janji melayu sangat!


sedapp . merencis air liur

I kan dah nak dekat 5 bulan menjauhi makanan macam ni. telur goreng, sayur tumis. sambal tu lagi lah. so sekali dapat ni ibarat nikmat tak berbelah bahagi. tapi I masih mengekalkan portion nasi la, takut muntah sebaldi lagi. dah lah takde air. haihh fed up sungguh

Last Saturday my parents pergi rumah Rawang. kan ada 3 manusia janji dah set up masa. yang lain semua tak confirm so tak diambil kira lah. yang 3 ketul ni

1) Amir ( 11am) . 

dah janji malam tu terus naik rumah. I dah siap bagi details semua. Lepas Mak Abah pergi tu I lelap kot. tengok tengok ada misscall. aik pelik. I sedar pun after 2 hours. pastu around 11am ada whatsapp dia cakap on the way. I call tak angkat. my parents call tak angkat. I whatsapp and msg pun takde reply. I anggap dia mati tengah jalan kot -____-

2) Syuhada  ( 2pm)

err yang ni I whatsapp dia dalam 12pm dia kata 

"ohh sorry kak. lupa nak inform saya tak jadi datang sebab suami cakap jauh blablabla"

and dalam masa yang sama mak ada call dia jugak. dia explain benda yang sama. takpelah , at least she have the courage to explain. manusia mudah lupa kan

3) sapaentahnama (4pm)

mamat ni macam tak berapa confirm, 4pm. dia cuma kata insya Allah je. around 3pm call mak cakap takyah lah tunggu, macam tak jadi je. pastu around 3.55pm I rasa phone bunyi. I dah lah mamai , dok carik phone bawah bantal. I rasa macam familiar je number. I check kat whatsapp, ohh dia . ada whatsapp jugak. 


'AIK' tu sebab I terkejut. kelam kabut I call Mak, tanya kat mana. time tu dorang dah on the way balik. Pastu I suh lah Mak call dia. tahu apa dia jawab?

" eh, salah nombor ni. saya tak carik rumah sewa pun"

-____-

tapi memula I tak percaya Mak. ehe ampun ye mak. takdelah I anggap Mak salah dial ke apa ke. pastu bila Mak balik, I check balik memang betul lah number tu. tapi I tak paham kejadian apakah ini? sapa yang bangang dalam cerita ni -___-

jadi kesimpulannya I ni kurang sabar dalam membuat perjanjian. I have decided tu delete the ad, I nak letak phone number Mak je. biarlah . konon letak contact I senang lah orang nak whatsapp. tapi I rasa lepas ni I dah takde jawab salam bagai dah. mendidih and menggelegak. 

tapi nasib baik tak rugi pergi sana. boleh bersihkan rumah apa yang patut. 

Mak kata dia siap marah lagi orang tu. Mak kata menyusahkan orang je. ahhaha. Ocin gelak gelak. katanya kesian orang tu, mana tau number whatsapp and number call lain. tapi kalau betul lain, kenapa dia call I waktu I mamai tu. maksudnya memang orang yang samalah kan. 

Tapi I musykil jugak. kalau dia serious, sepatutnya dia akan dok wassap I lah tanya lokasi tu. kan?kan?kan? ni dia menghilang. haih nasib baiklah gua tengah bunting T_T




Comments