Minyak Pengasih | Random

Dessert Time Wondermama Avenue K

Hi korang

Last week, Ocin balik lambat okay. train pun problem so I dengan Dina decide nak jalan jalan dulu lah. Kami dok carik 1 kedai Meltz tak jumpa pulak , tak tahu lah mana dia -_- 

so we've decided to go to Wondermama :D



source: Google

Ni second time I kat sini. dulu pernah celebrate birthday one of my bestie. gigih siap book table, tapi padahal kosong je time tu. Tapi last week, punya lah penuh

Memula waitress tu tanya ," do you mind sharing?" , I dengan Dina okay jelah. lepas tu kami nampak meja panjang macam bar tu so kami minta duduk situ je. bezanya ni menghadap dapur. cuma tingkap dia bertutup so takdelah nampak. cuma dengar bunyi kelentang kelentung. ganas betul abang abang chef masak

waitress mostly macam pinoy. I rasa most of the restaurant kat Avenue K mesti pinoy kan? Tapi chef dia Melayu. dengar dorang dok borak borak kat belakang. 

konsep kena tulis sendiri

tingkap dia macam ni ha
Kami decide nak try dessert je. Plus I dah call Mak I bagitahu mengidam nak makan nasi lauk apa entah time tu so kang dah penat dia masak, tapi balik tak makan mau dia kung fu kan I. hahaha.

Harga? hurmm sebab time tu I belum gaji, so I nak cakap mahal lah. boleh? hahahaa. 

standard harga kat KL lah kot. Nasi Lemak around RM 15+ maybe. Teh Tarik RM 6.90. so murah ke mahal? tak silap I portion dia agak besar. Ocin pernah order hari tu. 

Cendol ni RM 6.90 tak silap I. This is my first cendol by the way. I tak pernah makan cendol seumur hidup I. prefer ABC




Dina's .

She choose Pisang Goreng with Ice Cream. 3 ketul pisang kekecik, letak aiskrim, marshmallow and whipped cream rasanya. Yang ni around RM 8+


Maybe sebab ramai orang, so Dina punya lambat sampai. see cendol I dah cair dah nak flatlay pun tak best. hahaha.

Lagipun macam tak selesa sangat sebab duduk kat kitchen, so dengar waitress dok mintak 

"customer waiting. where is blablabla"

pastu chef jawabg

"coming coming. siap dah ni."

Pastu selebihnya macam bunyi mengajuk je -_-


Pastu tetiba Ocin cakap dia dah ada kat Sephora. terkejut den. terus I telan je. hahaha. dia bukannya betul, kang dia tinggalkan I. naik bus lah jawabnya

Thanks teman I Bee :D 



*notakaki: dulu masa pregnant Maira, I suka food hunting dengan Dina. lepas habis opis hour je I tunggu dia untuk jalan sana sini. at least minum je lah. sekarang dah jarang dah. badan I makin berat maybe. errr

Comments

  1. first cendol?? huhu..my favourite tu..all dessert nmpk tempting..*drooling*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tak penah makan cendol. tapi entah i tak boleh masuk la kak -_- maybe santan / gula melaka dia kot. macam loya + pening.

      Delete
  2. nampak sedaappp. harga pon nampakkk 'sedap' jugak.
    Cakap pasal cendol, if ue berkesempatan la berkunjung ke Kelantan, i highly recommended ue try cendol dekat Rantau Panjang. Pergghhhh!
    Kalau teh tarik tu bleg try yg Teh Tarik Madu by Pak Mat Sup Kepala Ikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah ada kesempatan akan sampai. supposedly pegi hari tu before perhentian T_T tapi semua cancel. btw teh tarik tu penah viral ye? yg berbuih buih tu ke

      Delete
  3. wahh.. cendol tu nampak sedap la dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dessert dia agak menarik tapi I ttap nak ABC T_T

      Delete
  4. wow Goreng pisang with ice cream.. cam sedap je.. Tapi makan kelam kabut ada feel ker? hhaha.. nasib baik tak kena tinggal., keh keh keh :p

    ReplyDelete
  5. U balik kena kung fu tak? hahahaha :p

    ReplyDelete
  6. oooo curi curi dengar Mr Chef sembang ea.. Mummy nak report kat En. Chef la.. hahahaa

    ReplyDelete
  7. Salam, hahah mak oi~ mahalnye teh tarik...ish3..memang tak dan lah nak lepak kat situ yang oi~ hahah

    ReplyDelete

Post a Comment