KRT


Morning semua. ha baguslah tu. tengah carik idea blog post keluar natang ni kat newsfeed. I rasa nak share sambil mencarut tapi kang orang kata I meroyan pulak. Pastu nanti ada yang nasihat jaga air muka suami. -__- takde kena mengena. 

I memang menggigil kalau ada kes macam ni. jangan bagi alasan bodoh lah. wife loya tak sihat , sapa suruh kau ngandungkan dia? kalau nak wife aktif atas katil bawah katil, jangan mengandung selamanya. tengah boyot ni, jangan kata sex, tengok muka laki pun tak tentu ada selera. eh, tengok muka sendiri pun takde selera. tu semua orang tahu. betapa lesu nya orang mengandung.

pastu tengok wife dia kata TAKDE DUIT. mak aihh, selalu jantan memang macam ni kan, takde duit tapi tak sedar diri. eh ramai lah yang tak pernah dapat nafkah, tak pernah dibelikan itu ini tup tup ada betina lain. pastu sibuk lah nak main sunah sunah. kalau sewa rumah pun wife kena bayo sendiri, pastu anak bini baru kau tu sapa nak bagi makan? nak suruh wife tanggung? aduhh banyak cantikkk.

kesian anak first dia. I terbayang Lihin. sebaya pun. dia taktahu berak kat jamban pun, tapi kalau dia carik Ocin takde, dia dah sedih. hurmmm. 

I tak main COC. tapi I anggap dia samalah macam online game yang lain. haiyoo tukar tukar barang pun boleh jatuh hati ek? nokhorom sangat. ahh platform je tu. yang pasti dua dua gatal. 

Bila sebut janda, I kesian. kesian satu hal, sedih satu hal. kita ni pompuan. apa apa boleh jadi. tapi jangan gunakan itu sebagai satu 'title' untuk mintak simpati atau kacau laki orang. yang bujang banyak. yang dah berumur tapi bujang pun banyak. duda pun ramaiiii. jangan kacau laki orang ye. jangan biarkan perempuan lain pun menjanda.

Puan, semoga dapat solution yang terbaik untuk rumah tangga puan. semoga puan selamat melahirkan baby yang sihat comel dan sempurna. apa jadi pun, anak anak kena ada bersama puan. Hilang suami takpe, jangan hilang anak. anak anak yang akan jaga kita bila dah tua nanti , insya Allah. 

Comments

  1. Salam..hurmmm...i pun memang menggigil bab camni...entahlah i pun tak tahu nak ulas camne kes2 curang camni sebenarnya...ia terlalu mudah, dan sangat mudah kalau kita sendiri tak nak beringat utk 'jaga' diri. Masing2 terasa ada can, ada peluang...dan takde rasa takut...takut lah benda2 camni...isteri tu ade sebab kenapa dia tak layan suami, bukannya dia tak layan sebab malas, tapi sebab mengandung kot....suami kena faham lah semua tu..ini tau nak sedap je..aihhhh geram pulaaaa aku ni haa!!

    ReplyDelete

Post a Comment