Minyak Pengasih | Random

BBQ Sg. Gabai

* entry ni terperap dalam draft dah setahun dah -_- so marilah kita teruskan penceritaan , hopefully masih ingat fakta. gambar memang tak banyak sebab masa tu still freehair. 

uolls,

CNY lepas gi mana ? this year memang banyak cuti berderet kan? tinggal sediakan duit je lah.

I memang blur nak pergi mana. first sebab ada problem sikit yang menyebab kan financial jadi senget sebelah. second, I tengah stress pasal PTPTN =.= 3rd, kompem lah mahal. I dah tengok apartment P.D biasa RM 200++ tetiba jadi RM 500. gila kau. makan lagi, petrol. toll. haih. I survey Cameron, mangai yang kat Brinchang macam takde. semua yang stok atas bukit kot yang sampai 1k per night. aiyoo gaji sebulan wehhh. actually boleh try walk in tapi taknak lah amek risiko.

Jadi petang tu jugak I terfikir nak barbque cuma tak pasti sungai mana. dulu zaman bercinta selalu kat Ulu Yam. tapi tu bawak diri. ni nak bawak orang tua dan bayi. erk . kemensah memang out la sebab jalan dia ke dalam kan? I tak pernah pergi, Ocin je pergi dengan kawan kawan


Malam tu pergi Tesco prepare itu ini. pastu balik tu packing bag bagai. tak sabar tunggu the next day

Kami gerak around 7am kot. Tapi singgah Kosas, sebab Ocin tertinggal wallet dia semalam. nasib brader CC tu simpankan. lepas tu beli nasi lemak famous depan 7e tu

sampai sana around 8am 

source: Cari Destinasi


Parking jauh gila kat luar pintu gerbang. ada orang jaga and mintak entrance fee. tak ingat dah RM 1 kot. actually boleh je hantar barang ke dalam pastu keluar balik. kami dok jalan kemain jauh  , angkut barang bagai. mak bawak adik, Abah bawak flask air semua. Ocin bawak arang and ayam and susu baby. I bawak Lihin and nasi lemak

Ocin jalan kemain laju dia terus daki tangga. I naik slow slow lah dengan Ocin. ni kalau daki masa pregnant boleh beranak terus okay! kesian Lihin, dia dah penat ajak I berhenti kejap and duduk. dahlah tangga tu scary, sapa yang gayat memang rasa nak jatuh.

source: Malaysia Panduan Wisata


tak amek gambar sebab memang penat. I sampai fikir nak dukung Lihin tinggalkan je nasi lemak semua , bukan penting pun. lantak pi la luka czer I. ha nampak tak pengorbanan Mommy. ehem

Pastu Abah call. dia dengan mak dah tak larat so dorang nak duduk bawah je. dia datang kat I, amek Lihin bawak turun.I macam frust lah tapi memang takde warga emas kat atas tu pun. Ocin pulak takde phone dengan dia so macam mana nak contact. nak taknak I panjat sampai atas jugak, menggigil kaki I. 

source: Asme. Wordpress


rehat jap, makan nasi lemak semua kami decide nak turun balik. turun pun menggigil. Mak duduk bawah gazebo. time tu memang ramai orang. I syak dorang Subuh kat sini kot -___- kami mandi dulu


memula nak masuk air Lihin takut takut

yeay berjaya crop gambo Mommy. erk baru perasan bebudak tu join bergambar, Hi bebudak
mandi kejap, naik atas bagi Lihin susu. adik dah lena dah. kesian dia memang dari tadi nangis nak susu, tapi jadah Ocin bawak susu diaper semua. terpaksa lah tunggu kami turun. sorry baby :(



kemain pegang kepala adik. apalah dalam hati dia agaknya -__- nak lepuk ke nak cium?

I tak puas hati lah tak dapat BBQ. Abah pusing area tu carik tempat , dapat jugak. kena napak lah dari gazebo kami. actually ada jugak bakar tepi gazebo. tapi sesak lah nafas orang orang sekeliling. hahahaha

gazebo kami di bawah tu ha. takde lah jauh pun. I kan bajet bajet ayu takleh panjat bukit, so I amek jalan jauh. hiks


abah marinate rasa sate -___-

gigih I beli besi tu kat Tesco tau. padahal Ocin cakap kutip je orang punya hahaha

I ada benda nak cerita. actually I plan nak buat BBQ sauce. pastu semalam, I buat tak jadi. kejut mak I, dia malas bangun sebab dah 1am time tu. so I frust I macam ah , pakai sos cili je lah esok. sekali I lupa bawak  . dah jalan kampung nak masuk Gabai baru teringat. mampus ! tapi I diamkan je lah. I takut Ocin humban I keluar kete . sobs



woi ayam hangus. ko pandang awek ke hape -___-

Sementara Abah dengan Ocin dok membakor. I dengan mak baring lah. eh sebenarnya I je baring, Mak dok melayan adik. hahaha. 

kat sini cetek sangat banyak batu pulak tu. so I tak berapa berkenan. dah tu pulak I memang tak bawak pakaian lain, tak plan nak mandi pun. I penggeli toilet sungai ni. kat mana mana pun sama je lah toilet dia teruk. 

Nampak ada orang bawak tent, okay jugak kan, senang nak tukar baju ke apa ke dalam tent. takyah pergi toilet.

hero masih tidur

lapau lapau
hoi dapnyaa. eh lama tak beli daging burger ni. yummy

seperti yang dijangka, Ocin tanya benda ni makan dengan apa? damn. bila dia tau I tak bawak apa apa terus berubah muka dia. tanya kiosk kat tepi tu pun dia tak jual. huwaa ampun Mas. hahaha. memang tak boleh makan banyak. sebab pening lah. dah la rasa sate, takde pencicah pulak tu

Ocin bawak Lihin berendam lagi



"ayah? tu macam ex Ayah je?"

"ha? mana?"

"tu yang bergayut kat pokok tu"


hiks
Btw lagi satu, yang I tak suka pergi tempat macam ni, bila ada 1 'group' to conquer , memekak and ish taktahu lah nak cakap. I bukan racist pun. tapi taktahulah kenapa dorang ni jenis main sembur air , kena kat orang lain sekali. pastu terjerit jerit. tua muda mak bapak atok nenek sama je. 

korang paham ke maksud I? I know public place , tapi sebab kan untuk public lah kena bagi keselesaan untuk orang lain jugak. sama je lah sungai ke swimming pool ke. Tapi kat Sunway group gtew takde. semua jenis behave. kahkah


kalau dapat belah belah sana pun best kan. dekat sikit nak BBQ

masa untuk bilas badan. slumber je Ocin amek air kedai tu. nasib tak kena marah. Lihin tukar baju kat situ jugak. Ocin pegi toilet ler. -__-

Itulah seharian kami di Gabai. balik tu memasing pengsan. makan lah apa yang kami bakar dengan sos cili botol kat umah. hehehe


Comments