Family Day 2017

Susu Anmum Step 3

Ni cerita hari Khamis. saja schedule entry. kahkah. 

Maira dah umur setahun, Kiranya dah boleh tukar Step3 lah ye. kat Carefour sekarang kan promosi RM 26.90/ 650grm . beza RM 1 lah daripada 99 Speedmart and Manjaku. hiks

Oh saja lah nak cerita, hari tu emergency punya pasal beli kotak besar  kat Manjaku 1.2 kg - RM 63.80 tak silap I. kiranya dia letak RM 31+ untuk 650grm. ish, mahal. pandai pulak dorang main harga. tapi kan kalau ada promosi kat Tesco untuk tin besar 1.8kg baru RM 80 . kiranya dia kira RM 26.90/650grm

pening? hahahah I memang suka mencarik barang murah. maklumlah dah mak anak dua. kalau tak, mampus lah guwa nak tengok price tag. sobs. tu zaman mak abah bayarkan everything. baru faham perasaan depa. I sekarang beza 50 sen pun I kira. sebab nak beli dalam kuantiti yang banyak kan. 

okay back to the story, selalu Lihin akan minum 10-11 kotak untuk size 650 grm ni. bila Maira dah join the club rasanya kena lah 20-22 kotak kan. pengsan. so ni stock untuk half month. entahlah kekadang I taknak beli sekaligus. I takut ada benda nak beli yang lebih penting. bab susu boleh selit korek tambah. ehe I kan paranoid. selalu fikir ada benda akan jadi. hurmmm





Groceries dah beli hari tu. cuma toiletries lupa beli. so I beli lah toilet roll I, pastu pewangi baju. I pakai brand Ava sekarang. hahahah see, sampai bab ni pun I cut off. tapi terlupa pulak nak amek shampoo and toothpaste. so apa lagi, shampoo anak jadi mangsa. 

btw korang pernah bau shampoo Barbie tak? wangi sangat, nanti nak belikan Maira la. tapi mesti Lihin nak jugak Ben 10. hahahaha


Nanny siap pesan beli jajan Lihin. so I beli sumi tu. RM 1.40/ pack dapat free jelly burger ni . I pun taktahu apa nama scientific dia . dulu kami panggil burger je. satu 30 sen. pastu ada pizza jugak. ish macam macam lah. Mak tak bagi tunjuk Lihin, kang dia makan kunyah tak hancur. so biar Mommy Ayah yang makan. siap bawak pergi office lagi

toing toing



Comments