Family Day 2017

Jenama Pampers Yang Bagus

Morning korang

Today I nak cerita pakai pampers. dah lama dah nak buat since lepas Lihin lahir lagi, tapi sekarang baru nak type kahkah.



Mak mak buyung mesti pening nak bagi anak pakai apa kan? lagi lagi first timer. dulu I pun macam tu jugak, siap Google bagai. pastu bila Google ramai kata Pet Pet tak bagus , sebabnya bontot cepat merah. errr pada I , kalau kau biarkan 6,7 jam memang merah lah. ingat air kencing ni macam air mineral ke? 

1) Mamy Poko



Ni diaper yang termahal I beli setakat ni lah. beli pun sebab emergency hahaha. ye memang kekadang tengok eh, macam murah je tapi tengoklah jumlah diaper dalam tu. dia punya 30pcs sama harga dengan jenama lain yang 60 pcs. -__- 

mak I cakap dalam dia lembut. so okay lah. sesuai dengan harga. kawan I pernah tanya dia tahan berapa jam. ermm macam mana nak cakap ye. anak anak I since baby memang banyak kencing and berak. so rasa dah penuh je kami tukar lah. 3-4 jam dah berapa kali kencing dah,  kekadang baru lepas mandi, pastu berak -__- cit. so inilah sebabnya I perlukan 3-4 pack sebulan untuk seorang. pack besar ye. Lihin, semenjak pandai cakap ni baru kencing sekali dia nak cebok. tak kisah lah brand apa pun. tebal nipis ke apa ke. 

kalau anak korang tak banyak kencing, sebab I dengar ada yang sehari pakai 1-2 keping je. so boleh lah pakai ni lagi lagi anak baru sorang. 

2) Drypers



Ha, ni peberet I jugak sebab pada I harganya affordable. siap join activity club Drypers lagi tau. mak I cakap serapan dia bagus. cutting pun okay. Lihin pakai XL, tapi dalam emergency boleh lah pakaikan Maira punya (L size) dia punya waist tu panjang. ada brand diaper yang tak boleh. 

Btw, harga pampers ni turun naik tau. normally Drypers ni RM 31.90- RM 34.90. lebih dari tu memang mengarut and I takkan beli. before GST dulu boleh lah dapat below RM 30. now dah tak wujud

3) Whoopee



masa I pergi Baby Expo time peknen Lihin dulu, I nampak ramai orang beli brand ni. Tapi dia macam tak well known kan, so I macam was was lah nak beli. Lihin dah besar baru I try, bagus lah woi. dia taraf Drypers jugak. 

dulu paling mahal RM 31.90 je. sekarang I tengok ada yang sampai RM 37.90. gila!I penah dapat harga RM 28 kat Giant, memang borong lah. 

4) Pet Pet




ni brand yang ditakuti semua orang -__- Lihin masa kecik  (size S) pakai Pet Pet je sebab masa tu selalu ada promotion. Okay je. My mom cakap tak selembut Drypers lah. tapi dia bukanlah rough sangat sampai boleh merosakkan bontot gebu anak kita. 

Tapi Maira tak boleh pakai ni masa newborn, bukan sebab surface dia, tapi cutting dia. bahagian dalam dia ada satu lapisan untuk cegah kebocoran. getah tak silap I. peha Maira kan gebu gebas, so dia buat bahagian kelangkang / peha tu merah merah kesan getah tu lah. dah besqr ni I tak pernah try kan. sebab harga dia above RM 40 je -__- kalau below RM 35 boleh la try & error

5) Diapex



I beli brand ni sebab murah. Lihin masa newborn I beli ni lah . penjual tu hanjeng tau, dia kata dorang takde newborn , taktahu lah memang takde atau out of stock so dia suh I beli size S sebab boleh je pakai. sekali Lihin pakai macam selimut dah. sian dia -__- hampeh. nasib tak beli banyak hanya sebab nak dapatkan woven bag. 

Sekarang I beli sebab the cheapest brand kat Manjaku. tak silap I RM31.90 - RM 32.90 kot. susahlah nak dapat below . pastu cutting dia kecik, so Lihin tak boleh pakai size Maira. cis tak boleh bantu membantu di kala hujung bulan lah ni. 

Serapan dia okay jugak.  I pernah rendam dalam air, sampai membesar pampers tu hahahha. ohh jadah I rendam dalam air kan? alkisahnya masuk sungai and lupa bukak pampers. kahkah. no worries, Lihin baru lepas mandi.

6) Huggies



mengikut kata mak I ( sebab dia yang jaga anak anak I), brand ni agak nipis. so jangan beli lagi. tu pesanan mak I lah. tapi ada kawan I, setia sungguh dengan brand ni. I pun jarang beli Huggies , kalau dah takde brand lain yang murah, terpaksa lah.


Yang Biasa Atau Pants?

Ha yang ni pun ramai tertanya tanya kan. yang I dengar, ramai guna pants tu untuk berjalan. senang katanya main sarung je. I pernah lah jugak beli Pants jenama Pet Pet tak silap. tapi mak bapak I prefer yang biasa. sebab anak I memang suka berlari dan agak lasak, so sama je kena main kejar kejar satu rumah baru boleh pakai diaper. takde maknanya yang Pants sesuai untuk anak aktif ke apa jadah ke. dorang yang buat iklan tu patut panggil anak anak I jadi model, dengan studio director , dengan cameran berlari kang, kahkah

Tu lah antara jenama yang bagus, kalau nak mahal lagi, ada brand Merrier ke apa entah. sampai RM 60+ -__-



I teringin jugak nak try jenama Tesco/ Carefour. ramai jugak orang beli. harga pun RM 22+ macam tu. tapi I tak berkesempatan nak try & error lagi lah. 

ohh jenama paling I benci . err Baby Love. tapi sekarang dah bergabung dengan Drypers kot. nipis nak matik. ye memang murah. tapi kencing sekali dah berbau, tembus habis seluar. aiyoo. I tak paham kenapa Drypers nak bergabung dengan brand tu. maybe nak variety murah kot. ramai jugak orang beli. kalau jenis kencing malu malu boleh lah. T_T ni kalau sejam sekali nak tukar, bangkruptttt.




Okay itu je lah setakat ni. kat mana beli pamper murah? hurmm. macam I cakap kat atas tu, dia tak tentu tau. kekadang Tesco murah tapi Carefour mahal. dia macam tukar tukar buat promotion pulak.  99 dulu murah, sekarang ya Rabbi. Manjaku pun dah tak berapa murah. kena rajin survey. tapi kalau anak seketul je , buat bazir petrol je kot survey. yang suka survey ni, jenis anak 2,3 ketul and pakai pampers banyakkkk gila macam I. hiks.


*notakaki: kesimpulannya , mak mak kena try sendiri. Kulit baby semua tak sama. size bontot ke apa ke semua tak sama. jadi better kita try beli pack kecik, tengok macam mana. okay ke tak dengan anak kita dan jugak bajet bulanan kita. jangan ikut sangat cakap promoter, memanglah dorang nak lakukan brand dorang je. Jangan bangga sangat ye kalau tak tukar diaper anak sepanjang malam >,< ha bagi yang jaga sendiri senanglah, yang hantar babysitter jaga , memang lah dorang akan jarang tukar. nak buat macam mana kan. pakailah brand apa pun, tetap jugak akan merah. 

Comments

  1. Salam, wahhh gila banyak pampers yg u dah try and error babe! Tp mmg camni lah kan...utk first timer lagi lahh...dh mcm zaman2 mula2 dtg period kononnya, try and error pad ape yg best..hahaha nice lah, info utk i jugak ni, kot berguna kan..insyaAllah..hahaha

    p/s: ape khabar cici? lamanyeee xsingah sini..hehe :D

    ReplyDelete
  2. Hai, just nk tnye..slme anak pki drypers de x ksn wrne merah pd serapan air kencing di lampinnye..nk tau adakh 2 ksn bhn kimia yg de pd lampin 2 bila btindak bls dgn air kncing baby..atau de mslh dgn kncing baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. kesan merah pada pampers ye? tak pernah pulak. err are you sure tu bukan darah babe? better you consult dengan PAED, takut kes kencing berdarah ke. sebab kalau chemical reaction or tak sesuai, akan jadi effect kat kulit baby. anak you tak nangis ke?

