Random Thursday- 190516

Hi korang!!!!

biasanya sapa potong kuku si manja korang ye? dulu kan I takut betul nak potong kuku depa. kuku sendiri pun Mak I yang potongkan sampai besar, ni nak potong kuku si kenit. memang idak ler. sanggup pakaikan mitten tau tak -_-

pastu bila Jue datang( kawan I yang belum ada anak tapi sangat pandai handle budak hokay), dialah yang tolong potongkan. pastu Mak I pun belajar atau dengan kata lainnya beranikan diri potong. but opkos kena on semua lampu, duduk bawah cahaya mentari and siap pakai glasses. risau terkepit. 

Pastu tugas tu beralih kat I. I ni dahlah pemalas, pelupa pulak tu. eheh. kekadang sampai calar calar muka dua ketul ni. kaki sampai melecet sebab kuku panjang. 2,3 menjak ni Ocin dah amek alih tugas I. dia dah fedup kena cako dengan Maira lettew. ahahah tapi see dorang sangat behave dengan apaknya ye. 




Ahad lepas dapat aiskemmm. tau tak dah berapa lama I teringin aiskem potong/ aiskem goyang pun boleh. tapi Ocin taknak layan sebab dia tahu tu alasan I nak jalan. kahkah dia dah baca segala tipu daya I. 

I cakap dengan dia nak aiskem potong. dia kata nanti carik kat speedmart. I cakaplah taknak I ngidam aiskem potong Tesco Damansara. terkujat dia. hahaha nampak tak helah I nak berjalan. patutlah si Lihin pun mengikut. memang idok lah dia nak layan. 

Pastu I pusing cerita. Nak makan aiskem goyang kat Danau Kota. padahal pasar malam bawah flat pun ada rasanya. ahh taknak. rasa dia lain. hiks sudahnya dua dua gua tak dapat. 

Hari tu pergi Hero Dagang, nampak aiskem ni dia suh beli. okayyyyyy. murah kan. aiskem potong RM 0.90 and King's tu RM 1.35 sen. eh nyampah lah sekarang beli roti ke apa ke mesti ada 5 sen . pastu gua ada banyak duit 5 sen. cis



Maira ni I taktahu nak klasfikasikan dia sebagai ganas atau lembut. kekadang I rasa cara dia. lintuk liuk dia sangat girly. sangat lembut of course nak compare dengan Lihin. tapi kekadang Ya Rabbi ganas okay. kalau dia tak dapat something dia jerit je. dia tarik rantai Mak sampai tercekik orang tua tu -_- mainan I beli dia pijak je T_T

I memang risau kalau anak I ganas. I dibesarkan sebagai seorang yang sangat 'gegirl', pakai baju kurung atau dress sahaja. no jeans. dress kena kembang. kasut mary jane, socks ropol ropol, pakai cekak reben besau. eh semua yang girly lah.maklumlah anak tunggal. takde influence keganasan langsung

si Maira ni pulak kena coop dengan perangai Lihin yang ganas tu. Lihin pernah baling kete besi (hotwheel) kat kepala dia and dia tak nangis pun -_- kekadang dia balas dendam, dia lepuk Abang dia balik, terus nangis. patutlah officemate I cakap anak anak I macam terbalik je identiti nya . ish janganlah gtew. nanti dapat adik boy, agaknya Maira sayang adik ke atau dia yang buli adik sebagaimana dia kena buli dulu? =_=

I kan jarang mandikan/ cebokkan bebudak tu. pastu ada sekali I cebokkan dia, dia dengan lemah lembut toleh belakang. macam risau apa berlaku kat bontot dia. hahahaha

Sekarang kan musim mango ni ha. dari sehari ke sehari I nak beli tak dapat. kan I cakap Ocin ni jenis malas menyinggah. so hari tu I dengar orang jerit jerit jual ni ha. pandai kan marketing dorang. tau hari Ahad ni orang malas nak keluar rumah, dia datang area flat and pasang speaker so Abah pun turun beli

Tapi actually I bayangkan mango kuning pepanjang tu. rupanya ni ha mangga lemak manis. I suka jugak mangga cenggini selalu beli kat bawah opis. 3kg RM 10 adalah 18 bijik kot. memula I rasa macam banyak gila siap plan nak bawak pegi  opis la apa lah. sekali si Lihin makan laju gila. dia memang suka buah. segala jenis buah kecuali durian *geng Mommy* tau tau je dah tinggal sikit. ceh

that day dia makan mango la, oren la, watermelon lah. pastu berak. bagus punya budak -__- pastu dia sibuk ngadu sakit tekak la sakit perut lah. 



Last Saturday pergi wedding jiran. anak dia yang keberapa entah I tak ingat. kat dewan JKR tu ha. besar jugak dewannya. meriah

walaupun anak I kecik lagi, I dah terfikir macam manalah nak menguruskan wedding anak anak ye -_- wedding I dulu buat kenduri je. apa haku pedulik janji kawen. nak diikutkan kenduri pun taknak buat. dah akad sudah. ahhaha gelojoh betoi. tapi sebab kan Mak Abah kami buat jugaklah. 



lunchbox 170516-  sandwich ayam for bekpes and ayam masak lomak for lunch
lunchbox 180516- Ayam Masak Halia


setakat ni jelah sorotan seminggu I rasanya . 

Comments

  1. Perempuan memang suka cari alasan nak keluar pergi shopping complex walaupun bukan ada benda nak beli pun. Saja nak cuci mata. Haha

    Dasyatnya maira tak nanges kena baling kete besi.

    Makanan lunchbox akak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh kan. janji boleh jalan. carik je alasan apa apa

      Delete
  2. Tudiiaa nak makan ice cream je penuh alasan.. hahahaa

    ReplyDelete
  3. akk pun kureng sikit durian2 ni..tapi kalau buat kuah durian, mmg laju je makan..

    Maira ok, kdg2 jd gegirl, kdg2 kena ganas sikit (esp bila kena buli dgn boboi)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada orang jenis macam tu kan. tak suka durian tapi suka tempoyak or sebaliknya. hehehe

      Delete
  4. mangga lemak i suke jugak..hahaha selalu beli then letak asamboi...fuh~~
    Tugas potong kuku anak memang tugas semenjak anak lahir.haha..suami i nan hado.takberani.kalau ye pun dia potong macam xpotong gayenye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe haah selalunya mak mak la yg kena beranikan diri. walaupun kita sendiri tak berani. kecik sangat jari tu risau nak potong

      Delete
  5. Anak tunggal rupanya..patutlah rupa manja..lunch box tu buat extra boleh..i dtg opis u beli ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. eh babe opis kita dekat ke?

      Delete

Post a Comment