Family Day 2017

anak merokok

Assalamualaikum W.B.T

eh mak mak sekalian, korang suka ke kalau anak korang smoking?

eh nope, Lihin tak smoke, tapi dia nampak orang merokok di mana mana. budak kecik kan observant. kang ada je nak tiru. first time jugak dia cakap 

"nak isap okok"

matik !!!!

masa kat mamak, dia nampak orang berasap. dia tanya I, 

"mih, apa tu?"

 I cakap lah

"uncle isap taik, eiii jijik. kotor"

hampir dia nak pergi kat orang tu. kahkah habislah gua woi. ngajar anak bukan bukan. pastu nak cakap apa lagi. 

Memang kalau ada otak, kita memang tak boleh lah nak hisap rokok depan budak kecik. nanti dia tiru. samalah macam nak main. kalau rumah kita studio apartment, takde bilik. pastu takkan ada guest pun kita nak main kejap kan? sabarlah dulu, bukan boleh mati mengejut pun disebabkan tak main . haihh gua dah bagi contoh mengarut ni

tapi I tak boleh nak kawal satu dunia. ada orang tak kisah merokok depan anak dia . inikan pulak anak orang. lagilah dia mengamalkan sikap pegi mampus anak kau kan? I pernah tegur, pernah jugak I yang lari. sebab fedup lah. kebanyakkan yang smoke depan budak ni bukan orang bujang, budak hingusan. semua jenis bapak orang yang perut kedepan, misai melentik. dah tua bangka pun takde otak -___-

Tapi pernah ada orang cakap,

"alaa babe you kawal macam mana, belakang you dia buat jugak"

ye betul. tapi first thing, I taknak lah orang tanya mana kau belajar smoke? ohh makpak aku ajar -__- hodoh

pastu, I taknak dia guna duit I. boleh? pegi lag buat part time , pastu smoke lah kau . meh part time picit kaki Mommy, RM3 / per hour. kau picit bukan sedap pun =p

Semua ex boipreng I smoke. kawan kawan ke, abang adik angkat ke semua lah. memang I dikelilingi dengan orang yang smoke. and rasanya kebanyakkan kawan pompuan I pun smoke. I takde issue pun, lantak depa lah. sebab ada yang cakap

"kau rasa orang smoke semua jahat?"

eh dak eh. I tak cakap apa apa pun. I takde masalah, ko nak isap batang betik bintang coca cola mat ganja  pun gua takde hal. eh tu lagu =p ahhahha. cuma jangan kacau cara I ajar anak :) simple

Ocin tak smoke. tapi dia suka try try. lantak dia jugaklah. I selalu pesan jangan sembur kat muka I. actually I sonok jugak dapat spouse yang tak smoke. jimat duit uolls. bayangkan kalau dia heavy smoker, habislah duit handbag. eh duit jajan kami. 

Hari tu kawan dia tengah ber- vape. dia dok nak try sekali. tak kisahlah, dia pegi isap depan Lihin. hadoi. bengang pulak gua. kalau orang lain isap and Lihin tanya I boleh 'goreng' apa saja. tapi ni apak sendiri yang buat. yelah , sekalie je kejadian tu. tapi Lihin macam terpaku seketika. haiyoo. 


I screenshot conv I dengan apak dia.hahaha ingat tu,. keturunan aku start dari aku lah. hahahahah. 

*btw, bila I sebut rokok dalam cerita ni, ianya merangkumi semua ye . vape/rokok/rokok daun/shisha. I tak selesa uolls benda yang mengeluarkan asap dan juga mengeluarkan duit. hahahah pembaziran. 


Comments

  1. Salam, hahahahahaha babe~` paling win ayat last tu haa...keturunan aku start dari aku! niceeee...hahaha

    ReplyDelete
  2. Do you prefer Pepsi or Coke?
    ANSWER THE POLL and you could receive a prepaid VISA gift card!

    ReplyDelete

Post a Comment