Diary Ramadhan: Day 10

Holla 

backdated punya entry ni. ahhaha

Lauk buka hari ni simple je

Kari Ayam Kentang
Sambal Belachan

Lepas tu I teringin bebenau Milo Mekdi. semenjak Ocin menjauhkan diri daripada Mekdi ni, kempunan I kang. so I gigih call Abah suruh buatkan Milo kaw kaw punya. I tak suka yang extra susu tu. muak sikit

Bercawan cawan ko




This year I belum merasa bubur lambuk lagi. I paksa Ocin pergi beratur kat Kg Baru tu dia dok cakap nanti nanti. entah sampai bila , kang tahu tahu habis puasa. :( 

I takmau yang jual jual tu. walaupun dorang menggunakan nama

Bubur Lambuk Asli Kg Baru

Tapi rasa dorang tetap tak sama. dah pernah beli dah. haihh

Actually Masjid KLCC punya pun not bad jugak. 

Yang ni ada makcik dok tingkat atas tu bagi. Masjid area situ jugak. dia letak extra bawang putih kot T_T 


First time Ocin bawak Lihin pergi terawikh. I tak bagi, risau. I tahu dia takkan kacau orang solat (berdiri kat depan orang etc) Tapi I risau kalau jumpa geng sebaya kang main lari lari sampai luar masjid. sini dahlah area mat rempit T_T bawak motor tak ingat dunia. and ramai bebudak besar dari dia yang dok main mercun kat luar. risau dia kena je T_T 

Ni lah susah jadi mak mak ni semua benda nak risau. 

Tapi okay je. Mommy dia punya lah risau, dia balik sengih je. Atok tanya dia

"Abang dah sembahyang?"

Dia jawab

" Tak bahyang, aku main lari lari. pastu kan, jatuh"
(tak sembahyang, aku main lari lari lepas tu jatuh)

-________________- 

harapnya kejujuran tu sampai ke besar ye Lihin. senang Mommy nak piat telinga nanti. ahhahaha

kepenatan 'sembahyang'. balik terus mintak susu


Comments

  1. Comelnya lihin ni.....hehe aku tu xlari kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tak habis dah T-T macam mana lah nak suruh dia tukar .

      Delete

Post a Comment