Family Day 2017

Ikea Cheras

Holla korang

mesti ramai pergi weekend sweet escape kan? yelah cuti panjang. lepas ni ada cuti panjang lagi ke? macam kena tunggu raya je kan.

Semalam I tetiba teringin nak pergi Ikea. I cakap kat Ocin baby mengidam nak tengok perabot, boleh? kah sangat kan. tu lah untungnya jadi mak mak asyik blame anak je. heheheh




Maira's breakfast. Lihin pun macam ni jugak tapi dah ngap dulu

Lihin bukan main eksaited. lama tak jalan kan. dia orang pertama siap. Maira pun dah siap pakai baju cecantik memang taknak duduk dalam cot dah




bertolak dah petang sampai sana around 6pm. Ni first time pegi Ikea Cheras. walaupun ramai suka sebab bila dah ada dua ni, takyah nak travel all the way to Damansara hanya untuk meatballs, tapi ada jugak yang kureng setuju. and and I termasuk dalam golongan kurang setuju. boleh? T_T

sebab pada I, macam dah jadi signature Damansara bila sebut Ikea mesti kat Damansara. tapi now dah ada dua ketul dah. wahduh T_T soon, dia bukak kat JB pulak kan? 3 ketul dah. huwaaa tapi one good thing of course job opportunity la

Dulu kan, I selalu bagi alasan nak Curve sebab Ayam Penyet. yang lain kena setuju la sebab kami rasa tempat lain punya tak sedap. KLCC , Ampang Park,  Sunway semua tak sesedap Curve punya. kalau gerai makcik tepi jalan lagi lah hampeh -__- pastu tetiba bukak satu restoran Ayam Penyet kat Bandar Baru Ampang, which is just 10-15 min frm my house . dekat gila hokeh. so I takde alasan dah nak ke Damansara. 

Pastu I harapkan meatballs je lah. but now dah ada Cheras, semalam Abah kata "next time pegi sini jelah sebab dekat sangat", sobs sodeh I. lepas ni nak bagi alasan apa? Teh Tarik Place sebab Teh Tarik lain tak sama. boleh?
tiang kami takde label pun. so pinjam snap tiang depan lah. benda wajib tiap kali parking okay, kalau tak, sesat

Last I makan meatballs dengan kawan kawan Ocin kot. bila entah. Tapi seriously I rasa macam lain sangat. memang dah tak umpphhh macam dulu ye? time tu I perasan dia dah tukar fries ke mashed potato kan? but semalam I tengok menu dia macam dah bertambah tambah and I makin pening. huwaaa. ada size biasa, size beso. adoi. pening I. 

I suh order 20 bijik je and lebihkan dessert, tapi Ocin tetap nak order 15 bijikx 2 set. sekali hampeh dorang makan 2,3 ketul je. I je kena habiskan . dia bukan taktahu I pantang makanan tak habis. sampai pagi tadi still loya. cis


Lihin lagilah taknak rasa langsung. dia lebih minat dengan trolley tu -_- kek tu dia suka lah jugak. eii nyesal tak amek banyak. sedap. mana cukup oi kek tu nak share



Acara wajib lepas makan ialah jalan jalan kat showroom sambil berangan. start lah berangan 

"eh size macam rumah kita"
"eh agaknya sofa ni muat ke letak kat depan tu?"
"which one better? katil ni ke yang tu?"

kahakh. daripada zaman bercinta macam tu

satu satunya gambo yang proper. susah betul nak amek gambo dengan gegirl Mommy ni

jumpa si Rabbit

masa Mommy dok berangan pasal deco bilik anak bujang ni, tetiba dia jumpa Rabbit ni. dah sudah. dia dok peluk je sepanjang kami jalan tu. hadoi

nampak je cermin I benti amek gambo. I tak puas hati sebenarnya apesal baru 5 bulan dah nampak besau hahaha 



dah tahu Mommy kaki amek gambo, dia cakap 

"mommy amek gambar meow"
(dia sangka kan tu kucing)





seperti yang dijangka, masuk je part kids tu, habis gua. tunjuk bola la itu ini. tapi dia tetap tak lepaskan Rabbit. pastu jumpa Kucing pulak. hadoi. lagilah taknak lepas

Ocin dah fedup melayan. dia suh I beli je. ish jadahla nak beli. anak I tu jantan , takkan nak biasakan dia main soft toy. No No No. duit tu baik I belikan dia cake ke apa ke baju ke. lorry pun okay jugak. 

Terpaksa lah tipu dia, Ocin cakap

"biar Mommy pergi bayar, pastu belikan makanan untuk Meow. sian Meow dia lapar"

dia makan pujuk. tapi dia memang percaya I nak pergi bayar lah kot. cecepat I letak balik patung tu. lepas tu kat tangga dia toleh belakang and nampak I jalan tangan berlenggang. nampak kekecewaan dia mata dia. wahduh syahdu pulak tapi I kena berkeras. Ocin terus bawak dia pergi kete 

Pastu boleh pulak masa kami ( Atok Nanny Maira) jalan, Maira nak sudip -__- bila tarik taknak lepas, dia pegang kuat kuat. memang la I tak kisah sebab mainan pompuan, dia pun suka main kitchen utensil yang betul tapi jadahlah nak beratur sebab benda kecik. beli jugak lah nak buat macam mana

around 9pm jugak sampai rumah. pheww penat hokey

I nak save gambo ni , mana tau dia rindu dengan Meow hahahah

sebab dah kepenatan, I ingat dorang pengsan terus. yelah tengok muka Maira masa kat Ikea tu. masuk kete pun dedua dah pengsan. sekali balik rumah meriah hokey. siap main masak masak berdua -__- jerit sana sini. wahduhh

si Maira taktahu lah asyik ketawa sorang sorang je. agaknya dah lama tak keluar , sesekali dapat tu teringat ingat. boleh?

Lihin suka tinggikan barang barang, sampai terjengket jengket si Maira. hahaha



toodles :)


Comments

  1. memang seronok berangan kt ikea, lepas tu boleh lenjan2 showroom dia..

    tak pernah lg makan meatball ikea ni..sedap nampaknya..

    ReplyDelete
  2. cantiklah u ni yang..xmacam mak orang pun...:)

    ReplyDelete
  3. Akak tak sampai lagi ke Ikea Cheras ni. Sebab kalau diikutkan, lagi dekat dengan yang kat Mutiara Damansara tu :)

    ReplyDelete
  4. Paling suka gambo proper Cici dengan Maira. Cantikkkkk :)

    ReplyDelete

Post a Comment