Family Day 2017

tempat lepak weekend untuk kami

weekend yang bosan

teringat kalau masa zaman sekolah, Sabtu ni ialah hari wajib keluar. soalan wajib ditujukan pada member lepak ialah

"sabtu ni lepak mana oi?"

citt nampak sangat muka lepak kan I ni. nasib I dah kahwin, kalau belum mesti takde orang nak buat menantu. eh eh apesal pulak. anak dia confirm kaki lepak, jangan nak seksis terhadap perempuan pulak. lelaki lepak, perempuan lepak. tapi jaga batas. 

kalau zaman Myspace dulu, port lepak famous selain BB Monorel (depan Maybank) haruslah di KLCC. zaman tu mana ada Pavilion lagi. Pavi tu wujud masa I Form 4 kot. tapi jadah lepak Pavi entah, lepak sambil berdiri. hahahaha . I prefer lepak taman KLCC. ada tempat duduk. pastu pegi minum kat mamak Wisma Central atau Pelita. tapi selalunya I prefer tengok movie lah. memang wajib setiap minggu. selalunya memang KLCC kalau nak midnight movie. sekali sekala je ke Sunway , Midvalley or OU.

agaknya masa lepak OU tu I ada selisih bahu dengan Ocin tapi waktu tu I tak pandang dia pun. kahkah

habis study , I kerja part time. kerja retail cuti tak semestinya weekend. sehari je tu pun weekdays. port lepak I... errr maybe KLCC  kot. malas lah nak ke tempat lain. keje situ, lepak situ. ahhh bosan. tapi bila dah keje ni, kita lebih suka merehatkan diri. makan, tidur. dahlah kerja macam buruh kasar.

bila I start masuk Uni, , pun dah takde kewajipan nak keluar weekend. selalunya akan lepak after class je lah. tempat lepak semestinya OU/ Curve sebab tu paling dekat. jimat tambang hahahaa. tak sampai sebulan study I dah mabuk cinta dengan Ocin, so memang kat situ jelah port dating kitorang. sampai security pun dah cam kitorang kot. Ocin lah ni suka parking merata rata. -__- weekend ada jugaklah keluar, tapi bukan kewajipan lah. hanya kalau ada kepentingan tertentu je

sekarang dah kerja dan beranak pinak. dapat pulak kerja office hour. memang ingat rumah je lah jawabnya. memang takde istilah jalan jalan cuci mata atau window shopping dah. kami hanya akan tuju satu tempat tu apabila ada keperluan nak beli sesuatu. survey harga pun dah malas. selalunya bila driver driver malas, I lagilah malas nak amek public transport. hazab rasanya. padahal dulu naik je train I lelap.tepat sebelum station yang nak turun I dah terjaga. sekarang I macam darah gemuruh pulak. naik bus pun pegang besi sampai dua tangan takut tergolek. dulu siap boleh selfie pastu upload lagi ahahhaha

tapi kalau nak release stress, kena jugak lah keluar dari rumah. boleh muntah pelangi iolls . anak anak pun nak udara luar, nak ekon. kekadang si Lihin sendiri mintak 

"mami nak jalannn"

maka , kami pun bersiaplah jalan.. tau port lepak I sekarang di mana?

Tesco / Carefour

mamak

Laundry
kahkah. sonok tak I lepak? senang, kalau dulu keluar lepak wajib ada eyelashes , eyeliner blabla siap request dress baru setiap minggu/ bulan. sekarang sarung jelah apa apa , janji tertutup apa yang patut ditutup. hiks

korang macam mana? tempat lepak korang dari zaman muda sampai zaman matang ni dah upgrade ke downgrade? hiks

Toddles, xoxo

Comments