Family Day 2017

diarrhea yang teruk


Holla

you all pernah kena Diarrhea? eh ke Diarrhoea? mana satu, duh. 




Okay mana mana lah kan. janji paham. I ni actually dari kecik perut memang sensitive. salah makan, pedas sikit, etc terus berlari dan berkejaran ke jamban. waduh. 

Imagine, I memang takut nak makan nasik lemak pepagi. Pisang / betik semua kena avoid. laju sungguh proses. and kalau raya pertama I lah orang pertama ke jamban. Yelah kan perut dah kosong seharian and tetiba dapat spicy food . perghh



tapi I mula rasa teruk masa peknen. sebabnya I takut terberanak. kahkah. memang dah sarat. masalahnya waktu tu I teringin makan cucur udang. taktahu pulak ada cuka. I cicah je lah. sakit dia hadoi yai. 

second teruk masa peknen Maira, masa tu kat opis pulak tu. I menjerit jerit panggil colleague I. hahaha I memang ada tebiat sikit kalau sakit perut akan jerit mintak orang teman. kahkah.

kali ketiga yang teruk tahap kritikal ialah masa semua penyakit bersatu. I memang demam, tapi husband I nak jugak balik Damansara jap. sekali pap hujan lebat. kami berteduh bawah flyover, agak lama jugaklah. dengan sejuk and lapar. pastu singgah rumah kat Penchala. my SIL hidangkan roti dengan  hot tea. tu lah punca gastrik. atas motor tahan je sakit motor. sampai je rumah, pap terus lari ke jamban. 

package gastric + demam + diarrhea + period pain. fuhh seriously pandangan I gelap je. kepala I berpusing. 12am baru gagahkan diri ke klinik.  I pun taktahu apa I cakap dengan doc tu, tapi yang I ingat I cakap "I need MC for tomorrow. ". kahkah sempat okay

setengah jam jugak spend time kat klinik sebab I ulang alik jamban. waduh

I terpaksa pegi Mediviron sebab tu one of panel clinic. kalau tak nanti MC tak diiktiraf. gteww. lantaklah janji free. kahkah. and I suka doc Adam Leon. dia memang power betul. bukanlah ubat dia ajaib ke apa tapi dia pandai bagi aturan. 

Dia selalu kata bodoh sapa yang makan ubat cirit. sebabnya nanti kuman akan tetap terkumpul kat dalam. biasanya ubat cirit tahan 4-5 hours pastu akan datang sakit balik. tapi pada I kalau kita perlu settelkan benda urgent then okay lah kot. lepas tu hadap balik sakit

Dr Adam ni selalu cakap 

 "shitty doc are everywhere. here also got shit and stupid doc . Im very sure you met them before. young doc tak guna"

in my heart I was thinking, 

"huk oloh dia tak pernah muda ke "

tapi betul lah, dulu pernah sorang doc tu main bagi je ubat migrain paling kuat bila I cakap rasa pening. klinik lain suh buat urine test dulu. rupanya peknen Maira. hiks nasib tak jadi apa apa. 

tapi yelah kan, yang tua lebih berpengalaman. depends kat mentor kot. asal jangan salah bagi ubat sudah ye. 




selalu dia akan bagi ubat macam ni lah. selain tu ada lah jugak air garam , painkiller. 

Oh btw the reason why dia bagi ubat gastrik ialah sebab nanti lepas cirit birit kita akan kena gastrik. so kepada yang suka minum milo pekat/ teh'o pekat untuk stopkan 'pengeluaran', better jangan amalkan ye. nanti lagi teruk


30 min sebelum makan, kena amek ubat gastric yang putih tu. lepas tu makan ubat charcoal. kita akan rasa perut macam bunyik bunyik. charcoal tu untuk absorb kuman. nanti kalau kita berak pun najis akan jadi hitam . memula I gelabah jugak tapi doc kata maksudnya tu healing process lah

lepas makan , amek ubat gastric yang pill. 

dalam masa seminggu in sha Allah boleh sembuh. perghh lepas dah sembuh macam trauma nak makan. 

MAKANAN

makan kena pantang. No spicy, oily, sour , dairy food . no coffee no tea no caffeine. Only plain porridge. kalah pantang beranak weh. ahhahaah.

tapi I kekadang langgar pantang jugak. hiks

bercakap pasal doc fav I tu. bila I google nama dia memang ramai yang puji. and dia jenis tahu tengok penyakit kita. kalau betul sakit takyah mintak MC, dia yang bagi. Bila I diarrhea mana I pernah mintak. dia check lidah, perut. pastu dia sendiri bagi. doc lain, I yang kena request, entahlah I malu sikit nak mintak hahahaha. tapi kalau dah sakit nak matik tu, malu letak tepi la

last Thursday , I agak parah jugak lah. sayang doc fav I takde. I pun lupa tanya dia. Yang attend I tu doc Najib namanya. gila muda macam baya I. segan hokeh. waduh. tapi mesti doc tu ingat I jenis alim kot, tudung labuh kahkahkah. seriously dia tak pandang langsung muka I. check body temperature pun tunduk. so I pun tunduk je lah.   and I think Dr. Najib ni anak murid Dr Adam kot. ubat dia sama macam Dr Adam jugak . hehehehe

okay panjang pulak bebel. korang ada ke pengalaman diarrhea teruk teruk ni?

Comments

  1. Salam, nak Tanya juga. Saya pun Baru kena penyakit tu and lepas makan ubat charcoal tu memang najis keluar warna Hitam eh? Berapa lama ya saja ja tanya

    ReplyDelete

Post a Comment