cerita pasal harta pusaka


Heyyo korang!

Hari ni kat Facebook I share satu link, dari blog sorang Ustaz. Pandangan Seorang Ustaz . boleh lah jalan jalan kat blog dia. so today takde resepi nak share, kita borak pasal tanah.

Tanah atau lebih senang harta lah. benda ni selalu terjadi kat orang yang ramai siblings la kot. orang sekeliling I, boleh dikatakan ada je problem macam ni. Pakcik 'gelap' kan tanah lah, Abang makan duit adik lah.  bunyik macam sesuatu yang membanggakan sebab si penipu berjaya menipu , berjaya kaya sekelip mata. yelah jualan tanah kan mahal. tanah sekangkang kera tapi kalau location yang umpph maunya dekat jutaan ringgit. betul tak?

apa perasaan orang yang ditipu? sedih of course lah kan. duit tak dapat. tapi nak buat apa? nak buat macam mana . kita bukan deal dengan orang luar, dengan darah daging sendiri. orang yang membesar sama sama, makan ikan masin sama sama, silap silap berak pun sama sama. 

tapi sebab duit, tamak . tak pernah jumpa duit. tak pernah senang, tak pernah merasa kaya., yelah selama ni hidup melarat merempat, gaji pun tak seberapa terus semua tu dilupakan. terus rasa dia berhak menipu. ya Allah. manusia

sebab tu dari kecik bila orang tanya I,

"tak sedih ke takde adik beradik?"

I langsung tak sedih -__- tak heran pun. satu benda pun I tak payah kongsi dengan orang. agaknya kalau  I ada siblings , macam mana lah ye. 

tapi kalau korang baca blog Ustaz tu, ya Allah I seram betul . 

"Membahagikan harta menurut panduan Al-Quran dan As-sunnah ialah suatu kewajipan sebagai amanah daripada Allah swt dan sebagai bukti keimanan manusia kepada keadilan Islam. Hal ini juga merupakan salah satu perintah yang termasuk dalam ayat-ayat yang mewajibkan manusia berhukum dengan hukum Allah swt. 

Daripada Abdullah bin Umar ra yang berkata secara marfu yang bermaksud : “Sesiapa yang mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikit maka dia pasti akan ditenggelamkan dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari)

Tak cukup seram lagi ke weyhhh?

hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “ Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal maka nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut dan dalam riwayat yang lain menyebut : “Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili.” (hadis riwayat Tibrani)

Bunyi macam simple je,. songlap duit/ harta orang yang terdekat dengan kita. ala bukan kita tipu orang lain kan. siblings sendiri. tapi balasannya? Ya Allah

agaknya orang orang tersebut tak banyak membaca kot. sebab tu mereka taktahu. dan tak kisah

Dalam masyarakat kita bukanlah perkara yang ganjil dan pelik perbuatan menipu dalam persoalan harta khasnya yang melibatkan urusan tanah pusaka. Betapa ramai orang yang mengubah geran, jumlah tanah dan ada yang sampai menukar nama pemilik tanah kepada namanya sendiri demi tamakkan harta.
Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Allah melaknat orang yang mengubah batu penanda batas tanah.” (Hadis riwayat Muslim)
Ketahuilah wahai saudara-saudari sekalian, sesungguhnya adalah tidak berbaloi berebut tanah pusaka yang akhirnya membawa petaka dan bala bencana serta seksa neraka. Biarlah rugi di dunia kerana tidak mendapat warisan harta asalkan kita terselamat daripada seksa dan neraka Allah swt.
Sesungguhnya syurga itu amatlah nikmat jika dibanding dengan segala harta dan pusaka.

Siapalah I yang nak cakap pasal Syurga Neraka kan. masing masing dah besar, ada otak boleh pikir sendiri. kaya sampai mana? boleh beli apa? duit tu akan habis jugak untuk orang yang tamak. lainlah dia buat biz ke blablabla ke, ni kalau untuk beli harta dunia, silap silap lesap kena tarik dengan bank pulak nanti. 

Buat belanja anak bini? adoi bodoh ler anak kau berketurunan keturunan nanti. wife? ahaa kau belanjakan duit untuk dia, entah entah dia simpan perasaan kat jantan lain. ingat , duit tak berkat. 

okay till here. kang kalau sambung lagi satu perenggan, masuk bab carutan. elok elok cakap pasal agama, terus mencarut pulak. sabar sabar


I bagi gambo anak setan yang paling comel. sekian



Comments

  1. hadoiii takutkan ... moga kita dijauhkan hal2 sebegini rupa . amin

    ReplyDelete

Post a Comment