Family Day 2017

kisah cikgu dan mak mak

Hi Korang

today I macam emosi sikit. masuk office, scroll FB sambil layan donut breakfast sekali keluar gambo orang timbang buku teks sekolah. eh dah kenapa?

rupanya parents ni dia tengah buat math, katanya berapa 1 buku teks dah berapa grm, kalau 5 subject dah berapa? tambah dengan buku tulis lagi?



I taktahu nak gelak ke apa. Teringat masa sekolah, bag I berat. hoi bag branded beratus pun rabak. I jenis suka bawak complete semua sebab I tak suka meminjam barang orang. Sharpener Faber Castell yang gagah dan besar tu, kaler pensel, pembaris panjang pendek, eh semua lah. biarlah orang nak ejek skema ke apa janji gua tak meminjam dan takyah nak merayu satu kelas . ceh tak suka. I memang tak suka orang pinjam barang I. nampak tak Lihin kedekut ikut sapa? kawan baik takpe lah ni entah mangkuk mana tetiba nak pinjam, haiyoo. ala orang lain tu takde bukan sebab parents susah tak mampu beli tapi dorang je ngada taknak bawak. I tau lah sebab dorang ngaku sendiri. I rasa I sorang je anak seorang driver . yang lain semua kerja best best. 

I pernah tension sangat sebab semua orang asyik datang meja I nak pinjam itu ini itu ini itu ini last last I cakap

"ehh korang ingat kita ni kebajikan masyarakat ke semua nak pinjam kita je?mana korang punya?"

kahkah. tapi dorang bangsa tak paham bahasa. tetap jugak pinjam.

eh ter-emo lagi. betul lah, zaman dulu mana ada ruang nak viral. lagipun rasanya cikgu zaman dulu mulut laser. kalau komplen apa apa kena naik turun Bilik Guru/ Pejabat . pastu nanti cikgu tua tua ni perli makpak kita. tak cukup dengan tu, anak dalam kelas pun kena perli, di malukan depan kawan kawan. tapi sekarang terbalik. Cikgu pulak asyik kena marah. kawan I cerita, sekarang guru semua dihadkan. maksudnya tak boleh rotan, tak boleh tinggi suara.

I teringat masa sekolah rendah, ada satu cikgu ni. dia peknen tau. dia suka menjerit jerit macam perempuan gila hahahah. kat perhimpunan pulak tu. time Tahap 1 kan ramai parents tunggu, lagi ramai parents lagi dia suka jerit, tunjal dan jeling jeling. dah tua bangka pun attention seeker lagi ahahaha. pastu mak I kan tunggu kat kantin seharian sebab I suruh. kalau tak I nangis. dari hantar tengahari sampailah waktu balik. ada jugak lah 2,3 mak/nenek/ maid jadi kawan baik mak I. hahahaha. pastu cikgu yang garang ni dia perli

"mak sapa yang dok tunggu je kat kantin tu, dia kawan dengan setan, takde keja nak buat, duduk je tunggu anak. sapa kawan dia? setan lah"

sial tak mulut dia? hiks time tu darjah 1. semua diam terpaku. balik tu I ngadu kat mak I. haah I memang kuat ngadu, kawan I jatuh kerusi pun I cerita. pastu mak I kata lah,"ish apa jadi cikgu cakap macam tu. dia saja je lah tu nak sakitkan hati orang. biarlah dia"



hahah mak I pun bersikap pergi mampus. alaa bukannya menganggu sesi pembelajaran pun. lainlah terjengah jengah kat tingkap kelas ataupun anak asyik nak intai mak je. saja je tu. lagipun kekadang mak I pergi lepak kedai makan nearby. hahaha lepak tau. 

masa I darjah 2, cikgu tu dah pindah. ikut laki dia, askar kot. patutlah dia pun bersifat komando. sekarang macam mana lah anak anak dia ye?

back to the story. banyak lagi benda yang perlu di bangkitkan. contohnya facilities. I macam setuju jugak apa yang adik Neelofa cakap dalam video dia. yang pasal toilet and kantin lah. haah jamban sekolah I busuk bau loji okay. taktahulah nak blame piping ke pengguna nya ke ataupun sekolah tak bayo cleaner ke? kantin pulak memang oily. oh tambahan ada pekerja kantin yang agak biadab. owner taktahu kot dia ingat pekerja dia baik sangat. 

pastu ada satu cikgu, masa sekolah rendah jugak la. dia ni aw aw sikit. I tak bawak baju sukan, dendalah kutip sampah. masa tu kami bertiga. pastu dia datang macam lepaskan gerammm

"kenapa tak bawak baju sukannnnn"

sambil tangan tu mencubit. I orang first kot. sampai lebam lengan I. -__- yang lain kena tak seteruk I. adoi pastu kawan I report kat cikgu kelas I. dia tengok dia pun geleng kepala. tapi memang tak boleh buat apa la. nak report kat sapa? balik cerita kat mak. mak kata dia ada masalah otak kot . hiks tapi dengan budak lelaki yang nakal nakal dia kalah. dorang selalu bahan dia, muka and rambut dia tu. pastu dia tak melawan. macam diam je tahan sabar. kahkah. kelakar lah orang yang garang ditakuti bukan dihormati. maksud I, ada jugak cikgu garang dan semua student tak kisahlah budak nakal ke budak baik ke kelas depan kelas ujung semua akan takut dan diam kalau dia lalu. memang betul dihormati. ni kalau orang buat bahan gelak. adoi

cikgu aw aw, tapi janganlah imagine dia macam ni ye


today dalam group wassap semua I share benda ni pastu semua setuju. memang zaman dulu mulut cikgu pedas, sekarang terbalik. tapi janganlah sampai anak anak jadi malas buat homework sebab tak takut cikgu garang sudahlah

Oh I nak cerita pasal mak mak pulak. see you next entry ;)

Comments

  1. Salam, eh2 pehal dowh yg timbang buku tu...bila ek? I dah jarang on9 ni, tak alert sgt dgn post2 cmni..waduh..kezaliman ke camtu..i pun xsure lah nk ckp ape...sbb dulu mmg separuh masuk beg dan separuh pegang kat tgn, ikat pkai tali pengikat tu haa...best kot..rase style je bawak gitu..takde masalah pun...kadang2 anak2 tu baru nak belajar jadi 'kuat', tp mak ayah yg risau lebih..tu yg anak pun jd lembik je hah..ade mam ayah back up semua bagai..haha

    Tp citer u time sekolah mmg menarik! hahaha cuma part cikgu tu mmg sialan jugak lah..ade ke ckp cenggitu~ depan budak2 kot..haha emo lebih beliau tu~

    ReplyDelete

Post a Comment