makan chicken chop murah di Ampang dan perangai mak bergossip

Assalamualaikum W.B.T and Morning everyone

entry di mulai dengan pic makanan semalam

nasi goreng ciken cop.


semalam Ocin cakap one of his friend volunteer nak jaga Meow yang patah rahang tu. ins sha Allah kami akan menyumbang jugaklah. maklumlah , duduk rumah flat kang tak pepasal makcik tukang sapu masukkan Meow dalam tong sampah. 

sepanjang perjalanan naik kete, Meow diam je. tapi bila berhenti traffic light dia menjengah. actually kat office few times jugak call pesan Abah tolong bancuh susu bagi dia. kelas kau Meow minum susu Anmum. hahaha tapi dia minum nak taknak. oh by the way dia tak boleh nganga kot, so kena titiskan air kat bibir dia.

taktahu pulak nak makan situ T_T balik kerja je I dah makan nasi dulu. cis, so I tak dapat lah makan

saja je letak pic tu dulu sebab nampak cantik kahkah. actually nak order Nasi Goreng Ciken Cop 1, Ciken Cop 1. taktahulah misunderstood ke apa , dia hantar Ciken Cop dua. takpelah makan je. malas nak komplen. tetiba dah sudah makan dia hantar Nasi Goreng Ciken Cop pulak. perghh. dahlah mak makan tak habis, I kena habiskan. makanya bungkus untuk Abah je lah

iolls dah makan nasik kat umah

Ciken Cop ni RM 7 je. murah ke idok?

gravy dia wehhhh

Saja lah nak cerita. customer tak ramai. selain kami dan 2,3 customer lain,  ada satu meja penuh dengan mak mak orang kot. ada 2 kanak kanak dan satu suami. si suami dah kenyang bersandar kat sofa. si anak merengek

"mak nak balik. mak jomlah balik"

mak dia jawab.

" nanti lahh. diam jelah pegi duduk situ"

anak merengek lagi, 

"ala mak nak tengok last episode hari ni"

mak dia mengarah,

" ala pergi jelah tukar TV tu. pergi carik remote dia kat situ"

pheww. entahlah walaupun serapat mana kau dengan tokey kedai ke regular plural singular customer sekalipun, you should respect other people. kan ke kami tengah tengok bola. I mean ada lah 2,3 pakcik yang sementara tunggu tapau dia tengok bola. sebab you nak sambung gossip, you suruh anak you main tukar channel je ?

I pantang tau kalau tokeh restoran, orang tengah ternganga tengok berita / drama/ bola /wrestling pastu tetiba datang tukar remote. like please  I know bapak you yang beli TV , tapi tengok lah sekeliling. people tengah concentrate /focus/ khusyuk and apa apa word je lah. 

siap suruh anak dia check dengan akak kedai tu lagi TV ada Astro ke apa . before that anak dia tanya nak tekan channel apa ? ada Astro ke ? dia kata "mestilah ada Astro"

*tetiba teringat rumah gua takde Astro,kah*


rupanya anak dia nak tengok Kau , Aku, Kita. hamboi kemain budak sekolah rendah (melainkan anak dia dah menengah tapi kurang inci) dah tak sabar tengok drama, nak follow last episode. gua dulu sanggup ponteng nak tengok last episode Wedding Peach . hahahaha

anak iolls tak pandai follow drama swasta lagi. dia dok gila dengan car and train. hiks

hamboi kemain

Comments