil bijik mata tu baru tau. kekadang bila dia pandang Lihin, I pandang dia senyum, dia buat muka. grrr . okaylah maybe dia tak paham. ingat I yang suruh Lihin jerit ke ?
total damage *pengsan*

Berbaloi ke jalan sejauh tu untuk makan seafood?

as for me, I bukan penggemar seafood pun. untuk view dia memang I suka. tapi untuk bayar amount ini sejauh itu memang idok ler. suasana? woi panas woii. bahang gila berpeluh ketiak tengkuk celah celah semua. Ya Rabbi. fussy ke I ni?

Jamban dia? perempuan punya hujunggggggg sekali. memang bagus tapi semua cangkung. ya Allah I intai dari luar je. takde pipe. I nampak kepala pipe and baldi. gayung maybe ada la kot.

come on, tempat famous, bagi la choice jamban T_T

tapi tempat OKU ada jamban duduk. ahh I kalau taktahan I masuk je, bukan nak bertapa pun kan. err

Taste?

I have to say this . tak sedap langsung. memang portion besar, tapi macam tomyam dia , tak pekat likat pun. Masam Manis and 3 Rasa langsung tak pekat. cair and sikit kuahnya. Sotong liat hurmmm

Mak I kata dia pegi pilih ikan tu dia tengok tak fresh pun. benyek je .

entahlah, biasa tempat kalau dah famous macam tu la. kurang dijaga. maybe masa korang pergi tu bernasib baik. masakan sedap walah ikan fresh siap berenang lagi ke. kahkah.

I teringin nak rasa kat Kuala Selangor la pulak. saja je. tapi bukan dalam masa terdekat ni. Birthday Maira tahun depan ke, In Sha Allah. kahkah ngamuk Maira. jadah tiap kali birthday dia makan seafood.

Balik semua terbongkang.

happy birthday sayang *nangis sambil bukak cerita czer*


Comments

  1. Salam mommy cici... SS ada small gift nak beri pada Mommy cici sbb menyertai segmen teka teki di Blog SS... Sila emailkan alamat kepada SS ok.... scdhasein.photo@yahoo.com... Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. wahh dapat hadiah jugak ke. okay laju laju kita hantar address tau. hehehe .

      Delete
  2. kalau keluarga saya makan seefood mesti ada nasi tambah..heheh..tak pernah order cukup2 nasi tu..dan selalunya habis licin..

    Tempat terkenal tapi makan tak sedap..rasanya terkenal sebab ramai yang pergi kot..kadang orang suka pergi bukan sebab sedap tapi mungkin mudah parking , meja banyak tak yah tunggu, dan order apa je semua ada..

    ReplyDelete

Post a Comment