Family Day 2017

Resepi Nasi Goreng Cina Sedap Senang

Morning korang.

Ha, semalam I jumpa resepi Nasi Goreng Cina kat Page mana entah. orang dok share share kat newsfeed I ni lah. pastu saja try buat. ni versi cincai sebab I takde minyak bijan and udang/ayam pun takde. memang togel lah. ahh togel janji sedap.

Bahan Bahan Tumis (ditumbuk)

2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
satu sudu lada hitam ( I masuk masa tumis sebab I pakai serbuk)

2 cawan nasi
mix vege ( I potong dadu carrot dan kacang panjang)
1 sudu sos tiram
1 biji telur

gigih betul I potong. sapa tak makan I kecik hati -__-


Cara - Cara

1. Tumis bawang yang telah ditumbuk, masukkan sesudu serbuk lada hitam. 
2. Bila dah naik bau, pecahkan telur. biarkan dia half cook, lepas tu kacau supaya dia rata.
3. Masukkan mix vege. kalau ada perencah boleh lah masuk time ni jugak
4.Masuk sos tiram. gaul rata. Masukkan nasi, garam dan gula. kena rasa jugak ye sebab takut extra manis kang. 

yummy tengok telur pun dah sedap hahaha. btw mak I pantang betul bila I amek gambo time tengah masak. dia suh I print and framekan sekali. kahkah alaa mak apa tau IG kan. =p


SIAP!

mak aihh senangnya. Lihin bukan main suka lagi sebab Nanny selalu buat nasi goreng kampung. dengan cili padi tumbuk, belacan bagai. pedas berapi. so yang ni dia rasa sekali terus nak lagi siap suap sendiri.

Actuallu kalau nak letak cili pun boleh kot. tapi I prefer takde cili. biarlah sesekali perut I suci dari cili. membesar dengan orang Melakau ni, cili dan belacan memang tak boleh tinggal . huwaaa. mak I suka tapi dia makan dengan sambal. hahaha

lunchbox for today. yang dua kat bawah tu lunchbox. bekas belah kira bekpes Ocin. yang bekas comel and sambal tu untuk opismate I. I dah bedal di umah =p

heheh I macam tak sabar tau nak siapkan lunchbox untuk bebudak tu. tapi macam mak cakap lah. mula mula je eksaited lama lama kang , silap silap dorang yang kejut I bangun. 

"mommy, mommy. kami nak pergi sekolah dah ni"

"ha pergi lah bye"

kahkah. ish jangan lah jadi macam tu sekali. I kan tabah dan gagah

*notakaki: I taktahu sapa tuan asal resepi ni. I tak dapat nak kredit kan sapa sapa. harap maklum

Comments

Post a Comment