Random: dah besar pun mengigau hantu

Morning semua

eh eh seminggu takde entry ek? eh entah I pun lupa. this week macam busy sikit banyak outgoing. wahduhh. by the way I dah apply cuti next week. bukan untuk travel tapi untuk babysit dua ketoi kat umah tu. habislah. nanti I update macam mana ye -_____-

I nak cerita ni, Rabu malam Kames tu I tdo dah siap mandi semua lah. pastu I mimpi hantuuuuu!!! Ocin cakap daripada 3am sampai Subuh I mengigau. I memang biasa ngigau jerit jerit panggil mak. nak mak! masa mula mula Ocin takut jugak histeria ke apa wife aku ni. tapi sekarang dia dah biasa

First tu I mimpi tengah lari. sambil tu I macam toleh toleh la. pastu I ternampak ibu dan anak ni renung I. and muka dorang sky blue tau. automatic I macam zoom kat mata dorang, takde anak mata oiiii. putih je semua. dua dua renung I. gila kau tak takut -____- pastu I terjaga and jerit mak. Ocin renung I. I sedar lah I ngigau and slow slow terlelap balik. lepas tu dah lelap boleh lagi mimpi yang sama , macam sambung tempat tadi. and I tengah lari. this time hantu tu kat sebelah mata I. kira I jeling je dah nampak muka dia yang biru and mata tanpa anak mata tu . huwaaa takutlah. I jerit lagi panggil mak. bila I bukak mata Ocin muka tensen je. dia tanya 

"ko ni kenapa ? "

pastu yang ketiga I dah tak ingat. tapi I pasti memang sama jugak pasal hantu yang sama tempat yang sama. I jerit jerit sampai takut bukak mata. Ocin marah, 

"kau dah gila ke apa ni? pegi bangun lah , kang terlepas Subuh. "

I cakap takutt takutt. serious I taktahan nak pergi toilet tapi I takmau bangun. Ocin nampak I takut kot, dia suruh I dekat sikit kat dia. dalam belai belai dia tolak kepala I suh bangun. hampeh. I dengar bunyik Mak bangun. I pun keluar bilik.. I buat Milo dulu, makan roti baru sambung benda lain. pastu I ngadu kat mak kenapa tak datang selamatkan I -___- mak membebel

"kau kan dah berlaki, panggil la laki kau, panggil aku buat apa"

-___- mana boleh. tak penah sekali I ngigau I panggil nama Ocin ke Bee ke Lo Gong ke apa ke. I still akan panggil mak. semalam malam Jumaat lagilah I seram nak lelap mata. time tu jugaklah Ocin nak pergi CC la apa lah , takde malam lain ke oi. 

 apa pun, esok dah weekend. wehuu rest day rest day. takde rest day sangatlah fikir laundry jugak. tooddles 

Comments

  1. Salam, hahahahaha lawak lah you ni~~ huahahaha...selalu jugak ke u mimpi hantu babe? Seram jugak ea..memang menjerit mak lah hai..even dalam sedar pun kalau terjatuh pun dh melatah o mak kau, pe lagi kena kejar hantu dlm mimpi..mmg panggil mak lah jawabnye..haha..
    tapi part u tanye mak u kenapa tak selamatkan tu lawak, hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment