Family Day 2017

Lihin dan Tadika ?

Morning everyone

cuba teka nak buat apa ?



Lunchbox Ayam Goreng ala Mamak with Bendi Masak Kari. breakfast I buat Roti Telur. I punya asing sebab I kan pelik sikit makan sos tomato. -__- nampak banyak sebab I buat untk Abah and Dina. heheeh. makan 1 pun dah kenyang tau. kang lebih lebih muak


Nampak tak tu? dia suka lompat masuk baby cot adik, pastu buli budak tu. adik pasrah je kena lepuk. yang Lihin pegang bantal busuk Maira. memang sambil menyusu dia akan menggentel. si Lihin saja angkat tinggi tinggi. sian Maira terkapai kapai. so I campakkan lagi satu. memang both ada bau dia, so tak kisah mana mana dia gentel.

I selalu jugak Google pasal tadika blablabla review semua lah. Pastu semalam masa nak pegi isi minyak , lalu jalan kampung and I perasan ada Tadika Kemas. erk dekat gila dengan rumah. 

Masuk office tadi, sambil buat kerja sambil research pasal Kemas. banyak bad review, but who cares. I nak Lihin mingle around. dia memang tak reti bersosial. huwaaa semua silap I la, I silap percaturan. ingatkan kalau I kurung dia dari kecik, dia akan jadi sopan. rupanya macam tak pernah jumpa orang okay. he is turning 4y/o next year, I tak expect banyak lah. asalkan dia tau berkawan, behave, basic ABC 123 dah bagus. kalau dapat Alif Ba Ta lagi bagus. and also basic doa .

ramai dok kata Kemas ni ajar menyanyi, pastu doa makan. English out. aihh takpelah. bukan sebab I tak pentingkan English, eh Mommy kan nak Lihin jadi Pilot haruslah penting hahaha. tapi I plan kalau ada rezeki lebih boleh I pindahkan dia menjelang umur dia 5/6 yo. I suka sangat tadika kat Ukay Perdana. tapi agak mahal jugak lah untuk deposit. monthly RM 270. ha nampak murah kan. cuba ko darab dengan 3. -__- yelah kalau 3 beradik semua kena sama lah. takkan sorang murah sorang mahal kang kecik hati kang hahaha. Lagipun I percaya benda ni bukan datang dari pihak sekolah je. parents pun kena sokong sama. plus kalau kat sekolah dia speaking, sekali balik rumah guna bahasa, confuse dia nanti

Next I ada survey PASTI. memang bagus and Ocin suka sangat sebab ada review kata anak umur 5 tahun dah boleh hafal surah. fuhh. tapi semangat jugak deposit RM 700+ . monthly RM 110.

Pastu I imagine, Lihin sekolah sehari pastu taknak pegi dah. matik. burn deposit gua. 

so I prefer Kemas atau memana tadika biasa yang murah lah untuk mingle mingle ni. tapi kalau okay, apa salahnya stay sampai 6 years old kan. tujuan tadika ni kan nak bagi mingle, kenal huruf, mengeja bagai. duit pun jimat. hiks

tapi I ada baca dorang check payslip parents. gaji I seketul takde lah banyak sangat. tapi kalau dicampur laki bini memangla lebih 3k -__- taktahu la betul ke tak, I baca kat blog orang je. kena mencari sumber sahih. kalau jadi boleh daftar June. kena book tempat awal sebab dorang amek 30 orang je. phewww

till here. daaaaa

Comments

  1. sedapnya tengok kari bendi tu ...mamak style sgt

    ReplyDelete
  2. perghh..ayam goreng ala mamak..nyum,nyum..

    tadika sekrg mcm2 aktivitinya...kanak2 mesti gembira, tapi nak bangun pagi tu memang liat sikit..mcm anak sedara saya, asik nangis je setiap pagi, tak gi school..huhu..kena pujuk lebih sikit...hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment