Mandi Manda di Kolam KLCC

Hi korang!

Last Saturday I pergi KLCC park bawak kids berenang renangan. kemain masa kat opis Jumaat tu, I dah tulis menu blablabla, last last pagi tu cuma sempat goreng bihun, telur mata, buat air milo and air sirap. hahaha

tak silap I sampai sana around 10am. Kami parking kat belakang pelita tu. sejam RM 3. actually I nak parking kat Jalan Mayang, pastu jalan sikit. pastu Ocin bebel, sapa nak bawak barang blablabla -__- tapi last last bukan dia bawak pun. letak dalam stroller and sorong je

Maira dah start berjalan. ya Allah seronoknya lama dah I tunggu dia jalan sebab macam yang I selalu cakap, dia agak lambat compared to Abang and anak anak orang lain. tapi dia jalan huyung hayang lah. macam ketam pun ada. tak sampai hati nak bagi dia menapak. plus kasut dia pre walker punya ( yang soft tu) so takut kaki dia sakit.

I tak plan nak belikan apa apa kasut bunga bunga dulu. biarlah dia mewarisi kasut Abang. nanti raya insya Allah Mommy beli ye gegirl

His forever girlfriend


sarung je macam tak muat. dah sudah. suit ni Tok yang belikan. memang kecik dah lah. I try jugak tarik sana sini. dapat pun. tapi agaknya dia kurang selesa, 'siput' dia tersekat kot. tu dia asyik pegang je. eii tak senonoh

my forever hero
Masa mula mula dia dok jalan je kat air tu. pastu nak ajak kita pegang tangan. wahduh susahlah gini. suh meniarap dia kata takut. duduk pun taknak

pastu dia geng dengan adik main tepuk air. alahai korang ni. Hoi masa parking tu berjalan. jangan buang masa ye anak anak. hahaha

Maira ni jenis cepat menggelabah sikit. ke semua budak macam tu? macam air terpercik kat muka , dia akan gelabah macam sesak nafas pun ada. buat orang cemas je. grrr




I imagine Maira akan takut. sebab last time bawak pergi kolam kat hotel dia macam blur and takut lepas tu menggigil. tapi this time, dia yang terus duduk lepas tu main tepuk air. dia yang heret Ayah jalan sana sini. kemain kau Maira. 

selalu time cebok/ mandi kat rumah, memang dia carik chance je nak tepuk air . so ni lah peluang dia. hehhee
I memang sengaja datang awal. actually nak lagi awal, tapi Ocin pun balik pagi. jadah betul la. masa ni mentari dah mula memancarkan sinarnya. tempat berpokok dah penuh dengan manusia. area kami ni takde orang sebab panas. Nanny dah risau dah cucu dia bertukar warna. hahaha lagipun, tak elok la kulit terdedah kat mentari . kan?

Boleh tahan jugak jumlah manusia seawal ini. kata pun kolam free kan. hehehe. ada orang belah sana bawak tikar macam kami, dia bentang terus "prettt" mak guard tiup wisel. kat sini memang terkenal dengan security yang kejap kejap tiup wisel. dari zaman dulu lag. Btw, kami memang sedia bawak tikar dalam bonet kereta just in case ter picnic memana kan. ehhehe. konon nak bentang atas rumput, tapi err takpelah

security sini memang strict. yelah faham dorang menjalankan tugas. tapi I tak paham kenapa ada such peraturan. tak boleh pijak rumput kenapa ye? takut rumput mati? ala bukan rumput cantik pun -__-

Pastu I teringat zaman high school kami macam nak celebrate birthday one of of friend la.bukan ramai pun, group of 6-7 ppl kot. kami duduk kat one gazebo ni. kami bawak cake je rasanya. pastu mak guard duduk betul betul belakang kami. siap walkie talkie bagai. err kawan I dah buat lawak 

"weh kita jemput dia ke apa? ke nak kena jemput ke?"

tapi kami buat derk je lah. kami bukanlah bising. very polite party, nyanyi lagu birthday makan kek. pastu that security cakap

" dek, tak boleh lama lama berkumpul kat sini. nanti orang ingat ada rusuhan ke gaduh ke"

-___- ohh kelakar. takpe kami menurut perintah


sebelah sana redup sikit


yeayy Nanny dah pandai sikit amek gambo. cuma dia tak pakai spec je so dia taktahu I tengah lelap ke apa ke. kahkah. okaylah tu kan. 


dah start nak meniarap



Macam kesian je Maira dengan swimming suit dia . taktahu sapa ikatkan, boobs terkeluar sebelah >,< hadoi sian anak dara Mommy

tepuk air

terpercik ke muka sendiri


nak merangkak dalam air. nak kejar Abang

Lihin macam takut takut. Ocin pun apa lagi heret lah. memang kalau pergi swimming pool mana mana, tugas Ocin yang mengheret si hero. nak harapkan mak dia , haih Mommy takut air uolls kahkah. sedap je komplen Maira jenis gelabah. Mommy lagi lah dah tahu tenggelam dalam air lagi mau bernapas. nasib baik aku hidup lagi. atok ko selamatkan -__-




Mostly yang datang macam sekolah rendah kot. and dorang datang beramai. maybe sepupu sepapat semua ada. tu dorang main sesama dorang tu

Kan I cakap Lihin ni tak reti berkawan. just like Mommy ler. so bila dia datang nak join group of people, dorang akan bersurai. kahkah nak kesian ada, nak gelak pun ada. sampai hati korang buat anak Aunty macam tu ye. 

yelah maybe mostly dah besar , dah pandai cakap. Bila Lihin datang guna bahasa Jerman mix Japan dia, dorang malas nak layan lah




Finally Lihin dapat kawan. I syak ni baya Lihin kot. dia pun sorang jugak tak silap I. dia bawak Lihin merayap sana sini. tapi dia bagus jugak, tak ignore kita. Nanny nak panggil Lihin, Nanny lambai kat budak tu dulu, pastu budak tu panggilkan Lihin

kelakarnya,budak tu stop untuk minum air. Lihin join. cis kelakar ke segan -__- I nak lari kat dia tapi I seram pulak. dengan licin tu lagi. pastu bapak budak tu siap suap keropok lagi. wahduh.pastu Nanny jerit jerit panggil.

I nak kena ajar dia jangan mintak makanan orang. sogan jo -__- and kalau boleh jangan mudah terima gula gula dari strangers jugak. bahaya lah

btw I suka lah akak yang pakai purdah tu. dia sikit pun tak sengseng seluar dia masuk dalam air. aurat lagi penting kan. sebab ramai yang pakai tudung, tapi nak jaga taknak seluar basah, sengseng tinggi tinggi. ala ramai ramai tu termasuk I sekali la.hurmm kena berazam ni. 

Bila dah seronok , dapat kawan, dah biasa terus tak takut langsung. tak ingat Mommy kat tepi . dia lari sana sini. I dengan Mak try nak kejar, kejap ke sana kejap ke sini. adoi. 

termenung pulak dia



Memasing macam dah tak larat nak kejar Lihin. kami biar je dia lari sana sini. tapi mata kami dok ikut je lah pergerakan dia. yelah walaupun kolam tu kecik, tapi kalau dia jatuh ke apa ke T_T

Btw dia ada buat perangai. I pernah cerita kan betapa I kurung dia takmau bagi dia berkawan sebab taknak dia terikut ikut perangai ganas orang. end up dia lagi ganas. main dengan kazen dia pun, dia main tolak. pastu kat spital dia tolak baby sampai terduduk. yang ni dia pergi tolak awek baya dia mana entah. budak tu siap jatuh terbaring lagi. nasib lah budak tu pandai balance kepala dia, so takde lah terhentak. I dah segan dah. I suh mak pergi tarik dia.

