Family Day 2017

hutang barang rumah. yay or nay?

Hi korang



Tadi taktahu kena tergerak hati nak Google pasal bayaran ansuran untuk barangan rumah. zaman dulu / kat kampung terkenal dengan beli karpet/ kain pasang and bangla akan kutip bulanan kan. sekarang ni kita ada banyak dah and yang terkenal Courts Mammoth dan Seng Heng. Tapi yang paling banyak dikutuk ialah Courts Mammoth

ada cafe gtew kat dalam dia .hahahah

First of all, I bukan spokesperson dan tiada sedara mara, laki, ipar duai I bekerja di situ ye. so ini adalah 100% personal thought I

ramai yang kutuk cakap bunga/interest riban riban blablabla. alaa memang la. dah kata pun berhutang. beli kereta ke rumah ke semua sama je . ramai jugak yang berpendapat , better beli cash je. betul, I sokong jugak. wash machine boleh dapat dalam RM 1500

TAPI

I  terjebak dengan hutang ni sebab I perlu sangat sangat mesin basuh dan fridge yang lebih besar. mula mula memang I taknak berhutang. konon nak jaga nama I, 'virgin' dari sebarang loan. mesin basuh I semi auto dah bunyi macam macam dah. peti ais pun cenonet je. dah la letak aiskem pun boleh cair. hadoi teruk sangat dah tu

try jugak survey, tapi harga satu barang sama dengan gaji sebulan. hurmm fikir punya fikir I pun amek je lah barang daro Courts. credit limit I RM 4k tak silap. ada extra so gatal nak amek TV. hahaha yelah TV I jenis kotak tu. actually tak penting pun, I je gatal. 

so total tak silap I RM 6k + yelah I rugi 2k kat situ. tapi I rasa lega jugak sebab wash machine tu dah berkhidmat , cuci baju kami sekeluarga. at least campak je and boleh buat kerja lain. kalau tak, nak kena masukkan air lah apa lah. kami kan tinggal 6 orang satu rumah. baju si kecik tu lagi. tapi I gatal beli 10KG. kawan I yang 11 orang sekeluarga pun pakai 9KG je, hiks

fridge tu pun berbakti tau. beli lauk seminggu terus senang. 

source: Google

Big Family macam I ler. hahaha. tapi err macam ada penambahan je tu. hiks


I bukan lah nak galakkan orang berhutang. cash lebih baik. tapi bagi I tak salah pun berhutang janji mampu bayo. I taknak hadap lama lama so I amek 2 tahun je. tan sanggup I nak hadap 5 tahun untuk perabot walaupun macam macam dorang offer. Oh btw monthly installment I ialah RM 291. okay lah tu affordable. 

ramai yang cakap tak suka orang tu dok call call call call. padahal baru lepas sehari due date. ahhaha yelah dah tu kerja dorang. I pun tak suka. Honestly, after 1 year kot, bayaran I dah kelam kabut tapi tak pernah missed lah. cuma due date I supposedly 24hb monthly . tapi ada I bayo 27hb lah, 28hb lah. hahahaha. pernah sekali lah call office. tapi I tak kisah pun bukan I lari 

agaknya dorang tengok payment record I memang tak pernah missed every month, so dorang dah tak pernah call. cuma SMS je lah. start dari due date , ada je SMS everyday. takpe I biar je. kang dorang tak buat kena marah pulak. of course dorang ada KPI kena achieve everyday kan. hahahaha

BTW ada sekali je lah, ayat SMS tu macam hampeh. abit kasar la. Ocin cakap suh report Bank Negara. ah lantakla .

so pada I benda ni macam pendapat masing - masing je kot. yes, ada orang memang anti benau dengan hutang. rezeki dia lah. kan?

source: Google

sekejap je zaman ni kan? lepas tu handphone tu semua takde harga . kahkah


Tapi janganlah beli benda mengarut yang digunakan sekejap /  jatuh nilainya dalam masa 6 bulan . contoh terdekat phone. perghhh. I penah beli N73 zaman sekolah dulu. paksa mak konon potong duit belanja I sehari RM 5. lama lama I merayu jangan lah potong lagi, tak cukup lah belanja sehari RM 6. hiks. bukan I belanja sorang, I kan bela boipreng. bazir betoi duit tau.

source: Google

jom cepat, hilangkan hutang . kalaulah senang kan =.=


so , kesimpulannya apa apa yang kita nak beli secara hutang ( cash pun sama je) silalah tengok kemampuan sendiri. kalau kita tak mampu bayo RM 300 sebulan, janganlah amek. carik yang lower amount. atau kalau benda tu tak perlu macam takde kegunaan / faedah nya, better simpan duit. kan? kalau tetiba dapat bonus 8 bulan beserta kenaikan gaji maksimum apa salahnya buat full settlement, maksudnya sebelum kita search tiket murah lah, weekend getaway ke cafe hipster ke kita tanya lah dulu total balance and rebate . tapi sikit je kot rebatenya >,<



Comments

  1. Setuju. Kalau nak berhutang tu, kena tengok gak kemampuan kita. Kalau tak jenuh, abis gaji bayar hutang je. Kadang2 kalau nak beli barang selepuk cash semput gak :)

    ReplyDelete

Post a Comment