Family Day 2017

wassap penting ke?

Zaman sekarang, zaman whatsapp yang serba canggih ni kan kalau ada orang tak pakai whatsapp korang nak marah ke apa?



teknologi is there. yes tapi setiap orang ada hak. I selalu anggap wassap ni sebagai sampingan dan sangat menganggu kehidupan. gtew. ye I ada online biz tapi part time je and bila ada stock memang I akan online 24/7 tapi kalau I takde stock I tak heran pasal wassap.

I benci bila orang nak jadikan apps ni sebagai medium formal. okay kita bukan cakap pasal discussion antara ahli jawatankuasa ke. I bagi contoh; attendance.

kekadang nyampah jugak orang bagi attendance via whatsapp ni. actually I tak kisah tapi dia kena bertanggungjawab terhadap diri sendirilah. kalau dia wassap I 8am , I tak janji akan baca on the dot. boleh jadi 8pm baru baca. kekadang Ocin amek phone I sebab dia selalu taktahu mana dia letak phone dia. so biarlah dia kan. 

kekadang kalau I taknak gangguan , I akan off data. pastu orang cakap,

"jadah pakai smartphone off data"

kah, sukati I lah. *blow nails*

ada jugak yang cakap

"babe internet murah je babe. blablabla"

again. sukahati I lah ya Rabbi susah benau nak paham. I ada hak untuk nak on atau tidak. nak subscribe atau tidak. 

"babe, macam mana nak contact you?"

err SMS? call?

"babe zaman sekarang semua pakai data, I takde kedit nak SMS lah"



LOL, beli phone mahal boleh, kredit pun tada? kahkah




okay mengarut dah ni. nak cerita dulu masa I kerja retail, kalau MC ke apa ke kena inform by phone. tak boleh mesej ke call member ke sebab semua phone kena declare, simpan dalam laci. call kedai, kena bercakap dengan superior, setakat bagitahu kat cashier atau sesapa yang angkat phone tu tetap akan di tanda

NO SHOW
NO CALL

pergh gtew. pastu start lah Area Manager tanya itu ini. kalau dah jadi few times, kena warning letter

Now, kerja office. Management cakap kena call inform receptionist.  tapi yang atas atas sendiri suka benau wassap. pastu kalau orang taktahu? tak baca? I dah lah silent phone. apa guna telefon opis ada 12 line kan?

again, I tak kisah pun. cuma jangan memekak lah kalau mesej anda tidak disampaikan. 

One more thing I ni jenis memilih chat. alaa macam korang tak pernah buat kan. kalau bangun pagi ada 15 conversation, I takkan baca semua. yang mana I terasa penting I baca lah. yang lain, lagi lagi group I akan ignore, sampailah I terasa senang nak baca. hiks

Tapi kelakar bila orang orang atas kepala tu , suruh orang itu ini, follow the book blablabla tapi dia sendiri sama. macam mana weh? sama je lah kiranya kan.


tapi kelakar lah bila kerja yang dianggap cikai, takat retail je tapi boleh follow semua instruction tapi yang kerja depan PC, konon semua degree holder tapi benda simple tak boleh ikut. haihh

Toodles,

xoxo


Comments