Family Day 2017

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama di Hospital Ampang

*Hi semua. okay ini dicopy dari blog lama I. sebab ramai nak tahu apa pengalaman normal delivery I and apa yang membuatkan I terpaksa elective czer for second baby . 

Assalamualaikum W.B.T


you alls, Cici is back .  sila berikan tepukan gemuruh

Alhamdulillah, some of you mesti tahu I dah selamat melahirkan Baby Tembikai I yang meruntun jiwa =.=' pada 21 June 2013. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas :)

Almost 3 month , baru sempat nak update. Actually I dah buat draft dalam lappy tapi sebab tak berkesempatan hangkut lappy keluar so tersimpan sahaja lah dalam tu .

okay seperti yang dijanjikan . ehemmm . kita start dengan 2 weeks before yeah

2 weeks before
Tetiba Baby tak gerak . sebenarnya hari ni merajuk acah manja denan family sebab dari last week nak makan Chicken Chop kat Kg Baru tak dapat -,- lepas tu nak buat photoshoot mengandung sekali. mengadakan . orang nak awak pun nak . yelahh bukannya setiap masa boleh ada baby bum tu . grrr.

so kononnya lepas check kat spital Ampang boleh lah terus pergi makan chicken chop, seklai kena admit masuk ward -,- and first time kena seluk. apa pun nasib baik 1 malam je

19 June 2013
Its Wednesday, and its checkup day. ahaa bila dah 9 month dah jadi weekly checkup ye Mummies sekalian . tapi gigih lagi naik cab sampai LRT konon nak g sogo . eh tak jadi gigih naik bus metro pergi KLCC menapak ke Wisma Central sebab nak makan nasi gulai kawah. Perut memang dah rasa berat , and rasa macam period cramp tapi gigih. ahaa nurse kata dah tak lama dah tu
Malam tu keluar tanda coklat. erkk. Nurse cakap trus ke spital . I semangat ikut nasihat blogger lain siap mandi minum Milo makan half boiled egg, husband pun sengih sengih dah, bila sampai blablablablabla doc cakap

"well, kalau takat tanda coklat dont bother to come la ..."

cis, I pun tak mau datang , tapi nurse cakap takut baby lemas, I ikut nasihat je ,. grr bahasa comel sikit la, =( sodeh tau

20 June 2013
Duhai, dari pagi dah tak selesa, dok mengiring , baring duduk diri semua tak selesa. capai ler pen dengan kertas. dari baby tak gerak dah dok catat dah kontraksi tapi kali ni macam sakit gila, tak sempat tengok jam sebab dok tergolek sakit.  grrr
Husband balik around 9pm, teman dia makan , terasa lapar pulak. dia dah tidur , kita pun makan la sorang soranggggg. 10pm dah masuk bilik tapi tak boleh tidur. serba tak kena.
nak mengira kontraksi macam stable dah tapi ada missed jugak . masa tu tengah malam buta. dah dcide lepas Subuh pergi spital jap la mana lah tahu dah bukak 1 cm .

Husband pun macam pening tengok kita kejap bangun kejap duduk. tapi masa pergi toilet nampak ada DARAHHH . maigodddd , terus suh husband pergi kejut mak abah .masa tu 3.30am kot . kesian semua orang =(

Pagi Jumaat so husband nak siap pakai baju melayu la konon nak pergi keja terus bawa motor sekali , but I cakap

" alaa tak payah , ni dalam blog cakap bukak 1 cm je ni . nanti kalau sempat suh abah hantar balik, kalau tak kita amek cab je "

sampai spital blablabla sempat lagi tengok ada pompuan ni kena usung menjerit jerit , sekali check I punya dah 3 cm . hamboi lajuuu. lepas tu akak tu kata very soft and gentle maybe jenis cepat.' so I pun macam err okay.

blur sikit tak sempat jumpa mak abah . huband tunggu kat luar . lepas tu ada nurse tu macam garang sikit dia nak godek bagi 5 cm .terangkat bontot gua dengar.,lepas tu kena marah , dia kata


"adikk, awak keraskan badan kenapa"

huwaaa dapat bukak 4cm je , lepas tu dia bagi ubat berak macam bom tu . ( selama ni Mummies sebut ubat berak ingat macam masa kecik kecik tu ) I dah la taktahu macam mana nak masukkan , ala sumbat je lah . lepas tu kena marah lagi sebab lama dalam jamban.

bagi barang kat husband, dia tanya macam mana dengan dia -,- mana lah saya tahu . saya lagi blurr. huwaaa

5.30am - labour room
dah disorong ke dalam , entah apa apa lagi dipasangkan , lepas tu ada sorang tu dia check contraction . katanya

"eh kuatnya contraction awak ni . tak rasa sakit ke?"

masa tu memang sakit  , tapi macam period cramp la , so macam laa ini ke contraction, kalau takat ni , biasa je lah ( takbur sangattt , jangan gini ye adik adikkk)

6.30a.m
I pun tak ingat tapi around this time la doc India pompuan masuk, pecahkan air ketuban , masa tu dia macam bising sebab I tak kangkang besau besau. I pun taktahu kenapa .tapi dah takat tu je nak buat macam mana. memang masa Dance Class pun cikgu bising sebab saya takut kangkang =.= dia kata

" macam ni je ke boleh besar?"

I dah cakap sorry , and she said , its okay you pun tengah in pain kan. lepas tu dia nak godek lagi tak dapat lagi then nurse tua sorang entah muncul dari mana , dia cakap

" dekkk betul betul lah susah doc nak buat kerja"

haishh memang orang beranak ni asyik kena tengking je ek?

8.30am
Husband I masuk. Finally. dia bawak baju baby , lepas tu dia berdiri sebelah . bagi kata kata semangat. pertama kali rasa betul betul disayangi =p ( okay this part biarlah I je yang rasa, takkan ni pun nak share, takmau takmau, nanti macam line 3G kalau share reramai , jadi lembab . eh ada kena mengena ke?)

9am
Sakit sumpah sakit melampau. sampaikan I menggelongsor sendiri. duduk pun tak betul. tapi yang jaga bilik I nurse, dia bagi ubat apa entah , pasang tiub air kencing semua but still sakit. gas kat sebelah tu yang kononnya kalau overdose boleh pening and tidur tu takde effect jugak.

Last last ada doc pakar kot masuk. baik dia, siap offer epidural lagi. Ya Allah , orang kata hanya orang bertuah je yang akan dapat epidural di gomen spital kan 0,0

tapi kena tunggu , sebab katanya doc bius takde lagiii. okay fineee. sempat lagi mintak phone kat husband sebab nak call Abah Mak. kena dengar suara dorang,

9.30am
Doc tak sampai lagi ke? itu je soalan I . Sampai husband I kata nurse in charge tu macam dah malas nak layan. ahhh apa pedulik. I sakit. lain orang lain sakitnyaaa. I dah bertahan berapa lama . lagipun bukan I menjerit pun . ada cina bilik sebelah lagi dahsyat dia jerit -,-

I muntah , cakap kat nurse dia bagi bag plastic -,- ohh ingatkan ada ubat muntah . kami muntah bersama sama, seriously okay.  sangat romantic ye makpak kau ni Lihin.

Orang kata trauma kat gomen sebab asyik kena seluk . tapi untuk I , I yang terjerit jerit mintak dorang seluk . tapi ada yang kata 7cm, lagi 5 min panggil nurse lain dah 9cm , tetiba panggil nurse lain 5cm -,-'' aduhaiii mana satu ni ?

11am
Bayangkan kesakitan 2 jam lebih tu menunggu ,akhirnya doc bius muncul. muncul dengan sangat comel

" hi saya doc bius, blablablablab;la...."

dia bercerita kebaikan dan keburukan epidural serta prosedur nya . tapi I dah tak kisah . lepas tu dia suh seluk dulu sebab kalau dah lebih 5cm dah tak boleh.

check dah 8cm -,- maka dia suh tungguu. yeee penantian ialah satu penyeksaan okayyyy.

11.30am
I betul betul tak tahann.nak terberakkk. I cakap dengan nurse dia suh sabau . I mintak operation dia kata sayanglaaa puan. dah nak 10cm tu. doc pakar tadi masuk lagi . I pegang tangan dia , doc pleaase I cannot tahan anymore. czer please doc please.

Dah macam drama dah -.- yang peliknya auto tukar language pulakkk

doc kata ehh awak ingat tak bahaya ke czer . boleh bahaya nyawa tau . and I was like I tak kisah pasal tu . ni I tak tahan . nak berakkk sangattttt.

Doc kata

" okay you teran sloww sloww okay nanti jalan terbukak lah tu . memang lah normal kalau nak bersalin makin lama makin sakit . kalau tak rasa sakit tu lah tak normal."

Bila I mintak bius she said

" actually gas tu boleh buat awak tidur tau. cuba sedut lagi tapi jangan banyak sangat ovedose nanti pening"

Fuhh sesunggunya I memang pening siap muntah tapi tak hilang rasa sakitttttt

I siap mengadu yang I tak makan , bibir kering blablabla . doa cuma suruh nurse basahkan bibir sebab takut anything happen masuk operation room nanti makanan and minuman boleh pergi ke peparu.

11.45am
Rasa nak terkencing . nurse tua tu masuk dengan sorang budak practical . dia kata kecing je lah . okay , dah dapat permission kan -,- ( sorry husband) lepas tu nak terberak . dia kata okay berak lah

Actually waktu ni I memang dah overdose. dia macam dalam drama pulokk . I kejap kejap lelap and bila sedar I tengok my husband kat depan I and cakap "okay Bee dah nampak" . I was like nampak apa? taik aku ke?

I memang expect nak berak je atas tu . hello when you are in pain , takde apa yang malu okay. tapi rupanya dia dah nampak kepala babyyyyy!!!!

I teran teran tak lepas . nurse tua tu potpetpotpet. husband I pun sama cakap cara I salah la apa lah . nurse tu kata

" ha tengok husband awak pun tahu cara awak salah"

haishhhhh. I sedihh gila macam nak nangis , lepas tu husband I pujuk. dahh jangan nangis. nurse tu pun tinggikan suara , "JANGAN NANGISSS"

Lepas tu ada doc masuk bagi kayu untuk kangkang tu . kena tarik tali sekali. adoi dah la takde tenaga

12pm
Kan ada benda yang dia cucuk kat tangan , apa namanya? drip? apa entah . benda tu tercabut so nurse tua tu bukak la glove sebab nak betulkan balik. sambil tu kontraksi datang . I tutup mata and focus kat 1 suara je . suara budak practical tu rasanya . dia kata

"okay kak , bagus lagi sikit okay bagus"

I pun teran sekuatnyaaaaaaaaaaaa

Perasaan macam baru bangun tidur . macam semua benda terhenti. I nampak husband I tengah pandang ke satu arah . budak practical tu pun sama. Sesuatu yang terlindung oleh kaki I. Bila I focus betul betul I dengar suara nurse tu bebel plus suara tangisan Baby . Ya Allah

masa tu tengok jam 12.09pm. Perasaan? err entah la . sebab kesian anak aku benda pertama dia dengar ialah bebelan nurse kan -,-'' haizzz

" ... belum sempat kita buat apa apa dia dah teran..."

itu je lah yang masuk dalam pale otak I . I blur betul. Husband I pujuk

" dah dah bukan salah you. you dah lahirkan Baby tau"

sambil bungkus Baby sambil bebel. last last I cakap SORRY dengan nada sedih =(

dia kata

"ehh bukan sorry kat saya . saya takde apa apa . awak lah yang teruk"

dia letak Baby kat dada I , Bonding time macam yang selalu diceritakan oleh orang :')

Tapi orang kata tengok Baby rasa sakit hilang kan , but still I rasa sakit . I jerit jerit tanya kenapa rasa sakit . dorang kata sebab rahim kembang . okkkkk

Pastu doc yang baik tu masuk terkejut gila I dah deliver. kawan dia pun terkejut

" eh ni bukan patient yang you kata nak sambut tu ke?"

and she answered

" yeah I ingat natural maternity ( apa entah) tu i suh dia teran , tak tahula dah beranak"

dorang check check , cakap pasal 3rd tear blablabla. 3 doc pompuan 1 doc laki. Baby tak henti henti nangis. Husband Azankan.

Lepas tu i sibukla dengan dialog cliche "Bee anak kita Bee", ( after that husband complain , ko ni tak habis habis anak kita anak kita , memangla anak kita anak sapa lagi, drama petang petang sangat) hahahah sorry

Lepas tu doc bagitahu koyakan I terlaluuuuu terukkkkk dan perlu dijahit di operation room . sebab koyak habis-habisan hingga ke belakang. I macam dah takut , macam mana aku nak berak lepas ni -,-'' doc kata boleh baik".  siap pujuk I lagi

" jahit kat sana dapat bius nanti"

Tapi yang menyedihkan I tak sempat nak susukan Baby . dorang bawak Baby kemana entah , husband I pun keluar I pulak disorong ke bilik operation =(

..........................To be Cont .....

( penat tangan guaaa)



Comments

  1. Salam, 2nd pregnancy u decide caeser ke? I bersalin anak 2nd 3rd degree tear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. sbb I nak epidural tapi takde. (hosp ampang punya doc bius opis hour). so i elective la

      3rd I nak normal. I pergi private tapi takde rezeki jugak. i kena emergency czer.

      kalau ada rezeki yg ke 4 confirm kena elective jugak =( dah takleh try normal

      Delete

Post a Comment