Family Day 2017

video Lihin and Maira terkedek kedek

Morning korang

I dah takde idea nak masak apa sebenarnya. I rindu nasi lemak tapi malas nak tunggu turn beli. biasalah , nasi sedap mesti ramai orang kan. lagipun Ocin jenis malas nak benti. isi minyak pun malas. banyak kali hokey kami hampir kena tolak motor sebab dia bajet boleh cukup. jangankan motor, kete pun penah buat macam tu jugak. wahduh

By the way, ni lunchbox I hari ni. tomyam ayam. I mintak Mak I gorengkan telur sementara I siapkan bekpes. dia konfiden buatkan mata kebau. ada ke orang makan mata kebau dengan tomyam? ah tibai je lah. Tu I punya. Ocin amek telur dadar. sorang sebijik telur sehari, naik kolestrol. eh yeke? 

Bekpes I dah sental kat umah. Tak suka lah roti pita brand ni. dia nipis, asyik terkoyak je -_- takde brand lain ke? I tengok memang semua dok pakai brand Mission tu je. oh this time inti I letak nuget tempura potong kecik kecik  + tomato potong kecik gaul dengan blackpepper sauce and mayonis. 1 nuget je untuk roti pita. gorengnya 10. hahah so I bagilah extra dua untuk makan cicah mayonis. 

Yang lebih I bagi Abang buat bekpes sambil minum air sirap sejuk sambil tengok Didi & Friends





close up sikit. 

Tadi I bangun before  6.30am meriah gila rumah. macam malam raya pulak. bebudak semua bangun awal. Ocin and Mak pun dah bangun. -_- I dah lah mamai, si Lihin tengok I dia cakap

"mommy, nak duit"

*pengsan*

woi budak 2 tahun 11 bulan mintak I duit? hahahhaa. sebab selalunya kalau dia dok merengek nak aiskrim or gula gula kat Nanny ,Nanny cakap

"nanny takde duit. pegi mintak Mommy"

kalau pergi lepak mana mana, Ocin pun akan cakap 

"pegi mintak duit kat Mommy"

so budak tu dah letak mindset Mommy-> duit-> duit -> Mommy

Tapi bukan boleh di ajar. I cakap I pergi kerja dulu, carik duit nanti dah ada duit baru I balik beli gula gula.

actually dah beli stok dah. ala gula gula macam sugus tu. tapi kami kena sorok. bagi dia dua bijik je. dah lah gosok gigi asyik telan ubat gigi je, pastu dok makan gula. kang kekecik dah rongak

semalam kan I post gambo kat padang. I blur macam mana nak upload video . ahahha maklumlah blog 5 tahun lepas ada lah letak, blog baru mana ada letak video lagi. so I berjaya jugak akhirnya. tengoklah dua ketul budak ni berlari-larian. Lihin suka sakat adik dia, pastu si Maira gelabah nak lari. hehehe



btw I jumpa ni kat page Friends of BN. kelakar tapi maksud mendalam. lagi lagi bab besarkan dapur tu. 

credit: Friends of BN's page 

Dear Mak,

akak tak dapat besarkan dapo Mak, sebab umah kita tingkat 6 nak sambung celah mana. Tapi nanti akak letak benda best best kat dapo. contohnya makanan sedap. boleh kita memperbesar badan bersama. heee

Comments

  1. comel dak dua org tu..hihihi.... sebenarnye terliur tengok close up kebab pita tu :)

    ReplyDelete
  2. sedapnye tomyam....alaaa ade video tp xleh nak tgk..opis block..kedekut betul tau...

    ReplyDelete
  3. sedih plak bila terkenangkan mak di kampung....

    ReplyDelete
  4. suka kebab roti pita..dulu buat sumbat daging burger, buh mayo..style jual kt pasar mlm..hihi..

    *ringankan kerja mak di dapur..cdg beli periuk Noxxa, airfryer..tapi mak mesti nk guna dapur tradisional jugak..

    ReplyDelete
  5. wahh nak berguru dgn u mcm mana nak upload video ke blog boleh?bytheway 27.5 u free x...i nam invite campaign event

    ReplyDelete
  6. tak dpt tgk video sbb kat ofis ni segala mak nenek video kena block...grrrrr...
    hahaha lawak la yang pasal ibu tu...tang wasap tu betul sangattttt...hahahahaha...

    ReplyDelete
  7. hahahhahaa pandai abg Lihin nyakat adik dia si maira tu...tergedek2 maira lari...syok lah anak sepasang...nak jugak...tp rezeki belum sampai huhuhu

    ReplyDelete
  8. tang minyaktu cam akakjer... suami akak ok memang separuh pun dia dah isi... akakni memang asyik kena kutuk ngan suamijer...
    ehm baguih bawak bekal jimat belanjakan... lagipun sihat makanan dibuat dengan kasih sayang

    ReplyDelete
  9. sama la. beli roti pita brand mission tu pon asyik terkoyak

    ReplyDelete
  10. Saya mkn tomyam ngn telur mata... sedaaaapppp ... nak2 kalo yg kuning tu lembik...

    Slruuuuuppp

    ReplyDelete

Post a Comment