cerita pasal tandas - no picture

Hi korang

I nak cerita pasal jamban boleh?

Masa dulu dulu first time I nampak signage cara squad /sit and Do not litter in toilet bowl I nak tergelak. I was like seriously ? washroom mall okay bukannya sekolah tadika.  Tapi semakin dewasa gituh baru I paham ada orang tak paham bahasa.

First,  toilet bowl untuk duduk. caranya ialah duduk. kalau nak mencangkung atau anda lawas dengan cangkung, sila cari toilet lain. I ada kenal someone yang layak dipanggil aunty, dia kata geli nak duduk so thats why dia suka cangkung atas toilet bowl. 

err seriously macikk? kalau terpelosok kaki time tengah berak tak ke bersepah najis itu? citpodah. okay ni bangsa selfish. you geli nak duduk that is your problem lah. pergi lah beli disposable toilet seat cover. I pun kekadang penggeli tapi dalam masa yang sama I rasa cover tu mahal -_- so I lap dengan tissue je lah nak buat macam mana kan

second, littering.
Hoi janganlah buang segala toknek kat dalam tu. pad/panty liner. I faham ada toilet takde tong sampah. kena keluar dari toilet tu baru ada. means dia letak tong kat sink luar tu lah. so ada orang akan rasa geli untuk memegang pad/panty liner mahupun tissue . jadi solutionnya ialah

KAU BAWAK LAH TISSUE/HAND TOWEL SIAP SIAP
untuk membungkus 'benda' tu so taklah geli pegang

I tension sungguh orang buang segala toknek benda kat dalam tu. yes memang bukan jamban umah I, kalau rumah I memang nak kena hamun tu. tapi kalau clog, menyusahkan. menjijikkan. 

I kalau masuk toilet pastu nampak ada segumpal tissue I seram nak buat biz tau. bukan apa, takut ada 'something' di sebalik tissue. mana tau dia flush tak boleh pastu dia sorok -_- manusia bukan leh percaya. kucing pun pandai kambus balik tanah lepas berak tau

Third, ketepatan. ha ni maybe untuk jantan lah kot. sebab kebanyakkan toilet campur so I akan check sekeliling seat tu, ada tak 'titisan air yang mencurigakan' (pls faham sendiri kaler apa)

Fourth, hide and seek. eh takyah nak hide sangat. kalau korang dah big biz, ada kalanya sekali flush memang tak lepas ye. its normal. tak payah segan. semua pernah jadi or bakal jadi. so setiap kali flush, make an effort untuk tunggu sekejap. adakah 'mereka' betul betul berlalu? atau masih ada yang degil?

kekadang ianya disebabkan water pressure. kekadang injap bebola problem kot. erk keluar Kemahiran Hidup gua. so apa anda boleh buat, kalau ada baldi pergi amek tadah air half pun jadilah pastu 

TUANG KAN. mudahkan :D

atau korang tadah je dalam tangki tu sampai dia penuh and flush again. 

it happen to me once in the office, I tutup dulu pintu tu and lari pergi amek baldi -_- segan hokey nanti kena sumpah. belajar tinggi tapi tak reti flush. oh btw, I blame water pressure. hiks. 

oh I ada pengalaman I nak share. zaman bercinta dulu selalu tengok midnight movie , pastu supper 2,3am pastu Ocin hantar I balik. naik motor lalu highway sejuk okay. nak dijadikan cerita I memang dah taktahan sesangat

turun je Akleh menuju Petronas Ampang Jaya. masa tu kosong je. ada 2 jamban. duduk and cangkung. I prefer duduk, sekali damn ada 'ketulan' pulak. I nak pergi cangkung tapi I dah lah pakai wedges macam mana nak squad and dah lah taktahan. try flush tak boleh plus pressure dia slowwwwwww sangat. so takpelah I lepaskan lah apa yang patut. I try flush lagi, still tak boleh. I'm very sure mine dah blah, yang 'big thingy' tu je taknak gerak

I kata okay lah I nak blah sekali demmm I dengar suara riuh rendah kat luar. macam rombongan. and I'm very sure dah ramai beratur. pfffttt

I dah gelabah macam mana dol, malu lah I. takkan I nak explain one by one

"ohh kak this is not mine kak blablabla"

mesti dorang kata tak senonoh punya budak, pakai dress, kasut tinggi, mekap tebal, bulu mata 3 lapis tapi berak tak flush. maluuuu. tapi I takde pilihan dah. I tutup toilet seat cover tu keluar pintu terus menuju ke motor. I suh Ocin gerak cepat  cepat. mana tau dorang nak kejar I ke kan hahahah

see owner dia memang hampeh menyusahkan orang. grrr next time I sanggup pergi toilet sebelah okay. 

benda ni ialah something yang tak perlu diajar di sekolah. makpak / penjaga dah ajar sedari kecik. dulu masa dok umah setinggan I takde tangki flush tu pakai jirus je , ah janji jirus. tu tanggungjawab sendiri. banyak gaji apak ko baya nak orang flushkan untuk mu?

Comments

  1. hahaha....i pun ada jadi cam tu gak..pastu tutup bowl...tekan lagi...xjugak gerak..end up cabut lah...adoiii..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahahaha blame owner toilet kalau dia tak sediakan baldi kat situ

      Delete
  2. Cerita disebalik "Jamban" hahahahhaa.. Lawaklaaa..

    ReplyDelete
  3. Yup kadang2 public toilet ni memang meloyakan tekak bila bercerita.. tp tulah hakikatnya.. Orang awam satu hal, owner toilet pun satu hal... ada je masalah... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. kita ni kalau tak selera makanan luar boleh bawak bekal. kalau tak selera toilet luar? T_T terpaksa jugak laaa. lagi lagi mak buyung mmg takleh tahan . minum seteguk terus kemut kemut

      Delete
  4. Good entry Mommy Cici!
    Our attitude about Jamban memang macam jamban! HAHAHAHAH!Rindu nye dengan toilet di Jepun. Bersih berkilat..takde bau..balik Malaysia...aduhaiii...menangis rasenye. Kat mane yer silap salah kita semua..pening I dok fikir..how to educate our people..from young to old generation..to use toilet properly. Sobss!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. benda benda basic yg kita belajar sebelum masuk sekolah lagi. tapi dorang ni bukan boleh ditegur. mentang mentang bukan harta benda dornag. cuba kalau kita berak kat umah dorang tak flush >,<

      Delete
  5. Pelik kan dgn orang2 yg takde toilet awareness ni? Eh betul ke term akak gunakan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh jugak term tu kak. benda basic , tanggungjwb diri sendiri.

      Delete
  6. hahaha, memang banyak orang yang takde common sense part kebersihan public toilet ni, i pun selalu kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. tension kan. toilet kena bayo pun still kotor jugak.

      Delete

Post a Comment