Resepi Telur Kentang Hailam

Telur Kentang Hailam

credit resepi asal : YnaMeor 


Hi korang. wah pepagi dah tepek makanan kan. resepi ni memang sesuai ler sangat untuk budak budak sebab tak pedas langsung. ada rasa blackpepper sikit tapi kita boleh adjust kan. I makan dengan sambal tumis ikan bilis. yummy. memang masuk

Bahan - Bahan

2 ulas bawang putih 
halia- dihiris
1 biji bawang besar
1 biji kentang 
3 biji telur
1 cawan air
1 sudu sos tiram
3 sudu kicap - tak letak pun
sedikit lada hitam dan lada sulah
garam, gula

Cara- Cara
1. Tumis bawang + halia sampai garing. masuk air + kentang
2. Masukkan sos tiram + kicap + gula + garam + lada sulah
3. pecahkan telur. masuk lada hitam


SIAP!!!

Tadaaa simple kan? sesuai untuk budak budak dan orang yang tak makan pedas. memang sedap. 

lunchbox today

Today bangun terlewat sikit, mak dah siap rebus macaroni and prepare bahan. I tinggal goreng ja. macam biasa I dah bedal siap siap. so tapau untuk Ocin je. nasi sikit semestinya lunchbox I . and Ocin dia memang suka kicap. kalau Ayam Masak Kicap pun dia tetap akan jirus kicap . errr motif?



Comments

Post a Comment