Family Day 2017

Maira dah bertatih?

Hi semua . *lambai lambai*

yang follow IG I , tengok tak video Maira jalan tatih? eheh eksaited tau. mestilah anak dah pandai jalan walaupun kena pegang and jalan senget macam ketam tapi eksaited lain macam tau. dia dah 1 year 4 month , tapi still tak jalan. nak bangun pun berpaut

aiyak boleh nampak dinding rumah ku diconteng conteng -__- next year lah baru cat

so for Mommies yang anak dia lambat berjalan/ apa apa jangan lah risau, jangan rasa down tau. lebih baik refer pada yang pakar. pergi terus tanya doc kanak-kanak, 'anak saya blablabla belum jalan, normal ke beliau'

sebab kalau kita tanya mak mak of course yang profession dorang bukan doc, dorang akan bagi pendapat based on experience je. benda tu akan jadi kita buat rasa down . anak dia baru 8 bulan dah jalan , anak kita dah setahun masih merangkak. 

even yang tulis dalam buku perkembangan tu pun hanyalah guideline,. Jangan kita baca je pastu terus nangis guling guling. setiap kanak kanak berbeza. kalau kita tak puas hati sangat, bawak jumpa doc kanak -kanak dan kalau perlu, dorang akan suruh kita refer kat yang berkenaan lah. jumpa fisio ke apa ke. jangan buat assumption sendiri hokay. 

actually Lihin pun agak lambat. dia start berdiri sendiri masa umur dia genap setahun. lepas sebulan dua baru jalan. bercakap pun lambat, lepas Maira lahir rasanya. 

ada tak orang bandingkan dengan anak depa?

wehhhh haruslah ada. memula I macam sedih tapi lama lama kebal dah. lambat, still petah bercakap. and he is turning 3 y/o this June. still pelat. Go Lihin Go. Mommy sentiasa support and sedia jadi teman gaduh and jerit Lihin. 

Toddles , 

xoxo

Comments

  1. Salam, hahaha comelnyeee maira...pipi bulat...comel betul..dh pandai jalan..and yup, kena tahan je lah bila ade org banding2kan anak dia kann..setiap budak kan berbeza..apa pun tahniah utk anak2 you..so comel! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment