Family Day 2017

anak bodoh cikgu yang salah?


Seperti biasa, entry haruslah dimulai dengan lunchbox. hiks. Today Iolls bangun 5am okay. so pakej ada breakfast. alang-alang ada kari, ingatkan nak bekpes mee kari. eh over tau. jadi mesin basuh lah perut pepagi kang. kita gentel yang mana ada je. konon roti canai tapi keras macam lempeng -___-


I ni pepagi kalau makan benda berempah or pedas mula lah perut nak bunyik macam wash machine. hadoi jangan buat pasal hokey baby dalam perut dok diam diam. btw lama tak makan kari. suka Abah masak kari sebab pekat likat. yummy

Nak cerita ni , kawan I cikgu taekwando tau. dia ngadu kat I, ada parents buruk burukkan dia kat Sir (master dia lah). I rasa nak tergelak -_-

memula dia ngadu kawan I ni selalu betulkan rambut time kelas. err benda tu pun boleh di komplen ye . ya Rabbi. dulu masa dance class, berapa juta kali Pamela betulkan rambut, bila sampai step ganas, mesti lah rambut serabai kau. kalau rambut dia stay je maknanya something wrong somewhere lah . dance class and taekwando , samalah kan, melompat pusing blablabla

nasiblah Sir kawan I ni bela dia. "rambut Miss kan panjang, blablabla"

pastu dia mengadu lagi pasal benda lain pulak, since my friend dah potong rambut so takde point di situ kan. haiyoo. katanya dia blame kawan I sebab tu anak dia kena tegur dengan Grand Master ke apa ke .

I tanya lah kawan I, kenapa dia asyik nak cari pasal,I takde lah kata kawan I bagus sangat ke apa ke tapi so far dia tak pernah kena komplen lagi. dia kalau jadi cikgu kelas pun okay, cikgu taekwando pun okay. ni first time lah kena komplen. dan jawapan dia

" dia menggedik dengan Sir. dia jealous kat I lah tu sebab I selalu datang class sama sama dengan Sir and selalu borak sama  blablabla" 

-__- Sir tu dah kahwin okay dah ada anak. hadoi entahlah I pandang rendah betul perempuan yang kacau suami orang ni. kawan I tu takde transport, sekolah yang dia pegi pulak jauh. sebab tu Sir selalu fetch dia. and dia memang dah kenal anak bini orang tu pun.

and the best part, I ingatkan single mother. rupanya ada laki kau -___- kelaka sangat . bercerai lah dulu kak, barulah minat jantan lain. wahduh

tapi tu lah, ada colleague I pun pernah cakap, parents nowadays kelakar. anak bodoh disalahkan cikgu pulak. err okay thats harsh. anak kurang berilmu, yang salahnya cikgu.

kalau kita dulu dulu, memang kita lah yang salah. tak pernah parents cakap "cikgu tak pandai ngajar"

walaupun memang betul pun, weh wujud okay cikgu masuk kelas dok layan MP3 je, tapi sesungguhnya kita yang akan dituduh tak tumpu perhatian dan juga paling sadis ayat ni

"KAU TU MEMANG LEMBAB"

-__- kfine.

tapi tu dulu, sekarang ni semuanya cikgu punya salah. apa jadi pun cikgu punya salah. walaupun sebagai bekas pelajar, I nak tegaskan cikgu tak semestinya 100% betul tapi ibu bapa kena ingat, anak anak anda pun tak tentu lagi betul ye. sama je. baik duduk diam and figure out punca and solution. entah entah, makpak pun ada salah. kan?




colleague I baru balik bercuti di Korea. dia bagi kopi. hahah since peknen ni I dah mula berjinak dengan kopi. masa zaman muntah dulu lagi lah sampai pening pening I minum kopi, ni dah kurang sikit. Tapi still not my fav.


Comments

  1. omg.... im a coffee lover! a coffee addicted! a..a... apalagi?
    mamikkkk kalau kawan pegi korea ke pegi jepun ke pegi ostoria ke mintak belikan lebih....kita tadek kawan yg pegi jenjalan...
    ahahahhahahaha :p :p

    ReplyDelete

Post a Comment