      Delete
    2. Nk kte darah mcm bkn..xtau la klu kncing kotor..esk de appt jmpe doc..anyway thx yer..

      Delete
  3. Kami ni pun tukar2 diapers sejak baby newborn. Dari petpet NB, ke Drypers S then ke Petpet S, sekarang ke MamyPoko Harga berpatutan S. Baby dah 5 Bulan tapi masih Pakai Size S. Lepas abis stok diapers S beri laluan Pulak ke diapers M size Pulak. Sejak NB hingga 5 Bulan berpek2 jugak diapers. Kat Umah memang selalu tukar. Kat Umah pengasuh baru 12 hari hantar sejak baby umur 3 1/2 Bulan hantar Umah pengasuh, wife selalu cuti2 buat kerja Dari Umah, baby dia tak hantar jaga sendiri. Kat Umah pengasuh Pakai diapers orang bagi alhamdullillah baby takde masalah tukar2 diapers. Kami beli diapers masa offer mana Murah grab je tak setia pada satu2 brand je. Huggies kami request sample so FOC Pakai masa travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. fungsinya sama jugak. pakai buang ni, kalau nak beli mahal pun sayang duit. kalau anak sorang tu okay jugak lah, kalau dah berderet T_T hahaha

      Delete
  4. Assalamualaikum...ikut perkiraan isteri sy bakal bersalin lbh kurang 30hari dri hari ini..kami mmg dok fikirkan pampers apa yg terbaik utk anak kami nnt.. adalah 3-4 jenis sample pampers jenama 1: drypers wee wee dry
    2: merries
    3: huggies ultra
    4: petpet
    Agak2 yg mana terbaik dgn harga berpatutan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. kalau ikut saya, I would recommend Drypers. macam yang saya tulis, kami memang kerap tukar pampers jadi tak pernah berlaku kebocoran ke apa ke (kan sekarang viral orang cakap pasal Drypers dah nipis). Pet pet pun okay jugak. Encik kena rajin survey sebab tak semua tempat harga sama. Merries tu mahal.

      boleh jugak try brand Tesco (pack hijau). tu pun agak tebal.

      Delete
  5. Selama ni tak tahupun boleh dapat cash back balik beli Petpet di LAZADA, cashbank di Shopback.my link to LAZADA. Banyak kali beli Petpet di LAZADA average harga dalam RM25/pek untuk Mega Pack.

    Ikut mood harga mana yang lebih murah biasanya compare dulu di 11STREET VS LAZADA. Petpet online memang lebih murah compare others brand. Averagely below RM28/pek paling mahal untuk belian bundle 3/4 pek.

    Paling murah beli di 11street below RM20/pek untuk bundle Petpet Pants Mega Pack M76 dengan kupon diskaun, shipping diskaun, credit dan bcard point. Boleh jimat berganda. Simpan stok untuk kegunaan masa depan dengan tambahan stok pelbagai size pada masa offer yang murah compare harga pasaran / offer di hypermarket pun tak dapat semurah RM20.

    ReplyDelete
  6. Gne pet pet jek..siang pkai biasa pnye..mlm pkai night tape..kualiti oklh..harga pun ok..rjin2 tgk lazada n 11 street kot2 de promotion trus sambar..

    ReplyDelete
  7. Anak saya pakai drypers classic je...http://po.st/yxmqBH

    ReplyDelete
  8. Zaman fasya dlu... Mmg pakai drypers. Kdg2 pet2.. Huggies pom pernah... Tp, btullah mmg nipis n xtahan sht..

    Mamypoko ada jgk beli sesekali.. Biasa klo nk jln jauh ok la..

    Tp, biasanya mmg byk gna drypers je

    ReplyDelete

Post a Comment