Paprik Abah and The " No Makeup" Makeup



Ni masakan Abah during weekend. saja nak share =p

Minggu ni macam agak meletihkan untuk I. Ocin kena buat overtime sampai 7.45pm whole week. ala apa nak heran, kat company lama sampai 10pm pun ada. ada yang cakap suruh pujuk je husband balik, tapi I sokong je overtime. nak carik duit lebih. nanti takde duit, sapa nak bagi ye. bukan untuk orang lain, untuk family ini itu dan sana. eh banyak family I

If I'm not mistaken, last week kot, dia ada balik lambat jugak. I tunggu kat Avenue K. tengah duduk tu, tetiba ada orang tegur

"Hi kak"

Bila I toleh. eh kawan I masa high school dulu. dia pun nampak terkejut. actually kami tak lah rapat walaupun sekelas. tegur tegur macam tu je lah. I kan anti social. kahkah. pastu dia nampak eksaited, I daripada nak bangun sebab Ocin dah on the way, terus duduk balik. konon nak layan borak lah. sekali...


NAK PROMOTE BARANG DAAA

patutlah orang cakap, kalau jumpa kawan yang lama tak tegur ni, and dia macam over eksaited/peramah/friendly padahal sebelum ni biasa biasa je , maknanya dia nak jual barang. hahhaaha 

ayat dia ialah

" weh aku ingat kat sekolah dulu kau suka make up ka? haa kau ingat lagi lah wehhh kau memang pandai makeup"



I macam err okay. nak ajak gua borak pasal make up ke? 

" okay aku eksaited sangat jumpa kau. aku actually nak belanja kau barangan make up yang bernilai RM 260 ni. kalau kau betul betul berminat lah"

perghh ni memang masuk jerat. bukan sebab I eksaited dengan jumlah tu but be rational lah weh, sapa je nak belanja kita dengan jumlah tu -___- kalau tak jual barang mesti nak tarik masuk MLM. shitt shitt. 

I memang ada masalah nak melarikan diri. padahal I dengan dia bukan rapat pun, not even in FB list. so kalau I lari pun bukan ada apa. tapi entah tak sampai hati. 

then dia start lah sebut brand make up tu. ohh. I pernah dengar since zaman study lagi. time tu brand ni selalu bukak booth kat Cineleisure. Tu kan playground I dulu. hhehe. Tapi I tak berminat. pada I agak mahal. dia kira baru jugak lah kat Malaysia ni kot. yelah kalau brand yang dah establish macam Sephora ke Mac ke jadah dia nak kena ada promosi sampai macam tu sekali kan



Pandailah cara marketing dorang. Normal Price RM 228. Member Price RM 168 tapi just for today harga dia cuma RM 159 -___-

I menyampah sangat dengan ayat. Just for today. Just for you. Kita dah lama kenal, so I bagi harga member member. apa kau ingat aku baru keluar hutan ke-__- dah memang harga macam tu . cakap lah ada less ke apa ke. kesian sapa yang tertipu.

takmau takmau. pastu dia make up kan I sekali. haiyaa so not professional. I kan dah ada light make up pastu dia tepek lagi habis muka gua. compact powder dia okay lah. ala sebab ada foundation kan, macam Sephora jugak. kira blend la. tapi lipstick dia sangat lahabau. bibir I gatal :(

Akhirnya I terus terang, "aku takde duitlah. kena saving sebab nak beranak kan"

muka dia macam frust. tetiba masam. haihh dah tu, ko expect aku nak beli ke? haduii memang tak lah. apa jenis marketing lah macam ni, nampak sangat brand baru / tak laku. 

lepas je dia blah, I pun terus lari keluar. Ocin dah tunggu atas motor. muka laki gua macam dah bertukar jadi rimau ahhaahha -____- I pun mintak simpati la cerita apa berlaku and dia bantai gelak. haihhh

dalam group sama sekolah, I cerita lah pasal minah ni. dorang gelak je. and both them actually using that brand . ceh yeke. tapi I tetap dengan pendapat I. harga mahal tak setaraf dengan brand. and marketing entah apa apa. macam jual penapis air pulak.haih 

Oh tengah cerita ni teringat member lama. Ni memang cerita lama lah dah 3,4 tahun tak jumpa. dia join company ni, marketing katanya. tapi menjual tidak, membeli tidak, client tiada, investment pun tiada. apa kita nak gelarkan? MLM la bro. dia masuk kena bayar, carik 2,3 ekor bawah dia. yang 2,3 ekor tu kena carik lagi 2,3 ekor masing masing. apa nak panggil tu? MLM?



Tapi dia menafikan sekeras kerasnya. nak dijadikan cerita si polan ni pandai gak lah bab agama. yelah , pandai lah jugak nak dibandingkan dengan gua. so bila I cakap yang company dia MLM, kemain dia bantah siap pakai hadis sahih. bagi contoh  itu ini. Okay saya kurang ilmu di dada. saya diam . lagipun I rasa kalau berlawan cakap dengan orang macam ni, takkan ke mana lah.

Bila I bawak kawan I lepak sekali mesti dia nak promote natang tu. memalukan betul. yes, malu sebab ada kawan macam dia. kalau dia promote nasi lemak mak dia ke, pisang goreng cheese ke I tak kisah. ni jadah natang tu, benda yang orang keji. mampuslah superior dia pakai Fairlady sekalipun, kenapa dia tak pakai? -___- 

kami selalu mengelak jumpa dia. yes, mengelak sebab malas nak mendengar cerita dia. cerita leader dia baru pindah rumah 3 tingkat, leader group sana bawak family bercuti first class kat Paris etc. haiyoo. pastu siap kondem gaji orang. 

"better you join this at least income you boleh jadi 4k sebulan. sampai bila you nak keje kerani ni"



jilake. income 4k konon, padahal dengar cerita dia mintak duit bapak. kahkah

sampai lah satu masa tetiba eh dia dah tak update / borak pasal tu dah. ohh dah bankrupt ler. and dia masih lagi pakai kereta yang sama. haihh entahlah ikutkan pedas mulut, rasa nak pulang paku buah keras je. tapi biarlah dia kan. 

so kawan kawan lama, kalau korang tegur I, pastu I lari tu paham lah kenapa -___-

*notakaki: kesimpulan, I tak kisah orang berniaga nak promote ke apa. tapi jangan lah memaksa and remember customer have the right to say NO. jangan buat muka tapai kalau orang taknak. 

Comments