adik baru?

Assalamualaikum W.B.T 

wah wah kejap je nak masuk pertengahan February kan. heee Iolls menghilang lama sangat . maklumlah I tergolong dalam golongan kaum nomad kat office ni. kejap duduk tingkat ni, kejap tingkat tu. kejap pakai PC ni pastu PC tu. wahduhhh. so now back to my place. takde lah forever . hujung bulan pindah lagi. huks



I masih dalam fenomena muntah muntah. jadi memang tak boleh nak type panjang panjang. rasa loya je. huwaaa bila lah nak back to normal. I rindu makanan T_T yelah I ni pemakan nasik tegar. sekali bila tak dapat makan nasi, dok ngadap sandwich / roti/ kuih untuk whole day memang muak ler. tapi tengok nasi boleh mengakibatkan kemurungan jugak. rasa macam salah satu nikmat dah ditarik balik. sobs sedih

I share cerita anak anak jelah ye. 



Lihin sekarang extra manja. dia macam tahu je bakal dapat lagi sorang adik. tengah tengok TV tetiba je nak duduk atas pangku. Ocin pun nampak yang dia lain macam , siap tanya 

"sejak bila Lihin pandai sayang kau?"

kuang ajo. mestilah dia sayang I, I kan yang berjuang melahirkan dia. cuma I kurang jaga dia je . kahkah. 

Before I tau I 'berisi' lagi, Lihin tanya I (sambil pegang perut)

"mih mih, apa dalam ni?"

bila I dah tahu ada isi, I try la cakap

"dalam ni ada adik"

Pastu dia suh bukak. dia nak tengok. pastu I cakap la adik duduk kat dalam, mana boleh nampak. dia tanya

" nape adik masuk balik?"

kahkah. okay logic jugak soalan dia T_T


Maira macam biasalah. dia tetap cool. tengoklah gaya tidur tu. berlainan betul dengan Abang dia. and lately ni dia macam busy main sorang sorang. I belum belikan dia apa apa. so dia main tupperware la , mangkuk la. hahaha sian anak Mommy. tapi dia macam acah acah main masak masak tau. suka suka. 

Bila tengok dia macam kesian pulak. kejap je nak jadi kakak dah. oh btw dia dah tumbuh 4 batang gigi so far. dua atas , dua bawah. belum boleh jalan. doc kata lambat maybe sebab faktor berat badan. Orang tua tua bagi tips suruh urut kaki la, ketuk lutut pakai tempurung kelapa lah. belum buat lagi. 

source: Google


Korang pernah tengok Pocoyo? dalam tu ada satu watak gajah gegirl. Si Lihin tunjuk sambil cakap 

"adikkk"

*pengsan* 

apesal kau meng-gajahkan adik kau. adik macam blur je tengok Abang.

Pastu korang tahu tak kartun Jerman ke apa entah yang Masha & The Bear ? Dia cakap Bear besar tu pulak adik

source: Google

Hahaha tak baik tau. Patutnya dia cakap Masha tu lah adik dia. ni dia panggil Masha tu "kakak" . adoi

source: Google


Pastu last year Dina ada bagi I clip on Koala ni. I saja lah tunjuk Lihin semalam. pastu Lihin cakap

"ni adik"

Maira muka masam je. sian dia semua yang berbulu and fluffy semua dia. hahha jahatlah Abang. Abang semua nak ensem je. Boboiboy lah , Pocoyo lah

latest pic. Maira ni jenis rimas digomol



Okay lah till here. Nak pergi ngadu tentang kebocoran ekon pada Cik Cempakasari pulak. kurus perut iolls dok turun naik ni. ohh iols belum berkesempatan lagi nak buat Fridge Magnet yang Kak Farra bagi. wahduhh. nanti dah siap kita update ye kak. thanks :)

thanks Aunty Dina bagi Lihin. nanti Mommy tumpang sekaki. hiks

Comments

  1. Tahniah baby...
    Dah agak bila u asik sebut 3 anak tu... ahaha saja je buat blur2...
    Murah betul rezeki u... alhamdulillah. Semoga u cepat2 sihat and dapat makan banyak2 supaya baby dapat membesar dengan sihat dalam tu.
    Sekali lagi, tahniah sayang!

    ReplyDelete
  2. hahahah I segan sebenarnya sayang T_T entahlah tak baik pulak nak segan dengan rezeki Allah kan, kekadang rasa macam nak lempang diri sendiri. tapi tulah, mulut orang kan . :(

    ReplyDelete
  3. alaaa takmo la segan2. patutnya u bangga tau tuhan kasik u rezeki melimpah ruah macam ni.
    cuba bayangkan orang yang nak sangat anak tapi tak dapat... lagi rasa segan gila nak mghadap masyarakat yang bizi the body builder nih.
    orang ni semua tak kena, tak de anak salah, anak sikit salah, anak ramai pon salah....
    dorang jelah betul. haishhhh (emo)

    ReplyDelete
  4. Salam, hahahahahahahaha! arghh lawak gila....celah mana kah persamaannya semua itu dgn adik mu wahai lihin..hahahaha lawak gila lah..gaya dia ckp tu mcm innocent pulak tu.."ni adik" hahaha tabah lah si maira...

    sweet lah entry ni, i senyum sorang2 dah..hahaha lawak pun lawak...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment