Jadi Surirumah Separuh Hari

Todays menu: Nasi Putih, Telur Bungkus, Sayur Kangkung, Sambal Ikan Bilis Kentang. Roti Bakar for breakfast
Entry dimulakan dengan lunchbox hari ni lah kan. macam biasa ,hiks. I try buat Telur Bungkus, suh Mak yang lipat. ehe jadi pun. dulu I pernah try buat Bistik tapi isi banyak sangat ke apa ke taktahulah. lagipun semalam takde daging, so buat jelah inti ayam




ha, tak cukup Melakau la kan kalau tak makan Asam Pedas. fav mak ni, dia boleh makan nasi putih dan kuah berhari hari lamanya , siap bertambah lagi -__- kfine. 

Dah lama kan tak makan ikan kat rumah ni. I is loya uolls . plus macam susah je nak bawak bekal. I kan malas nak bawak banyak banyak container. so semalam cuti , buatlah lunchbox Ocin je. 


 Few days before , I macam nampak ramai pulak share pasal
"Like Kalau Ni Makanan Sedap blabla"

and ada jugak yang cakap kalau nak cari isteri cari yang makan telur dengan kicap sebab ni spesis pupus. 

err takde lah pupus. wujud je sebenarnya dia depends crowd yang you mingle around lah. kalau you dok bercampuran dengan orang yang jenis takleh lauk cincai nanti terasa miskin tu, walapun memang tak berapa kaya , ha mungkin dia tak reti lah makan. hahaha I jenis taram je. I kan boleh makan nasi putih kosong begitu sahaja. tapi jangan diamalkan ye. nanti kurus kering takde isi. leper terus. serious you alls

and ada komen mengatakan, ni lauk orang malas. hiks

no comment. tapi time ni memang malas masak pun. telur ni pun Mak masakkan. sayangggg Mak.


nampak tak 'mural art' kat belakang tu?

Semalam Mak ada appointment dengan ENT , Hospital Ampang. Abah pulak pergi terapi untuk backpain and leg pain dia. so I amek cuti, babysit bebudak tu lah. Si Abang dah mandi dengan Apaknya awal pagi. so I tinggal siapkan adik je

JE? apa maksud JE ? -___- bab mandi takde masalah. semenjak Maira boleh berdiri ni, dah senang and dia pun patuh dengan I. Mak cakap 

"yelah duduk dengan komunis kena lah dengar cakap, salah sikit kena terajang"

Huwaa sampai hati Mak cakap Mommy komunis tau -__- tu okay lah lagi, kekadang Mak I cakap I ni Israel - takde hati perasaan. wahduh . 

memang Maira patuh dengan I. I suh dia berdiri pegang pintu, dia ikut. kalau dengan Atok Nanny, dia nak capai sana sini, kaki dia kait sana sini. adoiyai. pastu dah setel bab mandi, boleh pulak dia berak. cis patutlah pampers cepat habis. baru je mandi tau. 

Dia dah tak reti dok diam. tengok gambar tu, dia nak turun lah tu. dia cuba angkat diri sendiri. Mak risau betul takut dia berjaya 'melambungkan' diri. tapi penatlah, dia nak jalan. pusing satu rumah. maklumlah budak baru dapat kaki. pernah pukul 2am I terbangun, Atok pakaikan dia topi dengan kasut, jalan 1 rumah. rumah I pun bukannya besau. Atok sendiri cakap

"aku rasa aku macam orang gila je pergi balik pergi balik non stop"

HAHAHAHAH





buat muka simpati pulak. Mommy heartless okay. ingat Mommy kesian ke? erk
Dia bergolek kat kusyen dengan Abang, dia jatuh tergolek nasib baik kaki jatuh dulu. dia tak nangis tapi bila I marah Lihin, dia cebik. ingatkan I marah dia la tu. pastu dia merangkak kat I. panjat lutut. cis . ingat Mommy melting ke? T_T

pastu Lihin amek car kecik yang metal ke apa , ala hotwheel tu kan besi kan? dia campak atas kepala Maira. I yang terkejut. so jerit lah

"Abang kenapa buat macam tu?"

Lihin buat derk, si Maira nangis. wahduh -___-

Time ni I memang dah kepenatan. I melepet je. tak larat dah. tu pun nasib baik takyah masak lunch, kalau tak habislah I. kain baju sempat campak dalam machine je tak sempat sidai. I keluar sidai towel pun Lihin dah merengek nak jalan, kalau sidai baju lagi lah. 

Tepat 12.30pm Abah balik, tak sempat dia tukar baju I dah pass Maira. mommy mau pengsan. huwaa. I siap ngadu kat Dina lagi. nak lari umah hahha. pastu Dina psiko I balik macam mana lah parents I jaga dorang T_T huwaa Mak Abah nanti akak belanja meatball ye.

But Alhamdulillah,. everything went well. tiada kecederaan dan kedukaan berlaku sepanjang setengah hari itu. walaupun tragis, I poo poo, Maira nangis nangis. so gua macam poo sambil berlari , boleh?


pastu today kot yang viral orang share pasal suami bebal mana entah cakap isteri bau bawang lah, duduk rumah apa yang penatnya lah...

eii geram. rasa nak menyumpah seranah walaupun taktahu siapa beliau. tak kiralah benda tu rekaan ke apa ke, tapi semestinya wujud jantan macam tu. bau bawang tu sebab dia masak lah, bebal. pastu ingat mentang mentang dok rumah , sempat ke nak tepek apa yang patut? kalau pee and sempat cebok pun dah patut bersyukur okay =.=



Tengok ni, I saja lah nak bermanja panggil Yang . pastu dia  panggil I datuk harimau. ahahha T_T

Comments

  1. telor mata + kicap..sedap tu..bestnya mak yg gorengkan...hihi..

    ReplyDelete
  2. nama je cuti setengah hari tapi bukan cuti rilek2 kalau dah nama jadi suri rumah ni kan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Maira comel yer kamuuuuu...besar dh dia dok dalam baby coat...mmg nasi dengan kicap telur mata tu julia fav sgt....x pupus la...makin mudah dan mengenyangkan...org lelaki cerewet je ckp cm tu kan...

    ReplyDelete
  4. yan suka mkn nasi lauk telur mata dgn kicap

    ReplyDelete

Post a Comment