orang mengandung boleh makan nenas ke?

Morning semua. 




Last Saturday tak kemana pun. lepas breakfast , mulakan operasi mencampak laundry, lepas tu parents I pergi Segi market tu. paling dekat dan murah. 

I ni ha apesal entah, tiap weekend mengidam masak lomak. memang tambah lemak lah kami sekeluarga. kali ni I request Masak Lemak Nenas. fuhhh 




Aktiviti siang mensiang bagai ni memang kerja Abah. tengok lah alatan dia. Mak cakap Abah over je tau, hahaha. 



lawan pulak dengan Ikan Goreng Sambal. perghh

Bila cakap I mengidam nenas, ramai tanya boleh ke makan nenas waktu pregnant . hurmm I guess I am not the best person to answer this TAPI harus diingat, nenas yang tajam dan boleh menyebabkan keguguran ialah putik nenas/ nenas muda. tu orang cakap tajam. Nenas yang dah dimasak (ie pajeri nenas, tart nenas) shouldnt be a problem.

so far tiap kali pregnancy I memang makan nenas sama ada buah atau yang dah dimasak. tapi nenas ni selalu penyebab I sakit perut -__- so I takdelah amek dalam kuantiti yang banyak. 

I tak berani lah nak bagi fakta apa apa, sebab I bukan medical person. better korang refer pada yang pakar ye. cuma berlandaskan pengalaman I, masa Lihin dulu I taktahu I peknen, tiap hari I makan nenas, minum jus nenas, minum air tebu . nasib takde apa apa T_T

kenapa I kata nasib? sebab I penah baca dalam forum mana entah, ceritanya orang yang cuba nak buat pengguguran haram. so dia makan lah nenas bebanyak. tapi janinnya melekat kuat. tak gugur. cuma bayi mengalami masalah lah. I tak ingat efek kat otak ke atau kesihatan bayi tu sendiri. tu lah kan, kalau dah Dia cakap ada , maknanya ada lah. ya Allah macam rasa bersalah kat Lihin T_T

and baru baru ni nampak orang share , katanya nenas ni mengandungi satu jenis asid ke apa entah yang boleh meransang kelahiran. sebab tu masa awal kehamilan tak boleh makan, kang gugurlah janin tu. (dengan kehendak Allah) . kalau dah sarat dah boleh kot, siap boleh membantu lagi. and kalau period, makan nenas memang akan heavy flow lah. 

bear in mind, kekuatan rahim/ janin tak sama ye. I taknak bertanggungjawab kalau korang makan nenas and apa apa jadi pulak. better check pada yang pakar. kalau rasa was was takyah lah makan. cuma I rasa kalau bab tart nenas macam kurang logic kot -__- entahlah. 



Comments

  1. Mommy cici, amboiii mengidam dia sampai juju baca pun termengidam jugak ni apesal hhahhaha...masak lemak nenas makan sama ikan sambal fuhhhhhhhh tak kisah dah part lemak2 tu mommy cici...

    Okey fakta ttg nenas tu betul gak...apa2 pun jgn brlebihan kan...

    ReplyDelete
  2. Dia punya warna kuning tu amboiiii terliur sunggoh...

    ReplyDelete
  3. nenas tak semua orang boleh makan.
    tu pesan orang2 tua la
    sebab ada jenis perut tak tahan tu... boleh keguguran
    tapi ada jugak jenis boleh je belasah apa-apa pun....

    kalau takut better jangan ambik.
    kecuali yakin perut memang tahap kebal... sokay je....

    ReplyDelete

Post a Comment