Minyak Pengasih | Random

DIY Washi Tape Fridge Magnet from Kak Farrah


Morning Monday!

ohh Assalamualaikum W.B.T

semalam baru berkesempatan nak buat DIY magnet yang Kak Farrah bagi. sebulan dah ke dok dalam drawer. Tu pun I kunci bilik. Yang Lihin dok bising, "eh mana Mommy?"


Masa memula bukak , I macam ternganga jap. Sebenarnya I first time tengok benda magnet tu. Pastu I plan nak letak gambar. Tapi memandangkan semua printed pic I adalah masa zaman freehair, so err takpelah. 

I banyak  kali jugak baca entry Kak Farra yang ni


nampak memang lah simple, tapi boleh ke I buat. adoi. I potong straight line pun boleh senget hahahah. takde seni betoi. 

I memang suka letak note kat fridge , kekadang nak pesan my mom masak blablabla I letak resepi kat situ je lahh. duit belanja rumah pun I selit situ jugak hahaha so benda ni memang amat membantu

ohh btw magnet sheet ni boleh carik di Daiso ye? -__- kenapa I tak pernah tahu pun. selalu gak masuk Daiso, I suka tengok memopad comel comel. boxes pun banyak yang comel untuk letak hadiah or aksesori


I try buat bentuk simple je. tengok lah love I bersegi segi. salahkan acuan boleh tak? T_T hahahaha. I bangga dengan kaler biru tu. actually kuning pun okay, tapi jadah apa I potong pendek sangat. >,<

cuba tengok entry Kak Farra yang ni. woi, jauh beza oii


(pssstt tengok sekali Washi Tapes beliau<3 )

 pastu tengok dia sepit manik tu ( alamak taktahulah nama saintifik dia), I rasa kalau I yang sepit pastu benda tu melantun, kompemlah I kemas semua benda masuk dalam kotak T_T

setelah ditepek di fridge

okay dah gunaaaa <3

Bila tengok benda DIY , suka sangat. kalau tengok orang buat DIY rasa macam WOW kreatifnya. tapi benda ni semua memerlukan kesabaran lah woi. dari situ kita dah boleh tahu dah tahap kesabaran/ketelitian/ketekunan/kerajinan kita macam mana kan? 

Kononlah I penah pernah berangan nak hantar my kids ke class kraftangan. Macam penah nampak di OU. tapi dua ketul tu ikut perangai I, tak dapat bukak zip dia ngamok sorang sorang. tak dapat angkat bola terus nangis.  macam mana lah nak suruh dia menggunting dan menampal nanti T_T


Ha tengok link atas tu, I teringin nak buat macam tu lah kononnya. actually jimat kan buat macam ni daripada nak tempah tempah. kalau bagi hadiah untuk BFF pun sweet jugak, bagi hadiah kat laki I, kompem dia simpan dalam drawer je. -__- 

kalau dah jadi nanti I update ye. magnet sheet tu ada extra lagi. tunggu masa yang sesuai. sekarang I dah kurang muntah, tapi pening sikit tu ada lah. By the way, masa hari Jumaat malam, and Sabtu pagi I tak muntah. so macam dah bangga lah siap bekpes 2 pinggan nasik lunch 2 pinggan. sekali malam tu I muntah non stop -_________- haiyoo trauma jap

Thanks again Kak Farra sebab pilih Cici ye. yelah gua orang pertama komen. semangat betoi. sorry lambat, dapat je bukak pastu si Maira dah sibuk gigit gigit plastic. pastu masa tu bertarung dengan whole day sickness, tengok muka sendiri pun rasa loya sis T_T nak buat kerja lagi lah. terus muntah sebaldi.,nanti kalau dah buat yang extra tu, Cici update lagi. 

till here. Lihin ketuk pintu macam nak roboh -___- yelah Mommy keluarlah. Mommy mengeram kejap tadi. . 

bukak je pintu, dia masuk and amek shades Mommy pastu berangan sorang. boleh lahhhh


dah pakai , posing dengan botol susu -___- oi hormon sapa perasan model ni woi. ohh Mommy lah kan. kahkah. eh apak kau pun sama lah. 




Comments

  1. Salam, waaahh itu kegunaan dia rupanya..hahaha i tak pernah alert pulak benda2 ni babe...comel love u gunting..okay lah boleh buat lekat2 camtu kan..hehe..and lihin dah besar dah rupanya..isk3... terharu pulak aku tgk..cepatnye mase berlalu..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, Cici. Wah,...cantiknya! Maaflah dari sehari ke sehari akak nak jengah sini tapi line internet hampeh. Tahniah berjaya hasilkan washi tapes fridge magnet yang cantik & comel. Siap kena kurung diri ye... :)

    ReplyDelete
  3. Amboi,..bukan main hemsem si cilik tu bergaya dengan botol susunya :)

    ReplyDelete

Post a Comment