Family Day 2017

Makan Makan di Office

Morning semua

Rasa malas je nak start kerja setelah cuti panjang. err panjanglah sangat. kalau ada orang tanya weekend lepas I pegi mana, jawapannya ...

"pergi peti ais -> bukak -> hampa -> duduk depan tv"

dan I ulang sampai petang. huwaa mencik tau. I siap meroyan lagi kat Facebook sebab pada I cuti tanpa buat apa apa ialah pembaziran. cuti gua dah lah seciput. grrr. no such thing as spend time dengan anak anak sebab semua tidur. grrrr

Okay kan last Thursday I cakap ada makan makan kat opis. Tapi kali ni tea time so semua light je, takdelah se-best dulu kala. jom layan gambo





Lepas je publish entry, tak sempat minum Dina ajak teman amek nasi lemak. see see zaman sekarang, nasi lemak ada delivery okay. tak silap I, Nasi Lemak Saleha ni quite famous kan? area umah I pun ada stall dia, siap dengan banner bagai. kos penghantaran RM 5 tak silap I. murah kan?

kami ni pandang rendah kat Nasi Lemak. kami kata 

"ala setakat nasi lemak, jinjing je lah. takyah trolley bagai"

sekali masa Abang tu hulur, kami dah konfiden lah ada 2 plastic je. each 50 la. sekali hamek kau. ada 5 plastic. dia buat 20-20. errr I dengan Dina dah krik krik

Dina suh I angkat 2, dia amek 3. dia gagah sikit dari I. sekali 2 ,3 langkah dia dah tak larat. lalu I tunggulah tepi tu sementara dia pergi amek trolley. ha tu lah next time jangan pandang rendah kat nasik lemak ni

masa I tunggu tepi Stabak ni, setiap orang yang lalu akan tengok I atas bawah. maybe dorang ingat I tengah menjual kot. dengan perut boyot bagai. hahahha. kalau orang hulur duit, I jual jelah. kahkah


Naik je office terus siap siap. kena susun kuih bagai. sediakan plate. 

Office kitorang memang celebrate birthday babies setiap 3 bulan. supposedly I termasuk this time tapi malas betul nak bangun tiup lilin. 


Masa kami dok amek amek gambo , ada sorang boss department lain masuk 'melawat' makanan. dia tegurlah kami busy nya amek gambo. superior I cakap lah dia amek for record purpose. I dah blur lah kalau dia tanya I nak jawab apa pulak kan.pastu boss tu dengan slumbernya amek gambo jugak sambil cakap

" ohh I take photo for my instagram"

hahaha kan bagus jujur camtu . senang hidup. hiks

nasi lemak . ada lebih kurang 15 yang lencun. maybe minyak. maybe wap peluh ke. boleh je makan tapi tak cantik dihidang lah. so apa lagi masuk mulut la ahahha

yummy kuihh lapis tu. sedih this time takde kuih talam



sedappppppp

kole kacang ek namanya? I tak makan kuih. sebab I tak minat segala jenis bean bean kot. 



happy birthday in advanced to me

Tunggu tunggu briefing takde. makan dulu. pastu lepas makan baru ada announcement, tak best punya news. ceh. dikaitkan ekonomi dunia sekali. dah lah malas amek tahu 

*korek tabung diam diam*

mak buyong makan ni je. ingatkan nak tambah 18 pinggan lepas briefing tapi sebab bad news terus terbantut selera

lunchbox I hari ni. hehehehe


Till here everyone, toodles <3




Comments

  1. ok..semuanya nampak menyelerakan..setiap hari i trnanti2 post u...u cuti hari tu meroyan i..hahhaha..ayat sangat tau..i suka semua menu u..next time bekal lebih..i dtg opis amik....haha..u next time jgn angkay berat2 hakta hanya angkat nasi lemak...hokey...babey..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi sweet sangat dah ni. nanti kalau jumpa you I upah gula gula Lihin boleh =p ha tu lah, tapi bukan semua orang paham babe T_T

      Delete
  2. wahh yg bertingkat2 tu yg sedap tu.. salam perkenalan dr mama jue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal mama Jue. yummy. haah bila tengok balik gambar telan air liur je

      Delete
  3. meriahnya makanna..
    byk kuih muih tu..
    rezeki..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah rezeki. pastu ada extra boleh tapau, rezeki orang dirumah jugak.eheh

      Delete
  4. syokkan sekali sekala makan2 camni kt opis.anyway...bad news is everywahere skrg...haha especially dlm oil and gas mcm kami ni.. :(

    ReplyDelete
  5. sedap2 semuanya..termasuk lunch dlm box tu...nyum,nyum..

    ReplyDelete

Post a Comment