Family Day 2017

Diary Ramadhan: Day 14

Holla korang
 
semalam Atok Nanny pergi rumah Rawang tau . finally dah ada orang nak booking sewa rumah. Mak bagi diskaun sikit. ha itu pepandai dorang lah I tolong promote je.
 
so seperti biasa, tanpa Atok dan Nanny, huru hara lah rumah. si Maira ni saja je nak ngada ngada dengan Mommy tau. Bila Ocin balik dari cc je, I serahkan Maira kat dia, I sambung tidur. hahaha sudahnya tak masak tak buat laundry. Dah siap defrost ayam dengan sosej tapi tersadai je kat sink
 
Dorang balik around 5.30pm and siap bawak Ayam Golek and Cakoi. I pulak dengar Dina nak buat roti sulam sosej salut telur I terus terliur. ha dengan mak buyung ni takleh main cakap je. imaginasi tinggi. terus rasa nak yang macam pizza tu tapi sapa nak uli doh kan. okay takpe Dina I tiru you ye, hhehe
 
 konon no-nasi day lah. hahha mana boleh. I rengek nak nasik jugak. Mak lawankan dengan sayur kailan
 
so lauk semalam
 
Ayam Golek
Kailan
Roti Sosej Salut Telur
Cakoi
F&N Grape
 
fuh kenyang. Nasib baik this time Ocin nak makan roti I. kalau tak I nak majok sampai pagi raya. hahaha
 
 
 
Sekarang apa yang tengah viral ek? yang pasal house chore and masak tu tugas isteri vs suami ek? I tak follow sangat pun cerita tu. tapi benda ni banyak kali dah diperdebatkan . of course la masing masing taknak kalah kan
 
Kalau I err entah lah . Walaupun dah kahwin dan beranak pinak I pun tak study bebetul pasal benda ni. Even tak pernah terfikir langsung. ni mesti bajet bajet laki gua sediakan maid ni. hahaha
 
Tapi kalau ikut logic lah kan, both kerja both penat. sepatutnya both kena lah uruskan sama sama. kalau sorang masak sorang mengemas. kan?
 
Tapi tak dinafikan ada sesetengah orang ataupun lebih specific; LELAKI, dibesarkan dengan satu ideology
 
Masak memasak/house chore ialah tugasan perempuan.
 
yelah nak cakap lelebih anak anak I pun kecik lagi kan. Tapi I tau I mesti kena ajar Lihin and his brother berdikari. kena tau basic cooking skill ( belajar dari pengalaman mak kau ni ha) kemas rumah ala bukan suruh buat deco pun, sapu susun lipat
 
Ramai je lelaki yang dibesaukan dengan mindset lelaki tak payah buat kerja rumah sebab tu bila dah kahwin beranak pinak memang tak buat kerja. I pernah ada kawan yang hairan bebenau tengok bapak I masak.
 
katanya bapak dia cakap lelaki takleh masuk dapur. nanti hilang kejantanan. *pengsan*
 
bapak I berdikari sebab katanya dia orang susah. dari kecik kena uruskan diri sendiri and adik beradik. sapa lagi nak buat kalau bukan dia. dia kena belajar masak, kena belajar uruskan rumah etc.
 
I assume bapak kawan I tu anak orang kaya yang siap ada maid. kan?
 
I dibesarkan dengan taktahu buat kerja rumah. tapi bila dah kahwin ni rasa tanggungjawab tetiba menerjah *ehem* pokok pangkalnya malas dengan rajin je.
 
I ni pinggan pun tak pernah basuh sendiri. Ingat lagi Mak selalu bebel
 
"kau ni pinggan sebijik pun tak reti basuh ke"
 
hahaha yelah time kecik mak basuhkan ni dah habis SPM pun harapkan mak lagi memang kena bebel lah.
 
lepas tu ditakdirkan I dapat laki yang tak nak basuh pinggan sendiri jugak T_T huwaa so dengan rasa tanggungjawab gua membasuh pinggan itu
 
macam tu jugak hal lain. lipat baju, masukkan dalam wash machine etc. walaupun kawan I pernah gelakkan cara I lipat baju tapi lantaklah baju gua. hahaha janji kemas.
 
Okay itu je. xoxo


Comments

  1. Assalamua'laikum dan Salam Ramadan sis.. Reen singgah sini sambil komen dan follow. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ramadhan ;) ye semalam kita jalan jalan blow awak jugak

      Delete
  2. Pasal lipat baju tu kan, mak mertua mek pun cakap bukan tu cara lipat baju. Dia lipat besau besau. mek lipat kecik kecik sbb nk muat almari bnyk. Peduli ap ak, asal kemas. hahah kita geng!

    Tp betul la, tugas semua benda tu kena bahagi la. mek buat ratio 70:30 hahah. Laki mek 70, mek 30. Sebab mek ambik tugas untuk jaga anak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. I pun jenis lipat kekecik jugak so boleh sumbat banyak. kalau lipat mcm kat kedai memang lah cantik tapi kena ada 3,4 almari lah jawabnya hahhaha

      Delete
  3. betul tu sis.. kalau dah suami isteri keje, kena la buat keja rumah sama2 kan.. anak2 laki kita pun kena ajar diorg buat keje rumah dr kecik.. supaya diorg tahu buat keje rumah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah . orang dulu maybe mindset berbeza. sekarang dah lain. wife pun ramai yang bekerja kan

      Delete
  4. teruja akak tgk roti sosej bentuk cenggitu... hehee..

    skrg x mcm dulu dah... suami kena jugak hulurkan bantuan tuk isteri di rumah... kerja ringan2 pun dh memadai membuat isteri gembira...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruja sebab terkejut ke apa -_- ahhha ganas sangat asyik koyak je

      kan. sebab sama sama penat

      Delete
  5. Rumah kat rawang area mana yang...by the way esok public holiday..jum wat kuih raya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt bkt beruntung dear, hehehe aah nak start buat yg simple tapi taktahu apa benda. dahlia kot senang kan

      Delete
  6. Cakoi tu nampak sedap.. tapi tak best makan sejuk2 nanti liat kann.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment