Family Day 2017

leave your job, love your passion

Morning Tuesday

semalam jumpa superior I time lunch. habis time lunch I dok menghadap dia tau. dok borak pasal kerja, job scope etc sampailah keluar satu ayat cliche yang selalu di-post di social media. gteww

"you have to love what you are doing now. you should have passion on whatever you do blabla"



I sengih je, ternyata I tak setuju langsung dengan ayat tu. yeah bebeh, who is with me? 

ayat tu boleh diguna pakai oleh seorang model dengan ayat macam ni

" I love my job, I love camera I love make up. this is my passion"

juga boleh digunakan oleh seorang chef

" I loveeee food. my mom taught me how to cook since I was 4 y/o. I love to create new taste. food is like heaven on earth"

mungkin jugak seorang pre-school teacher

" I love kids. they are cute, fun. mereka seolah olah kain putih suci blablabla"

Tapi, kalau kerja dalam bidang clerical ni, macam mana nak cakap ada passion? adakah I perlu cakap

" I suka duduk, type surat, ngadap pc 8 jam. ohh my passion"

" sonok buat kerja admin, sambil type surat boleh type blog. dasar makan gaji buta betoi"

" seronok angkat call. I boleh layan bermacam macam kerenah orang. ada yang call tapi tak reti sabo, ada yang call cakap macam nak beromen sampai I kena masukkan gagang dalam lubang telinga, pernah jugak orang salah number blablabla"

fake smile everyday

haihh entahlahh

pada I kan, I kerja untuk cari rezeki untuk anak-anak. hidup di kota yang besauuu ni, gaji suami sorang je tak cukup. eh bukan tak cukup, tak baik cakap tak cukup. cukup untuk keperluan tapi yelah kita ni manusia dari muda sampai ke tua ada anak tekak dan anak mata untuk dijamu.. Duit gaji laki kalau nak beli groceries cukup, tapi adakah hari hari kita nak makan homecook food? sesekali tengak kopi RM20 teringin jugak (contoh), sesekali tengok handbag RM 2k teringin jugak ( contoh ) , jadi kalau I menunggu benda passion I, sampai ke sudah lah I tak kerja jawabnya

errr


I ada kenalan. kenal dunia maya la. sebaya I, tapi tak kerja. katanya dia tak minat kerja office hour and dia malas nak kerja retail. dia nak bukak biz sendiri. modal mana modal? apa dia tunggu entah. dia selalu cakap dia tak paham macam mana I boleh ngadap PC 8.30- 5.30 everyday, compromise dengan office politic blablablablablabla

I cakap simple je. tanggungjawab. anak anak I perlukan I. pastu dia tanya gaji Ocin buat apa?

hamboi sebok ko gaji laki aku pulak ye -_-

macam I cakap tadi lah, laki bini kan, pepandai lah divide tanggungjawab memasing. gaji dia pun bukan 16k sebulan. plus, I ada parents yang perlu dijaga. takkan I nak tadah tangan kat Ocin tiap hujung bulan

"bee, nafkah aku bee. nafkah mak abah toknek jiran jiran"

pastu baru baru ni I borak dengan kawan I tu, dia kata dia kat cc tengah shoot resume sana sini. err pastu baru baru ni dia dah dapat kerja retail. ha tau pun. kau ingat senang ke hidup berlandaskan impian tanpa usaha.




pastu ramai suggest kat I bukak biz sendiri blablabla. soalan yang sama I nak tanya. modal mana modal? dorang kata start dari modal kecik je. okay jom kita buat math jap

contoh, I ada saving 5k. memang banyak cerita yang akan buat kita terinspirasi dengan cakap

"saya habiskan semua duit simpanan saya untuk bukak biz, bermacam benda saya harungi,jatuh bangun blablabla Alhamdulillah kini produk saya dikenali"

X___X


ohh tidakkk. kalau tanya I, I takkan sanggup mempertaruh nasib keluarga I. 5k tu nak repair kete, nak repair umah Mak, ada urusan tanah di kampung pun perlukan ber-K-K. eh memacam lah. walaupun nak sentuh half pun I tak sanggup. entahlah maybe sebab I rasa I ada tanggungjawab and I takde backup. maksudnya orang lain maybe ada siblings yang maybe tak tentu lagi boleh harap tapi takat nak hulur RM 100 tu boleh kot. or maybe parents dorang masih bekerja and mungkin kalau emergency boleh tebalkan muka tadah tangan di hujung bulan.

dah tu I nak mintak tolong sapa?

okay macam panjang sangat, back to the main story, walaupun kerja yang I buat sekarang ni bukanlah passion I pun, tapi I kerja demi mencari rezeki buat keluarga. demi masa depan anak-anak I. oi sekolah banyak pakai duit oi kena simpan dari sekarang.

Bagi I. ayat yang sesuai ialah

" bekerja kena bersungguh-sungguh. bila kita dapat sesuatu tugas tu adalah amanah untuk kita. jalankan amanah dengan sebaiknya"


so janganlah tanya I

"you suka ke kerja you sekarang?

suka tak suka belakang kira. janji I boleh buat and hujung bulan terima gaji. sekian



Comments

  1. betul tu cici...keje apapun pokok pangkalnya utk family...dan setiap keje tu ada kelebihan..u boleh berblog lagi time keje..its ok...just tanamkan minat n aim buat apa lepas ni..savr sikit2..one day mesti u dpt passion yg u nak...nanti i citer ngan u pasal keje i ye..i dulu clerical jugak..nanti i share dlm.post
    bye cici take care baby dlm perut tu..hehe awak sgt comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks dear. family tu macam penguat semangat and motivator kita kan

      Delete
  2. Betul tuuu .. Kerja sungguh sungguh. Sebab kerja tuhhh amanah utk kita :) fighting kak ! Moga Allah mudahkan kerja akak dan murahkan rezeki family akak

    ReplyDelete
  3. Sebab kita ada tanggungjawab, kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi, sebab tu kena kerja, ye dak?

    Boleh je taknak kerja, tapi kena bersyukur apa adanya je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tanggungjawab terhadap anak anak and parents. kalau diri sendiri makan nasi kosong pun takpe T_T anak anak bukan paham pun T_T

      Delete
  4. yes, i agree.. kalau ikutkan, i dah mula rasa bosan dgn keje i skrg ni.. kadang rasa mcm nak try cari keje lain.. tp pikir byk kali sbb dekat sini i dah cukup selesa. benefit yg company bg pun banyak boleh cover family sekali. then keje busy, so i ada masa utk merealisasikan impian i utk fully breasfeeding anak2.. kalau i quit, tukar company lain belum tentu i dpt benefit mcm ni.. so demi family, i masih bertahan di sini dan jalankan tanggungjawab sebaiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. family ni macam satu pembakar semangat untuk pegi keje. baru lepas kena tengking dengan boss, air mata dh bergenang pun tarik nafas and bertenang lagi. kalau zaman muda mudi, maybe boss tu kena balik kot T_T

      Delete
  5. I LUV MY JOB!

    Don't have any reason... don't know why...
    but the sense of love just keep growing in me.
    okay RIP english!

    cuma... cuma..... tak suka kena bangun pagi!
    Not the morning person here

    ReplyDelete
  6. bekerja selagi boleh..utk keluarga & diri sendiri..

    I luv my job..kekadang 9am-9pm..matahari ke bulan..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment