rezeki orang mengandung


Assalamualaikum W.B.T semua 

macam biasa, entry dimulai dengan lunchbox hari ni. menu telur lagi. katanya air kena catu sampai Isnin. hadoi

Kan I selalu cakap orang mengandung ni murah rezeki. since pregnant Lihin lagi I dah realize tau. bab makan. adoi dapnya. ada je orang nak belanja. Masa Maira pun sama. 

Today time lunch, one of office tealady offer honey dew kat I. manis betul. beli kat Chow Kit katanya. lama tak jejak sana. kalau dulu setahun sekali je. sekarang lagilah tak pernah. beli pasar area rumah je



Pastu one of the secretary turun bawah beli nasi lemak. sedap tau. portion sikit nak mati tapi sedap. kalau makan dua bungkus tu kira normal lah. heran kan, benda sikit mesti rasa sedap. ke benda sedap selalunya sikit. err sama je lah kan

dia masuk je pintu terus hulur kat I

"nah, bagi baby you makan"

haha suka ayat tu. Dulu sapa belanja I mesti cakap,

"babe I nak belanja anak buah I Johny Rocket"

"jomlah aku teringin nak belanja anak buah aku tomyam ni"

tak kisah lah apa pun, sebab ianya akan melalui tekak I dulu. hiks


Oh lupa pulak, pagi tadi masuk office je another tealady bagi kek lapis ni kat dia. dia tak berapa suka so dia bagi I. I suka betul kek lapis yang paling best of course yang original gtuh. sekarang kan jadah Kek Lapis Oreo lah apa lah. adoi. tapi I jenis telan je janji makanan kek.


Fuhh bukan senang nak dapat nasi lemak dengan daun pisang ni. aroma tu penting. sekarang susah nak carik yang berdaun pisang. eh tapi kan, kalau aroma ada , nasiknya tak cukup lemak tak guna jugak. serupa makan itu nasi daun pisang juga la dey

I kalau makan, memang sambal akan extra banyak sebab I bukan gaul pun. Plus yang ni pedas menyengat. hahaha

So pada sesapa yang risau sangat mengandung tanpa ada gaji besar bear in mind, rezeki tanpa diduga okay, ni rezeki kecik je lah. banyak lagi rezeki. mengandung tu pun rezeki. I bukan nak mengubah pendirian orang cuma you guys should stop menyibuk. Bila cakap mengandung je orang macam 

"wahh gaji besar boleh lah"

I sengih je lah, amin kan aje. untung untung, one day soon gaji I naik 1000 kali ganda, kah, boleh?

again, kalau korang nak berpendapat- taknak ada anak sebab gaji tak cukup ke apa ke. I tak kisah langsung. takde kena mengena dengan I >,< tapi janganlah menyibuk hal orang melainkan orang tu tiap hujung bulan menyusahkan you mintak duit blablabla then baru lah layak ceramah. okay?

nah belanja satu gambor anak dara I , rambut dia I saja dera ikat macam tu hahaha. 
*notakaki: rezeki bukan makanan je. anak tu rezeki jugak. kekadang ada benda kita tak sedar, contoh kereta kita tak buat hal langsung. dah save dah takyah keluar duit. atau mungkin kita rasa dah jalan jauh ulang alik, tapi petrol banyak lagi. eh kita rasa serba cukup lah sebenarnya. bersyukur atas rezeki sendiri dan janganlah persoalkan rezeki orang lain. kita taktahu bahagian masing masing. sekian stazah Cici

*notakaki2: esok plan nak picnic. taktahu lah jadi ke tak. siap merancang menu gtew. kalau jadi I update kat blog  okay. kalau tak jadi I meroyan kat Twitter, sobs

Comments

  1. Ai suka bila kawan-kawan sekeliling selalu cakap
    "takpelah tak ada rezeki anak, rezeki kot lain akan dapat. Rezeki duit sentiasa tak susut, rezeki hidup sihat, rezeki hidup gembira or senang"
    So tak adalah ai rasa loser sangat :p

    tapi bila yang menyampah bila bukan sahabat tu sebokkkk pulak dok tanya bila bila bila... eh kongsi rahim kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul bee. rezeki setiap orang berbeza. kita boleh observe sendiri orang sekeliling kita. mungkin orang tu teringin nak anak banyak, tapi dapat sorang je. tapi asyik dapat promotion la, dapat makan sedap lah. dia mesti rasa envy kat orang yang ada anak ramai. macam tu jugak sebaliknya.Allah tahu yang terbaik utk kita. tak semestinya anak lambat/ anak sikit/ takde anak hidup tak sempurna. sama je yang penting kita redha dengan ketentuan Allah. betul dok. gtew stazah sangat kan I pepagi buta ni. ehehhe. tu lah selalu yg bagi soalan pelik ni orng yang tak rapat. segala benda nak tahu, pastu diam. kalau dia tanya itu ini pastu ada solution yg bagus lain lah kan.

      Delete

Post a Comment