Roti Sosej Blackpepper

Morning

Fuhhh Wednesday dah oiii. selalu kalau dah lepas Rabu ni, laju je nak ke weekend. hehehe.




Today terlambat bangun. kelam kabut lah I prepare. masih tak dapat idea nak breakfast apa. ahh taram je lah. I kena habiskan Gardenia I, esok expired -_- so mari kita me-roti 

ROTI SOSEJ BLACKPEPPER

*sosej - gril, potong dua
*mayonis
*blacpepper sauce
*telur
*roti of course la

CARA-CARA

1- campur kan mayonis dan sos blackpepper 
2- masukkan sosej ke dalam roti. Gulung
3- pecahkan telur ke dalam mangkuk.
4- celup roti ke dalam telur
5- grill

*I prefer buat 1 by 1, so ada 4 ketoi roti, 4x lah I buat satu satu hokeh. 





TARAAAAA

macam biasa yang ada sos adalah Ocin punya. I punya tu macam gelap sikit, sebab memula letak butter kat grill pan. tak payah pun takpe. lagi cantik hokeh







dalam dia. fuhhh makan panas panas. dengan mayonis meleleh. ni kalau ada cheese lagi umphhh ni. I belum ajar bebudak tu makan cheese lagi kecuali Red Velvet Cheesecake je. dah 1 hal si Lihin dok 

"mommy nak red bebet" 

-_-


akhirnya 7.40am baru lah mandi. mana nak kejut laki lagi, nak iron baju lagi. wahduh . nasib baik untuk bekpes Abang, Mak tolong buatkan kemudian. memang tak sempat. 

Nak tahu penyebab I mengantuk?

I tidur awal. tak sempat Isyak lagi, around 9pm dah terbongkang. Pastu terjaga dalam 1.30am dengar 'beburung' berkicauan. Ingat apa macam kecoh, rupanya anak anak gua gaduh. boleh gaduh tengah malam buta. 

I teman Abang minum susu, Abah layan Maira tengok tv. pastu selesai solat apa semua I buat Milo, si Lihin kebas. I layan tengok katun dengan dorang sampai 3am. 

Pastu I dah taktahan. lapau. mak buyung konon nak diet, harapan lah. so I buat Indo Mee. si Lihin pun sibuk nak.

nak dekat kul 4am baru lelap. Ocin lagi bagus, lepas Subuh balik cc -__-


btw semalam one of Japanese Intern ada bagi makanan dari Jepun lah. selalu orang bawak cokelat, ni apa benda entah. My colleague kata macam dumpling. luar macam tepung dalam tu inti kacang merah. yang ni original kaler putih. ada yang ijo tu ada green tea.

I gigit sikit. ermm manis jugak. tapi entah tak kena dengan tekak. agaknya sebab tu lah dari sekolah rendah , since tengok anime Cardcaptor Sakura I selalu doa nak tinggal kat Jepun, tapi tak kesampaian. maybe sebab tekak I memang dasar Melayu kot. I ni selalu mengaku Jepun celup lah, Jepun murtad lah. tapi hampeh sushi pun tak makan. -__-


Till here, toodles

Comments

  1. seronok kalau pagi2 dapat bawak bekal utk breakfast kan.. simple2 pun jadi la janji kenyang kan..

    ReplyDelete
  2. Rajin sungguh ibu lihin dgn maira ni buat roti sosej...sedap yer lahai...lauk atas sekali tu pun sedap...geng bawa bekal!

    Cici tidur awal mesit penat kan...hehhe pastu sambung tido jam 4 pagi mmg waktu tu paling nyenyak tidur sampai jam 10 pagi tau...penah rasa dear hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan semuanya. Terus akak lapar.

    ReplyDelete
  4. Mommy tolong pindah sblh rumah i plisss... hihihi...

    ReplyDelete
  5. New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters LOSE 12-23 Pounds within Just 21 Days!

    ReplyDelete

Post a Comment