aktiviti petang Ahad-mandi sungai

Hi everyone. 

Last Sunday I mencuba lah resepi Ayam Goreng ala Mamak. hurmmm not bad. tapi maybe Mak I goreng tak tenggelam ke apa ke , kulit tu tak garing sangat. I nak lawankan dengan Bendi Masak Kari for lunchbox tapi sebab tak tahan lapar, I bedal lah semalam punya Nenas Masak Lemak




resepi main screenshot. mak pantang betul. dia suh guna cara traditional ; salin satu satu. perghhh


Lepas makan, ratah ayam sambil minum teh o ice. pergh. pastu dah amek ice tak refill balik. habislah gua kena bebel kejap lagi. hiks. 

entah kenapa weekend tu I dok dengan air teh o je. pagi petang siang malam. pastu I dah risau sebab bakal sembelit. tu tak masuk bab angin lagi. huwaaa T_T


Ocin bangun petang. tu pun sebab Lihin kejut dia ajak jalan 

"ayah nak jalan. nak jalan"

tak sampai hati tau. so Ocin suh siap pegi mandi sungai. I pun tak sure masih dibuka ke apa ke. kan hari tu masuk newspaper tempat tu dah nak tutup sebab nak buat highway EKVE amenda entah. haiyoo bisinglah rumah gua nanti . ada highway mesti ada rempit ye tak

Ni second time naik motor 4 ketul. dulu penah sekali tapi area flat je. I tak selesa sungguh. perut dah kedepan kan. and paling kesian si Lihin la. tengok dia terkepit macam tu. nak bercakap pun susah. dia merengek

"panass"

ahahah memanglah ko lekapkan diri sekuatnya. takut melayang ke apa. Tapi ni bukan first time dia dok belakang. Ocin penah bawak dia pegi tapau Kepsi. so takkan Kepsi tu yang dok belakang kan >,< and penah jugak Ocin bawak budak dua ketul tu tanpa I hokey. memang boleh buat perang. grrrr

muka tu muka. ewaah mem kat depan nampak selesa

Before this pernah jugak bawak Maira ke sungai. Yang Gabai tu memang dia tidur je lah. pastu pergi Ulu Yam, dia celup kaki je dah menggigil. ni kira first time la. Maira ada sehelai je swimming suit tu ha. si Lihin kalau pegi pantai or sungai dia pakai watershort je. kemain, beach boy sangat tau 

Ingatkan Maira takut, hampeh . dia heret kami ajak berjalan. I yang tak selesa, sebab kaki sakit terpijak segala batuan. Si Lihin tak habis perangai suka simbah percik air. Maira dah gelabah dah. dia dok main batu pasir. ada sekali tu, tengah nak bergambo, dia boleh nak jilat batu. nasib Lihin perasan, dia lah menjerit. ahhaha boleh harap dah anak Mommy ye.

Ocin ada tanya I takpe ke Maira duduk macam tu? takut XXX dia masuk pasir je. I cakap takde kot. errr

'Hi anak dara, engkau mengapa. duduk seorang saja'. eh?



anak Mommy boleh buat geng selfie oi. 


I pujuk Lihin balik dengan umpan aiskem. terpaksa la kalau tak memang taknak nya balik. malas bilas ke apa, cuma cover badan dorang dengan napkin, pastu balikk. haha ngamok Mak, dia pantang bawak balik pasir ke rumah. 

perfect family photo, so far. Maira aim nak tarik tali seluar Lihin

Balik tu terus mandikan bebudak ni. dua sekali mandi. and of course Ocin kena pegang Maira. and memang betul, XXX Maira penuh pasir. ya Rabbi. sian dia. takde pulak dia menunjukkan rengsa , merengek ke apa ke. hahha. pastu daripada sungai sampai ke rumah, kiri kanan tangan dia genggam batu -__- buat kenangan ke dek? wahduh

Pastu Lihin tak senonoh, dia kencing. and kena hujung jari Maira T_T hoi. pengotor kau. dengan lantai sekali I letak shower foam. hahahaha

lepas semua dah mandi, Ocin ajak I keluar. pegi isi minyak jap sambil bawak Abang jalan naik motor lah. Maira nampak kami bertiga keluar, kelam kabut dia merangkak nak ikut. hamboi anak dara. dok umah la. Nanny kata ikut keturunan. Tapi nasib tak bawak, balik tu hujan selebatnya. Alhamdulillah, kurang sikit bahang, ye tak.

Comments

  1. Kesiannya yg tersepit kt tengah2 tu..tapi tkpe, best dpt mandi sungai..yg boy ada lesung pipit..

    ReplyDelete
  2. Keluarga bahagia...wahh ada resepi ayam goreng mamak...sedap yer...leh cuba lah...aah kalau nak masak kena minyak banyak kasi tenggelam kan baru kulit garing...haishhh sebut2 bendi tu terliurrrrrrrrrr dah haaaaaaaa kena buat ni hehe

    ReplyDelete
  3. best kan mandi air terjun time panas macam ni ....huhu

    ReplyDelete

Post a Comment