Family Day 2017

Diary Ramadhan: Day 11


I lately ni rasa pening je. memang tak selesa. kekadang tu seharian bergantung kat panadol je. Time bulan puasa pun ada jugak rasa pening, tapi I assume sebab angin lah kot

Khamis lepas I dah rasa tak selesa. so I decide nak pergi hospital terus lah. appointment pukul 10.30am 15 min sebelum baru nak bertolak. wahduh. Mak pun ada appointment kat Klinik Ampang so fetch dia terus zoom ke Al Islam. Bebudak semua tak sempat tukar baju. 


First time I datang weekdays. Tak ramai orang. Tapi I rasa kat sini ramai ke tak ramai ke total process dalam sejam. Okay lah kan. selalunya yang buat ramai untuk bahagian paediatrik kot. 


Sian lahai anak Mommy. semua pakai baju cecantik dia je pakai baju tidur. hahaha. Maira dah mandi before Sahur tadi. cuma saja pakai kan baju longgar. Lihin la kesian pakai baju tidur. pastu dia kacau 2 budak pompuan ni tau. Budak tu ejek dia 'busuk'. Lihin pun taknak kalah lah. dorang main lawan lawan ejek

Mak budak tu jumpa doc. Nenek dia yang jaga. so both Nanny tak dapat buat apa sebab cucu cucu lagi ganas dari depa. hahaha. Then I suruh Abah bawak Lihin turun bawah


Doc cakap BP I low. so mungkin tu lah sebab I dok pening pening. Tapi no worries baby wont get effected lah unless I masuk ICU baru baby terjejas. Baby bahagia je kat alam dia

Time scan kan, doc tunjuk baby tengah tidur sambil hisap jari. kahkah bahagia kau kat dalam tu ye baby. bibir kemain macam Ocin -_- dah semua copy paste apak ko. sian Mommy. 

Dapat Medical Leave. taktahu lah company I accept ke tak cert from private hospital. lantaklah dah I pening tak larat

dapat kurma jugak

Dah nama kaum mak mak dan isteri, dah MC pun gigih lagi pikir pasal lauk. First we zoom to Giant. aih mahal. low price apa benda. so kami amek few things je lah. lauk pun tak fresh langsung. 

Maira ni tangan dah pandai mencapai. bahaya betul kalau dekat dekat dengan rak barang. tak pepasal je kang


Pastu pergi Segi Fresh. Okay lah tapi I carik kembung/ kerisi takde. hoi sedapnya ikan kerisi. beli ayam je pun 2 ekor

I macam biasa bawak cash je purse semua tinggal dalam kereta. lepas tu amek ikan siakap sekor RM 16 . terkujat den! terus I letak balik ikan tu hahaha. Padanlah kalau makan kat kedai sampai RM 40 + kan. yang mentah pun dah mahal. 

takpe next time okay. lamanya tak makan Siakap 3 Rasa


I beli instant pudding ni. saja nak try, not bad jugak walaupun jenama Giant. RM 1.99 je. murah kan. I letak dalam cawan teh je sebab takde acuan pudding , dapat dalam 5 cawan



I potong apple untuk Lihin. selalu Mak akan kupas kulit sebab takut cucu dia tercekik ( see betapa paranoidnya Mak gua) tapi I  mana reti ngupas ni. so I potong macam biasa je. Lihin ingatkan buah oren agaknya. dia macam cenggini. hadoi kelakau Lihin


Juadah kami hari ni

Udang Sambal
Ikan Caru Goreng
Sup Bayam
Puding Mango
Air Kelapa


sonok aih dapat air kelapa. I beli 4 bijik RM 10 , murah kan. tapi kelapa kecik lah so kena letak 2 bijik + ais baru penuh jug tu

and 

lets welcome second weekend in Ramadhan.

dah ada idea ke nak masak apa weekend ni? ke memasing gantung tong gas =p

See ya next Monday 

Love, xoxo

Comments

Post a Comment