Minyak Pengasih | Random

sampah iphone?


I tak ingatlah page mana I screenshot ni. tapi my first thought was bodoh gila. bukan dorang bodoh, tapi orang yang gigih buat IG ni bodoh

Ingatkan orang saja nak melagakan antara parti politik. rupanya sesama phone user pun ada kan. pastu start lah orang kutuk itu kutuk ini bangga dengan phone sendiri. 

I pun ada jugak amek gambo kat cermin, macam tipu je takde. jantan pun takde, inikan pulak I ni pompuan normal. cuma sama ada nak upload atau tak terpulanglah kan. bila dah jadi mak mak ni, mana ada selfie dah .

ramai perli,

"iphone ni takde front camera ye?"

pastu start lah kutuk

 "saja nak tunjuk mampu pakai iphone balbalblabla"

pastu ada yang kata

 " setakat makpak belikan/loan takyah berlagak"

I kelakar gila baca komen komen tu. ramai betul manusia yang ada penyakit hati kan. bila orang buat sesuatu dia anggap orang tu nak berlagak padahal orang tu takde apa apa pun sebenarnya. 

I bangga dengan Lenovo I sebab dia pink dan dia cantik. hiks. I tak pandang apa apa pun kat orang selfie pakai cermin ni. I selalu pandang pakaian dia lah, kalau cantik I stalk lah. semenjak pakai tudung ni kalau nak hijabista ke niqbista ke atau teletubies ke apa ke I stalk lah macam hormon kan suka tengok pompuan cantik. takdelah I nak kutuk dia selfie pakai apa . maklumlah I kan mengamalkan sikap pegi mampus

pastu I pernah baca orang kutuk ipong katanya 

"DSLR lagi cantik, camera ipong buruk"

sapa yang cakap camera ipong ni cantik gila? I tau camera dia okay, tapi takdelah macam awesome gila. korang ni pernah dengar perkataan filter tak?

and I sangat yakin, photography skill and subject tu penting. kena cantik. kalau tak reti main lighting, sibuk main flash tak kena tempat, pastu amek muka sendiri yang buruk dan busuk sebusuk hati mu itu, makan tetap buruk lah gambar tersebut

grrrr

takyah refer kat screenshot ni la, ramai je orang suka kutuk ipong lepas tu bandingkan dengan lenovo. cit. apa daa. I selfie depan cermin pakai Note 1 semasa orang sedang hangat memperkatakan tentang Note 3. gua slumber. bukan mintak sedekah pun kan. 

kesimpulannya, suka hati orang lah nak pakai apa pun  >,<


* dari zaman daun dulu I selfie depan cermin. hiks 

Comments

Post a Comment