menghina ciptaan Tuhan

I jarang cerita pasal retis. tapi nak jugak cerita kali ni. 

korang tahu kan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu dah kahwin. Alhamdulillah. pastu orang dok kutuk wife dia pulak. erk -__- motif kutuk wife orang

korang boleh refer kat page Beautiful Nara untuk cerita selanjutnya. kelaka okay baca rakan rakan artis backup si Hafidz tu . comel je memasing. 

source: Beautiful Nara

I bukan apa. memang lah I takde kena mengena dengan artis tu mahupun wife dia tapi iolls terasa tau sebab orang selalu cakap I dengan Ocin ni macam kakak dengan adik. maklumlah, ammi ittew tu renek orangnya. err ampun bee. tapi actually renek tu maksudnya dia taklah macam tiang lampu, kami sama tinggi. atau dia lebih 1.2 inch kot. hahaha

I memang tak suka lelaki tinggi. Macam tiang lampu -_- ex ex I semua standard size je. I taknak rasa tercabar kalau boyfriend tinggi sangat, gituu

I taktahu lah apa orang cakap di belakang I, tapi depan depan selalu orang akan cakap kakak adik. macam

"weh kau jalan dengan kakak kau ke?"

"cici bawak adik jalan jalan ye"

tak ke biadab? tak kisahlah gurauan belaka ke apa ke sama je biadab, tapi kami melayan je lah. sengih ke, iyekan je. 

pernah sekali time peknen kan Lihin, lepas terowong Penchala tu ada roadblock tau. selalu kot kat situ ada. pastu dengan roadtax mati bagai. masa tu pikir habislah bertambah koleksi saman kami. pastu salah sorang polis, senior sikit daripada yang memula tahan kami. dia tanya

"eh ni akak ke?"

Ocin sengih je

"amek akak balik keje ye?"

I pulak sengih

"mehlah naik dengan Abang, motor adik bukan best pun, motor Abang laju sikit"

I sengih sengih je lah. pastu, pastu tak jadi saman. kahkah. -_- tak kisahlah janji selamat. 

Ocin dulu pakai topman yang fit tu size XS. baju apa entah dia pakai women pun sampai salesman tu dok ulang this is for ladies blablabla. jeans pun dia ada pakai pompuan punya. janji muat kan. tapi sekarang dia dah membesar dengan cemerlang rasanya. hari tu pergi tailor tempah seluar untuk Hari Pekerja, pinggang kemain lebar sampai I ingatkan tu suar Abah, hehehe

ada kena mengena ke cerita I dengan cerita artis tadi? err takpelah kesimpulannya janganlah mengutuk / mempertikaikan pilihan orang. cantik kat mata kita tak semestinya cantik kat mata orang. Ingat taste setiap orang tak sama. 

ada orang suka lelaki mix, ada yang suka muka maskulin sebab katanya muka mix and jambu ni macam bukan lelaki je. ada yang suka perempuan kurus tapi ada yang anggap pompuan kurus ni macam papan, prefer chubby tembam. tapi pada I, kalau kita dah suka, itulah yang cantik sekali. itulah yang sempurna sekali. ala macam cerita ex I tu lah time suka kemain hensem jambu air kau. sekarang. err opkos la laki I hensem hiks

*notakaki: tapi pada I, perempuan perampas yang meruntuhkan rumah tangga , menghancurkan hubungan orang tanpa ada perasaan belas kasihan, perbuatan sengaja (maksudnya memang dia dah tahu jantan tu berpunya tapi dia nak jugak blablabla) itu bukan saja perangai huduh, malah rupa pun macam selipar je sebab tu tak mampu carik lain. nak hak orang jugak.- yang benar persatuan pejuang hak isteri. *pengsan*

ada sesapa nak cakap I Bigshow ke? 


Comments

  1. mulut org mmg susah nak kawal. kadang2 pelik kan org yg suka maki2 dan kutuk2 org sesuka hati.. mcm la dia tu super perfect.. tak suka tau..huhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Laaaa mana komen i tadi..punya panjang terhilang...bythe way....nak tulis balik..kalau kahwin kahwinlah dengan orang yang sayang kita lebih..bukan kita lebih sayangkan dia..rupa apalah sangat....esok2 kerepot gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....

      Button like mana...

      Nak like ni

      Delete
  4. asyik main mouse,,terus terdelete..kuikui... sberblogging sambil menunggu dijemput....ni je ada masa..mata pun berpinar-pinar

    ReplyDelete
  5. yang..minta email u...ada soalan sikit nak tanya ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sekarang akak memang takut nak baca komen2 orang kat blog hiburan. Mereka mengutuk terang2an, guna bahasa bukan2,...sedih fikir mentaliti masyarakat kita yang begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak baca kak...

      Sengal...
      Buat bnyk dosa...

      Tv3 tu pun kalo blh sy nak shit+alt+del...

      Tp x blh... dia wujud gak kat situ... huhuhu

      Delete
  7. tak phm dgn manusia nie.. nape laa nak hina ciptaan Tuhan.. lg 1, jodoh cinta suke tu tak pandang paras rupe.. haishhhh

    ReplyDelete
  8. kan..i pu tak faham spesis manusia camni.

    ReplyDelete
  9. ade jugak ternmpk org kutuk wife die..haihhh, biau ler kan..dh suke..dieorg jeles lettew..hehhe..

    kite pulak lain kes..yg suke kutuk kite somi kite sendri..huwaaaa...die tingggiiiiii...6kaki lebih..pastu suke kutuk kite rendang bile x sampai nak capai barang yg letak tinggi..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. org Malaysia dh jadi mcm US, Korea..obsessive dgn artis sampai personal life pun nk kacau..huhu..sesuka hati je mengutuk bini orang..jodoh dh Allah tentukan...

    ReplyDelete
  11. cantik tu kan subjective ...kat mata kita cantik belum tentu mata org lain nampak cantik kan ? huhu

    ReplyDelete

Post a Comment