Taman Rekreasi Lembah Kiara, TTDI

Hi korang

I tengah godek PC I. jumpa pic lama. tadi dah type entry pasal makanan. sekali rupanya I pernah letak entry tu . cis. okay now kita layan gambar je lah


Korang pernah pergi taman kat TTDI tu? ala apa namanya Taman Rekreasi Lembah Kiara. Tu port masa bulan madu. Boleh mak buyong terkedek kedek jalan kat situ. hahaha. This time I pergi bawak Cuddlepuff dan Puffy Pie. Lihin baru gagah berlari. sonoklah dia main bola

Tapi tak banyak gambo. zaman freehair lagi. hiks. jenuh la kalau I nak edit satu satu

macam seksa je muka Maira 

sibuk nak tolong tolak adik

tunggu Ocin. 

Memula my parents nak duduk kat gazebo sebab takut burung berakkan Maira >,< hahaha my parents so cute. yelah Maira kan terbaring and ternganga je. kalau burung berak pun dia pasrah je lah. Tapi I insist nak jugak amek picnic mode. Mommy is degil









Memula kami amek port betul di bawah pokok. I dengan Ocin bersantai lah konon dengan Maira. tapi lepas tu I rasa tak selesa. macam gatal/ miang eh taktahu lah . tapi memang tak selesa. tapi takde nyamuk. 

I diam je, rupanya Ocin pun rasa jugak. Sian Maira, mesti kulit dia lagi sensitif dari kami tapi dia tak reti cakap pun :(

kami pindah tempat lain. not so bawah pokok merimbun, tapi redup

I suspect tadi tu entah entah ulat kot. err ulat bulu. eeeiuuuwww





Oh patutlah Ocin macam tertunggu tunggu and gigih bawak kasut jogging. dia dah janji nak jumpa kawan dia sekali lah kot. one of his close friend, live nearby. anak dia tua setahun daripada Lihin. 


besar okay mata dia. ikut mata mak dia lah kot



Lihin ni time ni lah nak tunjuk dia kedekut bola. ceh buat segan betul -__- share la Abang. shareeeee


si Kakuan ni dah kuat berjalan dan berlari


geng bapak bapak bersukan


comel je kaki pendek berlari kedek kedek. hahahaa



I tak ingat kenapa kami balik. maybe sebab hujan kot so semua kelam kabut balik. overall memang best, kalau bawak makanan lagi best. sebab sini takde cafe. ada pakcik truck yang menjual tapi kemain jauh kat main entrance and bukan selalu pun pakcik tu ada. next time nak masak masak and bawak bekal lah. 

and I found this picture




dah kenapa tu Lihin >,<



Comments

  1. dok kat situ sekali bercamping atau picnik syokk tu.. tapi jgn cari tempat ada ulat bulu atau gonggok lagi tau.. naya! hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment