Family Day 2017

Random Thursday- 260516




Hai hai hai

Sabtu petang tetiba keinginan makan kuih kaswi membuak buak. korang pernah rasa tak perasaan tu. macam terasa rasa kat tekak. memang boleh buat bergaduh lah. I mintak Mak belikan. patutnya ada akak tu jual kuih dari rumah ke rumah dan dan hari tu tak dengar suara dia. so Mak pegi umah dia. sobs dia belum start buat. so nak taknak kenalah menunggu esok paginya


Beli groceries di akhir bulan, ternampak aiskem. macam dah lama je umah kami tak beli aiskem mangkuk besar tu. asyik beli sebatang sebatang. total harga sama jugak. impian I nak ngadap 1 pin tu sambil tengok tv, ish takleh jangan tunjuk contoh buruk kat anak anak. so kenalah bersabar makan sikit demi sikit dalam mangkuk kecik

dulu masa pergi 1 kem, ada game makan aiskem paling cepat tau. memula orang ingat makan sayur so semua taknak masuk and tolak kat I. sekali rupanya makan aiskem daa. memang pantaslah I makan. tak cukup sudu, I makan aiskem pakai tangan. sejuk beku je rasa kepala otak I. kami menang rasanya. 



Ahad lepas agak huru hara. macam biasalah atok nanny takde umah, tunggang langgang semuanya. lenguh kaki I dok masak kat dapo. hasilnya ; ayam goreng kunyit, telur goreng and sayur campur. tapi Ocin tak selera makan. I pun makan telur dengan kicap je kahkah. Abah balik dia rasa sayur tu dia kata mentah -_-


Gatal pulak nak selfie. I rasa I dah start mengembang. yes, kali ni memang 'kembang' awal dari yang sebelumnya. kalau zaman Lihin I berlagak boleh pakai jeans sendat masa 6 month, boleh melompat berlari  main badminton, dah 7 bulan pun orang ingat 3 bulan, sekarang hamek kau. belum apa apa perut terkeluar

bezanya sekarang dengan image baru, I pakai baju longgar. so automatic taklah berapa nampak sangat. tapi diri sendiri tahu lah T_T semua seluar tak muat.

baju ni I selalu pakai masa dah sarat Lihin dulu. pastu bila dah beranak I suh Mak simpan dalam box, I cakap mustahil lah I nak pakai lagi. siap mintak mak pack kan, nak derma kat orang sebab still cantik tapi I taknak pakai. sekali weekend hari tu suh Mak punggah balik semua benda. gua dah takde baju oi

Mak kata 

"patutnya kau kena beli baju ngandung start dari Lihin"

I jawab

"ala Mak, mana lah tahu nak mengandung lagi. Ingatkan Lihin satu je"

-_-


Ni la peberet Lihin. Oggy & The Cockroaches. Tapi dia panggil Jeja. mana dapat entah. dia kan suka sebut lain dari tracknya hahaha.

I dengan Ocin pun suka kartun bisu macam ni. Pada kami, kartun bisu lagi kelakar. ala comedian pun sama macam Charlie Chaplin & Mr Bean. takyah dialog, gerak geri dorang pun dah kelakau.  


Kan kecoh yang Malindo promotion RM 9 tu. saja lah check tiket pergi balik LGK siap kira baby lagi tu. pap. I is terkezot uolls. Admin fee dia jadah sangat tau. hahahha 

Malindo




suka and setuju

Selasa tu balik umah terkujat I tengok apak I beli bungkusan besau ni. ahaha tapi murah kan RM 8 + je kot ada 40 biji. dapat murah sebab beli kat kilang roti. Lama dah kilang ni. dulu masa kekecik kami selalu beli roti krim. beli banyak banyak dah macam mamak roti dah. sebungkus besar  yang macam mamak selalu bawak tu, pastu belilah 2,3 flavor.

I teruja tengok kazen I selalu buatkan untuk anak anak buah dia. masa I PLKN pun dia siap bekalkan burger telur untuk 1 dorm  I. imagine berapa banyak hahaha. tapi janganlah expect dia macam roti burger yang siap ber-bijan bagai tu. I rasa ada je burger stall pakai roti macam ni. I mean yang jenis murah. and sedap di makan waktu panas. kalau dah terdedah lamaaaaaaa kena angin tu macam keras sikit. tapi bukan keras takleh makan ye. cuma tak berapa enak la


maka terus lah I sediakan bahan buat burger untuk bekpes. cuma takde salad/ timun. malas nak pegi beli. Lift kat sini rosak, tinggal 1 je. haiyooo. seminggu dah. 

hari tu lagi lah time nak pergi kerja dua dua lift tak jalan. mampuihh aihh . nasib waktu balik tu okay. and I paling risau kalau I tengah sakit nak beranak and lift rosak T_T huwaaa 


taraa. extra mayonis and sos blackpepper of cozzzz

My mom kan jual kuih tart and makmur. pastu I dok request nak makan tart tak dapat dapat. -_- tahun lepas dia dok buat untuk order je tak cukup tangan. sobs sodeh I

balik balik semalam sampai je pintu, I terbau satu bau yang familiar tapi dah lama tak bau. errr TARTTTTT NENASSSS. ahhaha eksaited iolls dengan handbag I bawak ke dapo =p

Pastu masa peknen Lihin I request kat Mak nak tart besau tapak tangan. I penah nampak dalam tv tak ingat lah chef wan ke apa ke. tapi memang besau. tapi Mak tak mau layan I. this year baru mak buatkan. hahaha wehuuu




see, besau kan? Mak buat seketul je, so I belum makan lagi. sayanggg



Lunchbox

lunchbox 240516
lunchbox 250516. ada plastic sebab bawak pegi foodcourt Ambank makan kat situ. hehehe nak ekon
lunchbox 26-516 paprik ayam & telur dadar. Ya Rabbi, gua bawak senget. habis berminyak kat tepi


Comments

  1. 😊👍👍 memang mek pn suka kartun si oggy tu. Yg lunch box tu mek dari dlu tringin nk msk before pegi keje, sampai skarang tak menjdi 😔😔 mek pn suka aiskrim sgt. Time pantang, curi2 mkn 😂😂

    ReplyDelete
  2. Hi Mek. masak sebelum pegi keje memang harapan T_T ni semua lauk semalam, panaskan je. ada je orang jenis suka masak yang baru, tapi kena bangun sebelum ayam jantan bangun ler T_T

    err time pantang curi makan >,< hamboi, ni nak tiru utk next pantang. kalau mak tanya, nak cakap "ada je orang buat camni" =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 mek try sudu kecik je. lpas tu rase cm xde ap pn. mkn smgkuk. lpas tu dh nmpk ok, hbis smgkuk tmbh lg smgkuk. mek pny spouse cm ok je, siap bli pulak perisa lain. mek ap lg, hadap je lerrr 😂😂

      Delete
  3. sedapnye kuih kaswi...tetibe mcm tingin la pulak..skang nie susah nak carik kuih kaswi yg sedap..selalu beli lg byk rase kapurnye..potong betul..

    foodcourt ambank????..adakah ofis kite dekat2 je sebenarnye????...keje kat megan avenue II ker?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul dear. susah dapat yg sedap. rasa kapur pastu keras. yang ni okay lah just nice. kekadang keras jugak. ikut mood penjual kot ahha

      err haah >,< awak di sini jugak ke?

      Delete
    2. ehhh keciknye lahai..kite kat block c..ngeeee..

      Delete
    3. ohh kita block B :D entah entah pernah terserempak kat food court ke fountain ke =p btw block C lift dia -_-

      Delete
    4. Tuh la..xmustahil kalau terserempak cume xperasan jer..hehehe..tau xpe..lift block c mmg sesgtttt menguji kesabaran..belum cite dgn keramaian org lagi..tp nasib baik la comp kite ade dept yg pintu belakang boleh tembus block b yg turun dekat kedai mamak tuh..kalau lift block c problem guna block b punye lift..hehe

      Delete
    5. err yeke.lift kita pun turun kat kedai mamak tu >,< btw kami ada dept block c. dorang pun selalu pakai pintu belakang hehee.

      Delete
  4. Ya Allah hari ni i pose..tengok post makanan hari ni terkulat2..semua nampak sedappp sgt..haa byk2 selfie ya..sbb wajah awak mommy yg cute..lesung pipit tu mahal..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahan babe sabau baru 2.54pm ada few hours more . ehhehe tengkiu. menu apa berbuka nanti?

      Delete
  5. Salam perkenalan jugak cici ... =) ... Semua gmbr makanan tue membuatkan saya laparrrrr~ hihihi ... Kannn... Hari tue kecoh jugak dkt office saya , pasal malindo . Tix murah tapi tax mai aiiii... Hmmm ... Nway , tq singgah and follow nadia di blog nadia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dorang punya advertisement misleading lah. i rasa air asia is better. walaupun ada hidden charge tapi takde lah jauh nau bezanya :)

      Delete
  6. perghh, makan aiskrim dgn tangan..hihi..mcm mkn nasi la kan..burger pasar malam selalu guna bun mcm tu, maklumlah murah, bila sejuk, dah x sedap dimakan, tapi telan jg...hihi..

    sedapnya tart nenas mcm tu, tat bunga..kurang suka yg gulung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh haah kak mcm makan nasi. fuhh sedap. nak buat lagi tapi kang anak anak ngikut pulak. =p

      oh sama lah kita pun suka bunga. tak gemar yg gulung. ada org suka gulung lebih kemas and kurang manis katanya

      Delete
  7. Salam, hahahahahahaha banyak i nak komen td, tapi dah lupa langsung bila makin scroll ke bawah..so i yg igt hanyalah kuih tat sebesar pelempang tu...gila besar!! hahahah

    ReplyDelete

Post a Comment