kucing patah rahang and surrender center

saja nak bagitahu I bekpes ni RM 1.20 , hiks murahnyaaa


Before Maghrib semalam Ocin keluar sebab ada bacaan Yassin kat office, balik je dia bawak kotak dengan kucing. terbeliak mata I . 

I bukan tak suka kucing. dulu masa tinggal rumah setinggan kami bela almost 30 kucing, stray cats okay. I memang suka kucing, nampak je terus bawak balik rumah. jauh pulak tu tapi takpe. begitu cinta I pada kucing tau

tapi bila dah duduk rumah flat ni, jiran jiran tak suka kucing. believe me baby, makcik yang siang malam kat surau pun tendang kucing. atok yang jalan tergigil gigil, gigi semua dah gugur pun bawak penyapu kejar kucing. hadoi

I bukan nak bukak ceramah agama kat sesapa tapi come on lah. lainlah kucing tu buat something. I dulu before ada anak, belah sekor kucing. Ocin lah ni dia kesian kucing tu dia hantar ke Ampang. katanya dia pun takde duit nak makan, inikan kucing. I sayang dia, satu family sayang. tapi jiran je pundek sikit. sikit je lah. dah lah masa tu I benci budak budak so cucu dia memekak macam apa je, nakal etc ( nampak tak kenapa anak anak I nakal? sebab I selalu benci budak kot, hiks) I selalu cakap

 ,"baik bela kucing daripada bela cucu nakal" 

pastu dorang ada buat operasi menghapuskan kucing. I geram gila and cakap kuat kuat

 " daripada tangkap kucing, hapuskan, baik tangkap bebudak yang makpak tak reti jaga, bagi main lift macam anak terbiar tu. menyusahkan"

fuh penuh kebencian. okay panjang gila mukadimah . back to the story...

Ocin cakap dia jumpa kucing ni kat Akleh. nak dekat tol. gila la, situ agak jauh. kiranya kucing ni jalan kaki dari Ampang Point ke apa? Ocin kata dia macam nampak kucing ni kat tengah jalan, dia berhenti sebab nak campak ke bawah, ingat dah mati. sekali kepala dia bergerak. dah sudah.

Kan I cakap Ocin nak pergi bacaan Yassin. so dia macam termanggu jap lah. nak bawak pergi spital takde duit. dia fikir nak loan easy RHB. sampai situ tau fikir. tapi kalau tak lepas nak buat macam mana? pastu dia bawak pergi office je lah letak dalam bakul motor

Ocin dah hampir lupa pasal kucing ni. sampai je motor dia nampak kucing ni macam menonggeng/ bersujud. maybe menahan sakit. dia tengok rahang kucing tu senget, gigi taring dah tertusuk. so dia baca Al-Fatihah, amek air Yassin pastu dia tarik rahang kucing tu. dah normal dah, tapi rasanya tak boleh makan lagi kot. maybe patah :(

masa dia jumpa, muka berlumuran darah. dah bersihkan semua dia bawak lah balik, letak dalam kotak. 

semalam dia dah letak minyak gamat. lapik and selimutkan kucing tu. I dah warning dia, makcik tukang sapu kat flat tu kalau nampak kucing dia akan pukul dengan penyapu. pastu dia mengumpat orang yang bela. Ocin cakap lantak lah. 

haih memang lah lantak lah. kalau I takde makpak memang I pun akan cakap pegi mampus. tapi masalahnya sekarang I taknak lah makpak I menahan telinga. dulu dah kena sekali. tadi pagi I cakap dengan mak, soalah pertama dia

"kau tau orang kat sini tak suka kucing kan?"

susahnya lahai. 

plus Lihin tu kalau nampak cat, habis,dia mencangkung ngadap kucing ni berjam jam. haiyooo

I try lah Google tempat penjagaan kucing. I tak kisah la kalau kena bayar monthly sekalipun. macam ada satu kat Putrajaya. hopefully boleh lah. kesian kat dia. oh Ocin cakap kucing tu macam pregnant. mintak mintak dia selamat

be strong. demi anak anak. 

Update: I jumpa lagi satu ; Paws area Subang kot.  fee RM 30 je . tapi masalahnya dia kata sebab dah banyak sangat, takut dia akan 'ditidurkan'. alama seram

sumber: PAWS

sumber: PAWS
hadoi. yang Putrajaya tu untuk kucing area situ saja, Ampang takde ke weh selain SPCA? -,-

Comments