Abang budak tu tarik adik dia sambil jeling Lihin -__- macam umur 4,5 tahun gtuh. hadoi mesti parents dia perasan kan.nasib lah kami tak kena tumbuk time tu. :/ pastu Nanny jentik Lihin, jangan nanti orang yang nampak anggap kami biarkan je Lihin buat perangai

susahlah macam ni. macam mana nak bawak dia pergi playground selalu. risau keselamatan dia , anak orang dan jugak I. sesilap I kena tomoi kang


masa untuk rehat. Bangun pagi buat Milo letak kat freezer so dia beku lah sikit


Abah yang goreng. entah kenapa tak sesedap selalu. maklumlah dia tak sabau nak pergi terapi

bekalan kami. dua flask air panas just in case, 1 mineral water, tutup merah tu bekas susu

cubaan heret balik

Ocin dengan tak cukup tidurnya, panas panas tu pulak dia dah ngadu sakit kepala. pastu tau apa dia buat? 

Dia join Lihin mandi bawah air terjun tu

=_=

nasib security tak perasan. mak dah gelak gelak dah. mak kata mana ada bapak lain macam tu


hoi bangun hoi nanti kena wisel 

Lihin nangis nangis paksa I amek gambar. motif sangat. dah snap gambar baru nak bangun

bentang tikar untuk pakai pampers. kena wisel rasanya , kami tak toleh pun. kejap je ler

total

Balik tu nampak Abah kat bustop. la katanya after terapi, dia tunggu bus almost 2 hours tak sampai sampai. nasib lah Ocin perasan, kalau tak berapa jam lah Abah tunggu. 

balik kami singgah pasar teringin pulak makan ikan kerisi. Lihin kan dok mintak naik slides time kat KLCC tadi tapi takde masalah, dah nak 3 jam dah tu -__- so konon nak bawak lah dia main slides kat Ampang Waterfront. kelakar gila, tangga ada, slides nya takde. dua pulak tu -__-ganas bebudak zaman sekarang ni kan

so dia main buaian je lah. mak kata Ocin bukan nak jaga Lihin, dia pun join naik buaian kat sebelah. kahkah. bapak berjiwa muda


I tambah dua kali oi. dua kali lunch, dua kali dinner. sumpah licin takde sisa tertinggal pun. hebat kan. hahaa. I suka ikan kerisi ni sebab isi dia halus lembut macam ketam pun ada, kan?who's with me? :D

Comments

  1. Seronoknya mandi kolam.. especially musim panas2 ni., ehehe

    ReplyDelete
  2. Budak2 biasalah, lagi kita sekat lagi dia notty.. waktu kecik ni biar dia notty puas2 dah besaq confirm dia dah bosan so jadilahh budak baik.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lg mandi kat area KLCC tu, air dia memang cetek lagu tu je ker ? ciann soklan org tak pernah pi.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeheh aah air mmg cetek. bebudak takyah pakai pelampung la. just nice .

      Delete
  4. 1st time dengor mandi kejap2 berwisel, adoiii nak mandi pun stress nanti kang.. hahaa

    ReplyDelete
  5. ehhh baru ingat nak bawak anak sedara dtg sini. terus tak jadi bila baca entri
    ai duduk tak panas bontot kang, stress kena tiup wisel.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. kalau nak dtg kena ikut peraturan dia lah. tapi bingit jugak sbb dia prett kat orang lain, pening jugak hahaha.

      Delete
  6. seronok budak2 dapat mandi ni.jadi xseronok kita je la kalau sikit2 nak kena wisel. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tau takpe. tension betul . prett sana prett sini

      Delete
  7. saya pun suka ikan kerisi goreng..mmg mcm isi ketam kan...

    bestnya cuaca panas2 berendam dlm air..mmg rasa tk nak balik...parking is so mahal kt klcc tapi dtg ramai2 kira berbaloi jg, dari naik public transport ..huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment